Apabila Menteri Pelajaran Malaysia tegar dengan keputusannya; senyum sambil menghina perjuangan orang lain yang sedar akan maruah bahasa kian tergadai; makanya siapakah dia pada waktu ini? Adakah dia pejuang bangsa dan bahasa yang kita harap-harapkan? Adakah kita berjiwa Melayu tulen? Adakah dia sang munafik yang beragenda tersembunyi untuk menghancurkan bahasa dan bangsa dengan kuasa di tangannya? Adakah dia seorang pelacur bahasa? Adakah dia seorang retorik Melayu terakhir? Adakah dia musang berbulu ayam? Atau siapakah dia pada hari ini di mata orang Melayu tulen yang bermaruah?
Keputusannya bahawa kenapa kita perlu tergopoh-gapah menakut-nakutkan kerajaan, mendesak kerajaan atau memaksa kerajaan sedangkan perkara itu masih dalam perbincangan dan keputusan muktamad pada tahun 2010 (tahun depan) dilakukan? Itu katanya. Tetapi sedarkah kita bahawa ucapan itu telah membuka ruang untuk mengubah keputusan daripada perbincangan demi perbincangan yang telah dilakukan sebelum ini. Setahun bukan jangka waktu yang singkat dan banyak perkara boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Bayangkan apa akan terjadi jika kuasa lain mengambil alih tampok kepimpinan negara. DAP misalnya? Tentu ada perkiraan yang lebih penting akan dilakukan.
Wahai, menteri pelajaran dan seluruh warga KPM! Sedarlah bahawa tamadun Melayu kini sedang menuju kehancuran setelah politik wang Melayu tidak terkuburkan malah dihalalkan. Apalagi yang tinggal selepas ini jika semuanya terpaksa atau sedang digadaikan sebagai pertaruhan politik poket sendiri. Tak ada maknanya mengucup kemudian menjulang keris sambil menjerit 'Hidup Melayu' sedangkan dalam masa yang sama mencipta ruang seluas-luasnya kepada kemusnahan bahasa dan bangsa itu sendiri.
ii.
Malam saat membaca kitab The Taste of Hidden Things: Images on the Sufi Path karya Dr. Sara Sviri, tiba-tiba saya tersentak bila mana dia mengupas surah al-Fill dengan begitu menyunggguh dan menarik. Analoginya mudah dan jika dilaksanakan dengan seikhlasnya maka ada petunjuk yang baik daripada amalan itu. Dr. Sara berkisah tentang sejarah surah itu dan berkisah dengan cerita di dalam cerita daripada falsafah surah al-Fill itu.
Sejarah surah ini ialah kisah serangan burung ababil terhadap tentera bergajah yang menyerang tanah Ka'abah. Dengan bantuan tentera Allah, iaitu burung-burung ababil yang membawa batu panas makanya seluruh bala tentera kerajaan jahat itu hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang di makan ulat.
Dr. Sara dalam tulisannya, bermatematik dengan kebesaran surah ini hingga boleh dijadikan doa. Menurutnya lagi, perkara inilah yang dilakukan oleh sebahagian para sufi ketika zaman kerajaan Othmaniah menentang kristian di Turki. Perkiraan Dr. Sara dengan memetik sepenuhnya doa yang diamalkan oleh pejuang Islam itu; iaitu,
"Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada-Mu, Ya Allah, turunkanlah bantuan-Mu kali ini kepada orang orang Islam. Hancurkanlah mereka yang menentang dan menghalalkan perang kepada agama-Mu. Amin."
Lalu bacalah surah Al-Fill sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah. Lipat gandakan doa ini, kemudian mintalah 7 orang rakan anda yang lain melakukannya juga . Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berdoa, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang. Insya-Allah akan ikut berdoa berjuta-juta lagi ramainya umat Islamdan memberikan sokongan ikhlas terhadap perjuangan ini.
Sama-samalah kita berdoa agar perjuangan kita dirahmati Allah. Amin.
