Rabu, 4 Julai 2007

FILEM MALAYSIA DAN KISAH HANTU


i
Entahlah, sukar untuk aku mempercahayainya. Bayangkan ketika semua orang bercakap tentang sains dan teknologi, mentaliti pengarah filem2 dunia teruja untuk memaparkan kisah-kisah hantu. Bila barat dan orang timur buat, kita pun buat juga. Kononnya untuk menakut-nakutkan orang keluar malam. Macam-macam hantu cuba dipaparkan. Begitulah, bertapa rendahnya mentaliti kita. Soalnya benarkah hantu itu hidup? Persoalan ini tak pernah terjawab sebab belum pernah ada orang mati dicekik hantu. Kalau tak percaya bukalah surat khabar2 lama atau jelajahlah internet atau carilah laporan polis tentang kisah manusia mati dicekik hantu.

Apa yang aku tahu ialah, orang hidup yang jadi hantu adalah. Contohnya hantu judi, hantu arak, hantu perempuan, hantu bola, hantu dadah, hantu merompak dan macam-macam lagi hantu. Malah hantu ini lebih hantu daripada hantu yang difilemkan. Aku tak nak sebut tajuk-tajuk filem hantu tu, kalau disenaraikan tentu panjang dan meletihkan.

Yang penting, biar kita menjadi hantu sastera yang sedar akan nasib bahasa dan bangsanya. Tapi ingat, jangan jadi hantu pilihanraya. Nanti TPM marah sebab dia kata mana ada hantu pilihanraya di dunia ini. Yang ada katanya ialah hantu yang pandai mengilai sebab kalah. Oleh itu, sama-samalah kita lihat siapa yang akan menjadi hantu pilihanraya selepas pilihanraya yang bakal menyusul nanti.

ii
Filem Malaysia adalah filem untuk berhibur bukan untuk berfikir kata Ahmad Idham. Aduh, malangnya nasib pengarah filem Malaysia kalau begitulah tahap pemikiran mereka. Kenapa FINAS tak haramkan aja filem yang jelas tahyul dan kurafatnya itu? Kalau Sejarah Melayu dan teks-teks klasik Melayu dikatakan tahyul dan kurafat kenapa tidak filem-filem hantu tu? Di manakah nilai fikir dan intergriti kerajaan. Kalau Menteri Pelajaran Malaysia atau Menteri Pengajian Tinggi boleh menidakkan teks klasik Melayu kenapa dia tidak campur tangan dalam industri filem Melayu; kemudian menidakkannya juga. Rasionallah sikit.

iii
Aku bertambah keliru dan mula rasa kehilangan citra terhadap dunia filem Melayu. Aku rindukan filem seperti Ibu Mertuaku, Sarjan Hassan, Penarik Beca, Keluarga 69, Tiada Esok Bagimu, Esok Masih Ada atau juga Embun atau Jogro.
Kita perlu contohi Iran yang berjaya dalam setiap festival filem tanpa memaparkan certia-cerita porno atau tahyul. Iran bercakap tentang humanetik dan sosiologi. Iran bercerita tentang dunia nyata dan kejujuran. Iran berkisah tentang kebenaran dan kemanusiaan. Kenapa kita tidak mencontohinya? Begitu juag dengan filem Sepanyol dan Austria. Kita perlu belajar daripada mereka.

1 ulasan:

roslan jomel berkata...

Salam hormat.

Apa yang Tuan bicarakan itu senada dengan pemikiran kritikus filem A Wahab Hamzah mahu pun Ku seman Ku Hussin: Mengintelektualkan budaya menonton filem di kalangan masyarakat Malaysia.

Apabila kita mahukan pengarah-pengarah filem negara supaya berusaha keluar daripada zon selesa dari filem mudah sekali-sekala agar mencipta sebuah filem yang filem berjiwa, saranan seserius itu tertolak jauh dari dalam akal fikiran pemodal filem.
Jadilah filem-filem kita masih berkelas ke tiga.

Salam hormat.