Isnin, 3 Mac 2008

BULAN DI DALAM BENDERA


i
Lama rasanya aku tidak menumpahkan sesuatu ke dalam blog ini. Kesibukan menjadi penulis upahan untuk beberapa akhbar tabliot sempena pilihan raya kadang-kadang menjengkelkan. Tetapi apabila difikirkan kembali; mungkin itulah tenaga yang mampu aku sumbangkan. Moga Allah menerima bakti yang aku lakukan ini.

ii
Semalam sewaktu aku pulang ke Jengka, melihat keadaan ayah yang mula terganggu kesihatannya; banyak bendera yang berkebaran. Ada bendera hijau berpotret bulan, ada bendera berpotert dacing, ada bendera biru muda berjalur merah berpotret bulan cabit dan ada juga bendera berpotret kunci. Nah, inilah yang dinamakan pilih raya. Aneh, sepanjang perjalanan ke Jengka, Pahang itu; bendera hijau berpotret bulan lebih banyak tercacak di kiri kanan lebuh raya, jalan raya, jambatan, tiang lampu, pokok dan bangunan. Kibaran itu terasa indah di balik celahan warna cerah langit dan hijau pohonan. Aku terkesima dan sesekali meneguk nafas segar yang syahdu.

Kini hijau di mana-mana
saat bulan mengambang penuh


iii

Seusia membaca blog seorang teman yang bergaya dengan basikal baharunya, aku mula terfikir peristiwa seorang penunggang basikal dengan emapt orang mak cik gemuk yang ditemuinya. Aneh dan tidak karuan sekali manusia yang dimaksudkan penunggang basikal itu. Begitulah selingkar kisah di balik pondok-pondok parti yang akan mencuba nasib dalam pilih raya kali ini. Falsafah Melayu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam bukan percaturan terbaik.

iv
Semuanya di tangan kita. Aku cuma nak pesan satu sahaja iaitu pilihan di tangan kita. Pilih IMAN kita akan bahagia selama-lamanya. Pilih HAWA NAFSU kita akan terseksa selama-lamanya.

Pemimpin berIMAN akan dapat menbangunkan ummah dengan istiqamah.
Pemimpin berHAWA NAFSU akan membangunkan ummah dengan selera rakus dan buas.

SELAMAT BERPILIHAN RAYA dan UNDILAH KEBENARAN.

2 ulasan:

Korakora berkata...

bulan?

kawan tulis pasal si penyampai berita. oh, bukan pasal diri sendiri. ini cerpen. satira, kalau mau digenrekan.

red pisces berkata...

sesungguhnya bulan sudah lama mengambang di jengka,seingatku ketika kecil dan muda....malapnya ia seketika dulu bukan kerana gerhana mentari yang jarang kunjung tiba,tetapi mataku,telingaku,hatiku dan akalku berkata ia kerna siang yang datang lebih cerah dan silau sehingga terpejam, terbutakan deria insan yg menagihkan janji...kini semua sedang mencari bulan semula kerna mentari terlalu terik.