Mungkin sajak ini akan saya deklamasikan pada malam Baca Puisi PENA nanti. Mungkin juga tidak jika terlalu ramai penyertaan pada malam tersebut. Sebagai tuan rumah, tentunya saya perlu memberi laluan kepada penyair-penyair yang datang dari jauh semata-mata untuk menyatakan sokongan menentang israel.
BERKUNJUNG KE RUMAH KEDAMAIAN
Sahabat, selamat berkunjung ke rumah kedamaian membawa iman dan takwa sejujur dan seikhlasnya setelah kita mendengar jerit dan tangis insan yang puluhan tahun deritanya berpanjangan.
Bom di mana-mana bom! BOMM! Bommm! bOMMMM! BoMMMMM! depan BOM! belakang BOM! kanan BOM! kiri BOM! jeritan di sana-sini tangisan di sini-sana bertingkah menyilang ruang ratapan dan doa adalah penangkis setelah darah mengalir menuju jihad.
Kita dikejauhan, di sini tanah airku hanya mampu menumpang sedih juga berkongsi sengsara melihat dengan insaf mendengar dengan taubat kezaliman demi kezaliman bermaharajalela tak berakhir disuburkan dendam jijik tangan-tangan zionis Amerika dan British.
bom! BOMM! Bommm! bOMMMM! B o M M M M M! di mana-mana di s a n a - s i n i J E r i T A N N Nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn t A N g i S a N N Nnnnnnnnnnnnnnnnnnnn akhirnya menyatu di dalam diriku.
TARIKH: 9 JANUARI 2009 MASA: 8.30 MALAM TEMPAT: Rumah PENA, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.
Datanglah beramai-ramai ke rumah PENA pada malam Jumaat ini untuk menyatakan pendirian menentang yahudi sempena Malam Baca Puisi PENA. Saudara dijemput untuk mendeklamasikan puisi yang ada hubungannya dengan bantahan atau mengutuk kezaliman zionis yahudi juga perjuangan Amerika dan England yang menyokong kezaliman Israel di bumi Palestin khususnya Gaza.
ii: BARAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN PPSMI Inilah makna yang lebih jelas. Sekarang ini, kerajaan Malaysia sedang meningkatkan usaha untuk menyatakan kebencian peperangan terhadap Amerika, British dan Israel dengan memulaukan hubungan politik, ekonomi dan kebudayaan. Kerajaan Malaysia meminta kita JANGAN bersekongkol dengan negara barat itu. Tahniah kerajaan Malaysia.
Nah, bagaimana pula hubungannya dengan PPSMI?
Adakah kita ingin meneruskan usaha PPSMI ini sedangkan kerajaan Malaysia menentang keras sebarang bentuk hubungan dengan dunia barat khususnya Amerika dan British itu. Apakah maknanya juga apabila rakyat Malaysia sudah menjadi pandai dan menguasai BI dan mereka akhirnya dihina oleh manusia dari wilayah lain. Sudah terang lagi bersuluh, memartabadkan BI dalam sistem pendidikan negara bermakna menyokong perjuangan barat yang zalim dan gila.
Selepas ini apakah yang akan berlaku dengan ekonomi di 2 negara barat ini? Jika dunia lain terus dengan dasar pemulauan mereka, bermakna ekonomi dua negara ini akan jatuh merudum dengan terus sekali. Siapakah yang akan berkerja dengan mereka? Adakah rakyat Malaysia yang hebat BInya akan mengisi kekosongan itu?
Tun Mahathir memberikan cadangan agar kerajaan jangan berurusan dengan US dollar ($US). Datuk Makmur mendesak agar usahawan dan rakyat Malaysia jangan membeli produk atau barangan jenama Amerika dan British. Malah OIC juga sedang merancang perdagangan yang bebas daripada cengkaman Amerika dan British. Dan, banyak lagi rancangan yang sedang diusahakan oleh banyak pihak untuk melumpuhkan aktiviti dan hubungan antarabangsa dengan dua negara ini. Adakah nanti rakyat Malaysia yang pandai matematik dan sains dalam BI akan dihantar ke sana oleh KPM? Inilah malang nasib bijak pandai orang Melayu yang berada di KPM itu; konon menentang kezaliman yahuid (Amerika, British dan Israel) tetapi membuka ruang seluas-luasnya kepada PPSMI.
