Khamis, 14 Ogos 2008

NASIB DUNIA KEPENDIDIKAN DAN BANGSA MELAYU

Dalam senyum ada tangis dalam tangis ada ketawa dalam ketawa ada dukalara. Inilah nasib sebuah institusi negara yang terbilang di negara ini. Namanya UiTM.

UiTM - dulu ITM, Maktab MARA atau Maktab RIDA - adalah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Bumiputera. Kewujudannya adalah berasas dan berlandaskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Status ini tidak perlu dipertikaikan. Ia juga tidak wajar dirobah.

Janganlah kerana politik maka status ini mahu digolok-dagaikan oleh sesiapa.

Saya berpihak kepada hak bumiputra dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Kesedaran dan keistimewaan hak bumiputra tidak boleh dipolitikkan. Kerja-kerja seperti ini adalah kerja gila yang tidak sedar diuntung.

Perkongsian atas nama perpaduan tidak pernah menghalalkan hak dan keistimewaan bangsa bumiputranya. Jika prionsip ini dilanggar, makanya 10 tahun kemudian satu generasi akan musnah.

Entahlah, saya kian keliru antara harapan, gagasan dan dendam. Tiga istilah ini seakan-akan boleh dipermain-mainkan oleh orang politik yang berasakan punya kuasa dan hak mutlak. Sewenangnya mereka berfikir secara dangkal tanpa mengenang nasib bangsa mereka sendiri.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Prof Dato Khoo Kay Kim berkata, "Isu ini sebenarnya sudah lama dikemukakan suatu waktu dahulu. Bukan isu baru."
Permasalahannya, isu ini kembali diperkatakan. Dan kita yang berasa pejuang bahasa dan bangsa, terus tercabar dan tergugat dengan saranan agar 10% kuotanya dibuka kepada bukan bumiputera. Ada baiknya kita perhalusi cadangan itu. Cendikiawan Melayu berkumpul, berbincang seterusnya mengemukakan pula resolusi yang lebih menampakkan kecerdikan bangsa. Jangan cepat melatah, kerana kita seharusnya memperlihatkan bangsa yang matang bertindakbalas, serta rasional dalam mendepani sesuatu isu.