Rabu, 25 April 2007

sebuah pekan bernama Ijok dan cerita lain

i
Sebuah Pekan Bernama Ijok

Aku tuliskan kisah sebuah pekan yang amat aneh pembangunannya. Kisah ini berlaku di sebuah negeri di bawah angin. Ijok gelarannya. Pekan yang tidak pernah bergelar ini dahulunya adalah sebuah rimba yang dipenuhi kancil dan pelanduk. Aneh yang pertama ialah pekan ini diketuai oleh seekor gagak meski pekan ini dihuni oleh kancil dan peladuk. Aneh yang kedua ialah sang gagak tidak pintar untuk membangunkan rimba raya yang luas itu. Dan aneh yang ketiga ialah sejak akhir-akhir ini habis semua keindahan rimba dinodai untuk pembangunan. Paling mengecewakan ialah sang gagak hanya mengangguk sahaja setiap kali gagah, harimau, serigala, babi, anjing dan buaya datang menodai keindahan rimba raya itu.
"Wah, hidup kita akan segera bertukar wajah," kata sang kancil kepada pelanduk ketika melihat gagah dan kuncu-kuncunya menguasai pemikiran sang gagak.
"Inilah pembangunan namanya. Kita mesti menjadi bangsa yang maju seperti Amerika. Kau tengok sahaja kehidupan sang arnab dan sang musang. Bukankah mereka senang kini." Jawab sang pelanduk sambil melontarkan senyum kambingnya.
"Senang kepala otak kau." Pintas sang kancil.
Maka sejak hari itu, sang kancil, pelanduk dan sang gagak hanya melihat rimba tempat mereka bercucuk tanam, bermain dan berhibur bertukar menjadi pekan bernama Ijok.
ii
dan cerita lain
Pesta buku Malaysia akan diadakan pada 17-6 Mei di PWTC, KL. Datanglah beramai-ramai untuk berhibur dengan buku. Bergolok-bergadai untuk buku lebih baik daripada bergolok-bergadai untuk hal-hal duniawi seperti beli kereta baharu atau berbini baharu.
Tetapi, kalau semuanya dah beli; buku dah beli, kereta dah beli, rumah dah beli, kalau nak beli orang rumah baharu apa salahnya. Kemampuan dan keadilan telah diakui, teruskan niat yang suci itu. Aminnn.
iii
Kepada DYMM Sultan Mirzan; SELAMAT MENJADI SEORANG SULTAN YANG BERTAQWA DAN BERIMAN DENGAN KEBENARAN YANG ESA. AMIN.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Sheikh,
Bagaimanakah caranya untuk memastikan gagak itu tidak lagi berterbangan? Elok juga kalau pelanduk itu kita kejarkan ke tengah arena. Bukankah pelanduk itu pintar?

Ghazali Lateh

Sham al-Johori berkata...

Ya Dr. Ghazali Lateh, masalahnya gagak itu pun sebenarnya tak pandai terbang. tetapi juak-juak si gagak itu aja yang lebih-lebih. Esok lusa gagak itu tahulah bila juak-juaknya iada di sisi tinggallah pelanduk dan kancil dizalimi. hehehe

Lily Haslina Nasir berkata...

assalamualaikum..
saya pulang ke rumah dari pesta buku,cari buku yg hampir reput, yg satu ketika saya jadikan autograf waktu mpr 1986.. saja nak semak siapa lagi anak kelahiran johor.. adakah org yg cikgu ceritakan tu mohd sani badron? bekas student mrsm jasin?

salam,
lilyhaslinanasir.blogspot.com

Zaid Akhtar berkata...

salam.
tuan haji pun ada niat suci nak ber'orang rumah baharu'?

:-)

salam pesta buku.