Soalnya, kenapa kita masih ingin mengekalkan PPSMI sedangkan kita sudah ketahui bahawa tiada maknanya lagi kita memberi kepandaian kepada pelajar kita untuk menguasai BI sedangkan penggunaannya amat terbatas dan tidak langsung bermanfaat?
Bukankah jawapan kepada penentangan PPSMI itu terjawab hari ini, iaitu BI adalah bahasa untuk komunikasisahajadan bahasa ketiga yang perlu untuk meningkatkan pengetahuan asas dalam kehidupan. BI perlu dinafikan haknya sebagai bahasa penghantar ilmu dalam bidang sains dan matematik. Tiada maknanya bersungguh-sungguh dan beriya-iya, terhegeh-hegeh, bermati-matian mempertahnkan PPSMI sedangkan hari ini, kita semua sudah dapat meneka apakah kesudahannya?
Memulaukan Amerika dan British bermakna kita perlu menghentikan dasar PPSMI segera. Kita juga tidak mahu melahirkan bijak pandai atau rakyat Malaysia yang berfikiran seperti Amerika dan British, iaitu 'matlamat menghalalkan cara'. Pendidikan yang berjati dirikan Islam dan timur akan berjaya melahirkan generasi yang sedar asal usul dan sentiasa bersikap kemanusiaan tinggi. Inilah lambang negara bertamadun yang benar-benar mengekalkan identiti negara sendiri.
Selamat berjuang rakyat Malaysia. Marilah kita menyatakan sokongan padu menentang kezaliman zionis. Kita ditakdirkan tidak diberikan senjata api untuk menentang yahudi. Tetapi, kita ditakdirkan Allah dengan didirikan iman dan azam untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Inilah pilihan kita, iaitu dengan pilihan selemah-lemah iman itu, kita berikan tentangan sehebat-hebatnya kepada penyokong yahudi.
Moga Allah SWT merahmati perjuangan saya ini. Amin.
iii Sama-sama kita sedekahlah al-fatihah kepada sdr. Mohd Ghazali Tocheh, novelis tanah air yang selamat kembali ke rahmatullah semalam. Berita itu saya terima daripada guru saya iaitu En. Mohamad Saleeh Rahamad petang semalam. Moga rohnya dirahmati oleh Allah SWT.
Al-fatihah juga kepada para pejuang Islam dan insan tidak berdosa yang gugur di bumi Gaza waima Palestin.
i. Berlatarbelakangkan menara ketiga tertinggi di dunia dan dalam perjalanan di atas kapal menuju pelabuhan Shanghai itu, saya sering memikirkan sesuatu. Kalaulah manusia-mansuia yang menyokong PPSMI itu ada sama dalam kembara ini, tentunya mereka akan terkejut beruk dan terus gila melihat bagaimana negara China yang tidak memberi ruang langsung kepada kebebasan bahasa Inggeris itu maju dan hebat. Negara yang tidak pernah berkompromi dengan Inggeris itu, kini menjadi negara terpenting sebagai kuasa ekonomi dunia. Dengan mempertahankan bahasa Cina mereka boleh mencipta kapal angkasa seterusnya menghantar angkasawan ke bulan serta melihat cakerawala lainnya.
Inilah hebatnya bangsa yang mempertahankan bahasanya. Mereka adalah bangsa yang tidak pernah tunduk kepada kekuasaan barat. Mereka yakin dengan bahasa ibunda mereka hingga berjaya menawan dunia dengan ekonomi dan budaya. Hari ini, mereka berazam pula untuk menakhluki dunia dengan bahasa dan IT. Slogan "berikan kami lima tahun untuk menakhluki dunia dengan bahasa" tergantung di mana-mana. Bayangkan, bertapa yakinnya mereka terhadap bahasa ibunda mereka sendiri.
