Khamis, 4 Februari 2010

HIDUP SPURS!

ATAS sebab kejijikan saya membaca tajuk-tajuk utama akhbar Melayu hari ini menyebabkan saya berkeputusan bercerita tentang bola sepak. Saya sendiri tidak faham atas dasar apa, muka depan akhbar Melayu memilih tajuk "LIWAT". Saya bukan menyokong DSAI atau SB. Cuma yang saya sedih ialah apabila kes ini dilihat menjadi lebih utama daripada kes keselamatan negara (PATI), kes rasuah PTD (balak dan pasir) atau pun kes ekonomi negara yang dikatakan stabil tetapi semua budget kementerian dipotong hingga tidak bernafas. Gila apakah yang sedang melanda media Melayu hari ini? Banyak lagi cara yang boleh diguna pakai untuk menjatuhkan/ membunuh kerjaya orang yang kita benci. Kaedah atau cara ini saya kira bukannya sifat mahupun tindak tanduk fikir orang Melayu. Berpada-padalah untuk mengaibkan orang lain. Cukup-cukuplah kesilapan tahun 1998-2000 itu dan janganlah berulang kembali. Kita serahkan sahaja kepada mahkamah dan biarlah mahkamah yang membuat keputusan sama seperti kes-kes VVIP yang lain. Sebagai seorang rakyat, yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, secara peribadi saya jijik membaca tajuk utama akhbar berbahasa Melayu. Entahlah...

Hari ini saya nak membakar teman-teman yang dilahirkan untuk menjadi penyokong fanatik/kuat MU, Liverpool mahupun Chelsea. Kepada Zaid Akhtar, Nazmi Yaakob, Rusdi Abd Rahman, S.M. Zakir dan Shukri Abdullah, sedarlah bahawa Spurs yang tak sekuat/ segah mana itu dah mula mengepak dan berkokok.

Bola sepak: 3 jaringan Defoe bantu Spurs tundukkan Leeds

LONDON: Penyerang sensasi Tottenham Hotspurs, Jermaine Defoe, menjaringkan tiga gol dalam perlawanan Piala FA Liga Inggeris bagi menundukkan Leeds United 3-1 pada perlawanan ulangan pusingan keempat, awal pagi tadi.

Leeds yang menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama menerusi Becchio selepas Defoe menjaringkan gol sembilan minit sebelumnya, gagal mengawal gawang mereka pada separuh masa kedua.

Defoe yang juga penyerang England terus menyinar selepas menjaring dua gol pada minit ke-73 dan 94, bagi memastikan tuan rumah berputih mata selepas mereka membuat kejutan menewaskan Manchester United pada perlawanan pusingan sebelumnya.

(Dipetik sepenuhnya daripada Berita Harian online: 4 Feb 2010)

Hehehehe. Hidup SPURS! "SPURS ANTHEMS"


6 ulasan:

stevieG berkata...

Spurs ni kelab dari planet mana?
Tak pernah dengar pun namanya sebelum ni. Ayam betina tu boleh berkokok ke?

YNWA!

Tanpa Nama berkata...

alahai, spurs ni kelab epl yang 'kononnya' meningkat naik setelah menang menentang kelab divisyen ketiga. mana mungkin dapat membayangi Chelsea dalam saingan liga.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Tahniahlah Spurs! Alang-alang sudah ke peringkat seterusnya semoga Spurs berjaya ke perlawanan akhir, jika tidak ke akhir... tiada gunanya bertungkus lumus main 2 perlawanan menentang Leeds itu...
Harap-harap Spurs jumpa Chelsea dalam perlawanan akhir, pasukan Man U dan Arsenal jangan buat kacau setelah terkeluar...

Azhar Salleh berkata...

Salam TUAN HAJI,
Saya terkedu sekejap apabila anak saya bertanya waktu tonton berita; "Ayah, liwat tu apa?".

Tanpa Nama berkata...

Teman sokong Spurs sejak zaman Juergen Klinsmann lagi.

Rasanya tak elok suratkhobar duk lebih-lebihkan laporan tentang liwat. Tulis sikit-sikit sudah la, walaupun betul. Aib orang harus dijaga.

Kalau kita tutup aib orang atas dunia, Allah tutup aib kita di akhirat.

-zamzuri mustapha-

edolah berkata...

haji, menang atas leeds tu (walau pun perlu main 2 kali)adalah atas ihsan MU...bayangkan kalau MU menang hari tu.dah tentu jumpa Spurs..dan rekod Spurs jarang menang dgn MU..
Ni Tanpa Nama atas aku ni..mcm la dia hakim..dok kata betul...liwat nanti baru tau!?