tag:blogger.com,1999:blog-7018708843127001844.post1963440898839005228..comments2023-10-19T18:37:06.211+08:00Comments on TANAH NURANI (Madrasah Sham al-Johori): MAKNA PENJAJAHANUnknownnoreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-7018708843127001844.post-77827058392242730612011-09-12T13:15:52.060+08:002011-09-12T13:15:52.060+08:00Salam aidilfitri kanda Mohd Affandi Hassan.
Saya ...Salam aidilfitri kanda Mohd Affandi Hassan.

Saya benar-benar terharu apabila seseorang yang saya kagumi selama ini sudi membaca tulisan-tulisan saya khususnya menziarahi blog tanah nurani ini. Segugus harum terima kasih saya kirimkan.

Saya juga baharu sahaja membaca tulisan kanda di 'pbaru.blogspot' dan secara kebetulan dua tiga hari lalu saya sempat menamatkan pembacaan buku terbaharu Syed Muhammad Naquib "The Historical Fact and Fiction".

Insya-Allah, saya juga sedang berusaha menjadi manusia yang berada dalam jalur yang tidak terpadam oleh bayang-bayang. Berikan saya sedikit waktu untuk menulis dan terus memadam bayang-bayang serumpum lalang yang subur di ladang keliru dan celaru. Kadang-kadang saya terfikir di mana kebenarannya falsafah Melayu 'takut dikejar bayang-bayang'? Kadang-kadang saya berfikir perlukah saya memadam 'pencerahan cahaya' yang pada hakikatnya gelita tetapi ditafsir berkilauan. Terlalu banyak suntikan sesat yang sedang menusup jiwa 'kampus ilmu' hingga mereka tidak dapat menilai antara kebenaran dengan kebatilan; antara kesucian dengan kemunafikan. Berkira-kira tentang kecelaruan itu saya sedayanya tidak akan bernaung di bawah bayang-bayang.

Insya-Allah, saya akan cuba penuhi tuntutan kanda agar tidak terus 'diperbodohkan oleh orang-orang tua' itu walaupun mereka itu adalah guru saya ketika bergelar mahasiswa di UM suatu waktu dahulu.

Saya perlukan sedikit waktu dan terima kasih, kanda.Sham al-Johorihttps://www.blogger.com/profile/06550839279415501522noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7018708843127001844.post-77384682797965513112011-09-12T07:30:35.403+08:002011-09-12T07:30:35.403+08:00Salam Saudara Shamsuddin.
Anda tidak perlu merata...Salam Saudara Shamsuddin.

Anda tidak perlu meratap, sebagai seorang cendekiawan. Saya tunggu analisis anda, jika anda pandang perkara ini penting. Saya kepingin membaca analisis orang muda seperti anda. Jangan hampakan orang tua macam saya yang mendamba kepintaran orang muda membicarakan perkara sepenting ini. Juga jangan diperbodohkan oleh orang tua-tua dalam MPN. Hadapi mereka secara akademik, kerana itu tugas anda.Mohd Affandi Hassanhttps://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.com