Pengalaman saya ialah "sehebat mana sekalipun BI kita, masyarakat dunia luar mula memandang kita sebagai para pesubahat/ penyokong teroris/ polis dunia yang rakus dan biadap serta tidak berperikemanusiaan." Begitulah hinanya masyarakat luar melihat keangkuhan barat. Sedangkan pemimpin kita mengandaikan bahawa pelajar kita akan ketinggalan jika tidak belajar BI. Kenyataan biadap ini seakan menafikan hak dan kekuatan bahasa Melayu di bumi tanah Melayu (Malaysia) sendiri.
Ini bermakna, jika kita menyokong perjuangan PPSMI bermakna terdetik di dalam hati kita menyokong perjuangan Barat yang ingin memusnahkan keamanan dunia dengan agenda yahudi.
Kepada para penyokong PPSMI, pergilah ke luar negara sambil melihat dengan mata iman dan mendengar sendiri dengan telinga takwa akan bertapa negara maju lain mula tidak percaya kepada kehebatan bangsa dan bahasa Inggeris itu.
Pergilah sambil berseronok kemudian fikirkan kebenaran ini.
ii
Diapit sasterawan Indonesia iaitu bapak Budi Dharma dan sasterawan Malaysia, saudara Malim Ghozali PK sewaktu Majlis Diskusi Karya di DBP baharu-baharu ini banyak mengajar saya makna kesabaran dan ketekunan berkarya. Pak Budi yang serius dalam esei dan cerpen segera mengingatkan saya kepada teori 'pembalikan cermin' sementara abang Malim saya lihat lebih dekat dengan teori 'kebenaran mutlak' (the truth). Gandingan kedua-duanya dalam satu majlis itu berjaya menemukan titik 'firasat Melayu'.
Saya mula melihat pemimpin bangsa sendiri menafikan 'kebenaran', sementelahan tidak cuba belajar 'firasat Melayu' yang sebenar.
Saya jarang ingin menjawab atau mengulas pertanyaan/ catatan kecil yang masuk ke kotak bicara blog saya ini. Memandangkan beberapa pandangan yang dilontarkan itu sedikit keliru dan menyesatkan, maka saya perlu menjelaskan sedikit kekelituan itu.
Sdr. Kamikaze (yang Melayu tidak, Arab tidak dan Jepun pun tidak), Saya akui bahawa Bahasa Arab adalah bahasa syurga, bahasa al-Quran dan bahasa yang akhirat. Sementara bahasa Melayu hanya bersifat duniawi sahaja. Nah, cuba bayangkan apakah yang akan terjadi jika bahasa duniawi itu ditindas sebagaimana negara Iraq, Palestin dan mana-mana dunia yang mengadaikan maruah bahasa dan bangsanya hari ini? Bolehkah kita sama merasa nikmat hidup yang selesa? Kehidupan dunia adalah jambatan keandian hidup di akhirat. Jika di dunia kita tertindas, sejauh manakah kita dapat meningkatkan keimanan untuk akhirat? Di negara itu, bukan sahaja bahasa malah lebih daripada itu sama-sama kita dapat lihat masjid, hospital dan rumah kediaman dibom, dihancurkan dan dimusnahkan. Tergadainya maruah bahasa maka akan bermula detik awal kepada kemusnahan sebuah negara. Saksikan sendiri 10 tahun daripada hari ini jika kita terus-terusan menyokong penjajah. Itu sebab, Jepun, Korea, China dan Rusia tidak memberi ruang atau berkompromi kepada Barat.
