Rabu, 15 April 2009

SATU MALAYSIA



IDEA dan slogan SATU MALAYSIA amat muluk didengar dan dilafazkan. Idea yang lahir daripada pemikiran dan gagasan PM ke-6 dilihat cuba menentaskan ilham ke arah perpaduan, kerjasama dan keakraban. Saya akur dengan idea yang amat sinifikan dalam suasana yang sungguh tidak menentu ini. Saya akur tidak bermakna saya menyokong atau membantah. Saya akur kerana itu adalah idea pemimpin nombor wahid negara. Saya menentang pula kerana idea ini dibimbangi akan memusnahkan ideologi mahupun prinsip 'peribumi/ bumiputra'.

Persoalan yang perlu diyakinkan pada hari ini setelah 52 tahun usia kemerdekaan tanah air ialah, mengapa selama itu kita merdeka, masih ada bangsa cina dan tamil yang masih tidak boleh menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya? Bertambah hairan pula ialah, mengapa mereka boleh menguasai bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka dengan begitu cemerlang sekali?

52 tahun bukan satu jangka waktu yang singkat. Jika 52 tahun itu manusia, tentunya ketika usia ini, mereka sedang berkira-kira untuk menamatkan perkhidmatan di dalam sektor kerajaan dengan sedikit kemewahan yang berjaya dikumpulkan (baca; kerja kerajaan tidak akan menjadikan seseorang itu kaya kecuali makan rasuah).

Sepatutnya, apa yang sedang kita nikmati sekarang ini ialah rakyat Malaysia berada di dalam satu bumbung yang rata-ratanya boleh bercakap Melayu di mana-mana sahaja. Ambil contoh Indonesia, rakyatnya yang berbilang bangsa itu kini sanggup mengguna pakai nama 'keindonesiaan' atas prinsip Pancasila, 'SATU BAHASA SATU NEGARA'. Inilah yang dinamakan pengorbanan kepada negara.

Saya berharap agar impian SATU MALAYSIA ini akan menjadi satu kenyataan murni dengan mematuhi prinsip Rukun Negara dan bukan atas prinsip perut, nafsu dan kepala lutut.

4 ulasan:

D'Rimba berkata...

Yela itu patut kita pupuk, yang masuk parlimenpun masih kurang fasih bahasa Melayu lagi boleh bagi muka macam mana kita nak hormat mereka sedangkan mereka sendiri tidak cuba untuk menghormati bahasa dan bangsa kita sendiri.....Bangsa kita yang bergadai nyawa bermandi darah perjuangkan kemerdekaan negara sekian lama tiba-tiba British bawa mereka ke sini kita akur terima dan boleh dikatakan nasib mereka lebih terbela gara-gara perlaksana tegar acuan barat.....Sejarah mereka tak hiarukan dan sengaja dilupakan tambahan dapat sokongan padu daripada perlaksana tegar acuan barat itu sendiri.........Sekarang ini sebuah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pulak sudah lenyap...Esok lusa banyak lagi dan berbakul alasan yang akan diberi tak lama lagi.......

Rahimin Idris berkata...

yang sedihnya bab-bab menjahanamkan bahasa dan bangsa sendiri ni bukan orang lain, tapi bangsa kita sendiri.

saya pernah menulis sebuah sajak berjudul 'kalau kita menjadi kayu' lima tahun lalu untuk menyindir golongan 'itu'. dan memang satu kenyataan pun,golongan 'itu' lah yang selalu jadi hulu kapak.

Farmilla Hamdi berkata...

Sesungguhnya Malaysia semakin dalam deru yang mengusarkan, kekadang menjemput kerisauan, dan ada waktunya menjentik keraguan...

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Konsep Satu Malaysia harus berdasar kukuh dengan SATU BAHASA, tetapi hingga setakat ini orang Pagoh dan Batu Pahat 'membisu' tentang PPSMI... kenapa? hanya terdengar skrip asal orang Sembrong sebelum ini yang diulang siar oleh orang Pagoh...