Ingin saya bertanya kepada kamikaze, apakah kelemahan sistem pendidikan sebelum ini? Bukankah dengan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu, kita boleh belajar hingga ke menara gading dan menikmati peluang belajar di luar negara? Lemahkan sistem itu? Malah kita berbangga kerana dapat berinteraksi dengan orang barat bahawa BM adalah bahasa ilmu tinggi yang dapat membawa saya ke UK, Eropah, Jepun, atau mana-mana IPT hebat dunia. Itulah kebanggan saya ketika belajar di sana suatu waktu dahulu, meski pun dalam tempoh waktu yang singkat. Ketika berinteraksi dengan sarjana barat dan timur tengah; mereka menyokong dan menyanjung sistem pendidikan negara kita ketika itu, yang katanya, "beruntung sdr berada di dalam sebuah negara yang memartabadkan bahasa ibunda. " Kesan daripada sistem pendidikan itu, kita dapat melahirkan lebih ramai orang Melayu yang berjaya dan berjati diri Melayu.
TERUS TERANG SAYA JELAS BAHAWA HANCUR BAHASA BERMAKNA HANCURLAH BANGSA.
Cikgu BI: maaf jika bermain dengan tanggapan mengejar kebendaan. Jika ini perkiraan Cikgu BI, saya doakan selamat menempuh kekayaan dan berpindahlah ke England kemudian juallah segala harta dan khazanah Melayu yang ada. Rakan-rakan cikgu BI di sekolah akan cepat kaya dan disanjung oleh mereka. Pilihan di tangan rakan-rakan cikgu; jika kebendaan yang mereka cari tentu mereka akan mendapatnya. Selamat menjadi jutawan dengan mengadai maruah bahasa dan bangsa. Saya doakan cikgu-cikgu yang berfikiran mengejar kebendaan itu akan berjaya.
Budak t3: Sebagai pendidik, saya sedar BI itu penting dan saya tidak pernah menafikan bertapa pentingnya BI dalam bidang ilmu. Cuma saya kecewa dan sedih apabila KPM tidak tahu membezakan fungsi BI itu sebagai bahasa komunikasi atau bahasa ilmu? Menyokongnya bermakna saudara mengakui kebodohan yang berterusan.
Omar dan Sarip: Saya ingin bertanya secara jujur kepada saudara, adakah bangsa asing di negara kita mengguna pakai bahasa Melayu secara seikhlasnya? Kenapa kita beriya-iya ikhlas dengan mereka sedangkan mereka menikam kita dari belakang? Begitu juga halnya dengan penjajahan Inggeris, setelah 50 tahun merdeka, rupa-rupannya saudara Omar masih tidak faham jeritan "merdeka! merdeka! merdeka!" yang dilaungkan pada setiap kali tanggal 31 Ogos itu. Apa maknanya berfikiran secara positif jika terang-terangan dasar itu salah.
ii Tanyalah kepada orang yang bijak pandai dalam bidang pendidikan (profesor atau bitara ilmu), semuanya akan bersetuju bahawa bahasa ibunda adalah bahasa terbaik dalam proses pembelajaran. Bahasa asing (bahasa kedua atau bahasa ketiga) adalah pelengkap kepada proses perkembangan ilmu.
iii Seperti yang selalu tegaskan sebelum ini, bidang pendidikan bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan, dirasuahkan, diremehkan, disendaguraukan atau diperkotak-katikkan. Bidang pendidikan adalah bidang ilmu yang bertujuan untuk memberi kepandaian kepada manusia, untuk menjadi manusia berpengetahuan dan dapat mengarungi kehidupan masa depan yang lebih baik.
iv Saya tidak mahu menjadi bangsa yang terhegeh-hegeh mendaulatkan bahasa Inggeris sedangkan bahasa Melayu (bahasa saya) sudah terbukti mempunyai kekuatan tersendiri. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa penjajah suatu waktu dahulu. Hari ini, kenapa kita tiba-tiba takut dan menafikan kehebatan bahasa Melayu?
Jika jalan menyerah ini yang kita pilih, bermakna SELAMAT MENUNGGU KEHANCURAN MELAYUKU.
Maafkan saya kamikaze, budak t3, Omar dan Sharif. Terima kasih juga kepada yang lain kerana sudi membaca dan memberi sokongan.