Episod pembakaran novel sasterawan negara berulang. Dulu novel 'Shit' karya Shahnon Ahmad. Kini, novel 'Interlok' pula menjadi mangsa. Salah siapakah? Yang menjadi mangsa adalah guru Bahasa Melayu dan murid sekolah menengah tingkatan 5 zon tengah (KL, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka). Bagaimanakah P&P mereka ketika semua sukatan pelajaran sedang bermula? Agenda siapakah ini?
Sahabatku, seperti yang saya katakan semalam, pembakaran novel 'Interlok' adalah sejarah kedua novel sasterawan negara dibakar. Dulu novel "shit' karya SN Shahnon Ahmad. Siapa yang membakarnya? Kini novel 'Interlok' pula yang menjadi mangsa dan siapakah yang membakarnya? Kedua-dua episod ini bertolak daripada agenda politik. Walaupun hati kecil saya luka dan berdarah, inilah yang dikatakan 'matlamat politik yang menghalalkan cara'. Saya tidak berpihak kpd mana-mana parti politik tanah air kerana saya berpihak kepada hukum al-Quran, hadis dan pendirian ahli sunnah waljamaah.Sekarang, kerana agenda politik ini, yang terus menjadi mangsa adalah pelajar sekolah dan guru Bahasa Melayu. Bagaimana mereka ingin memulakan P&P jika teks pengajaran dan pembelajaran masih terawang-awang. Teruk sangatkan KPM yang terpaksa mengambil masa lama untuk menyatakan pendirian?
Beberapa hari ini, banyak kenyataan dan tindakan daripada individu tertentu, persatuan India dan persatuan penulis seperti PENA, GAPENA, Pelita dan lain-lain telah tampil menyatakan pendirian masing-masing. Penjelasan Dr. Fatimah Busu pada wacana PENA (8 Januari 2011) amat menarik sekali. Pendiriannya terhadap kehebatan 'Interlok' tidak perlu disangkal dan dipertikaikan. Perbincangan ilmiah ini seharusnya dihadiri oleh pegawai daripada Bahagian Buku Teks atau pemikir KPM yang akan berhujah mempertahankan novel ini.
Saya sendiri tidak faham, ketika PM melaung-laungkan gagasan 1Malaysia, kenapa pada masa, waktu, ketika dan saat yang sama api perkauman kian membara? Kenapa 'Interlok' menjadi mangsa titik tolak kebangkitan perkauman? 'Interlok' yang merupakan karya terbaik dan diangkat untuk memenangi hadiah saguhati Peraduan Novel Sepuluh Tahun Merdeka itu tidak pernah mencetuskan kemarahan kaum India pada tahun 1970-an hingga 2010. Tetapi kenapa pembuka kalender 2011 ini dicemari dengan episod pembakaran novel 'Interlok'? Bayangkan, selama 40 tahun novel itu berada di pasaran dan hampir ribuan rakyat telah membacanya, mereka sebagai pembaca boleh menerima dengan senang hati tanpa rasis, prajudis atau jumud kepada perkauman?
Pelik bin ajaib apabila tahun 2011, 'Interlok' menjadi mangsa kaum India yang fanatik dan tidak matang.
Sebagai seorang pendidik, saya juga faham akan konsep tatasusila, beradap dan menghormati adat budaya bangsa lain. Prinsip ini juga menjadi benteng cara saya berfikir. Saya pernah berbincang dengan rakan penulis Tamil seperti Uthaya Sangkar dan Raja Rajeswai. juga wartawan The Star, Baradan Kuppusamy. Pendirian mereka sebenarnya berpihak kepada hal-hal yang berkaitan dengan konteks bukannya luar konteks. Jelas juga mereka seakan-akan kecewa dengan apa yang sedang berlaku.
Ayuh, sebagai seorang penulis yang bermaruah dan taat kepada DYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung (yang memperkenan dan menganugerahkan gelaran Sasterawan Negara di parlimen) kepada Abdullah Hussain, mari kita nyatakan pendirian ini.
1. menyatakan 'tidak berakal sastera' kepada Dr. Mariah Mahmud, M. Manoharan, T. Murugiah yang mewakili senarai ahli politik kerana telah menyuburkan politik perkauman di Malaysia dan wajib menjadi musuh kepada semua penulis.
2. menegaskan bahawa novel 'Interlok' tidak pernah menyentuh sentimen perkauman kerana novel ini diakui mempunyai kesedaran semangat perpaduan yang tinggi dan menepati kehendak atau tuntutan nilai-nilai murni KPM.3. mendesak KPM meneruskan penggunaan novel ini sebagai teks bacaan rakyat Malaysia khususnya pelajar tingkatan 5.
SOKONGAN PENDIRIAN
1. Jika KPM menolak penggunaan novel ini daripada senarai buku teks dan pembelajaran subjek KOMSAS, apa yang dibimbangi ialah tuntutan yang bersifat lebih melampau akan dilakukan seperti mendesak kerajaan supaya mengharamkan hikayat Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuan, Hikayat Merong Mahawangsa dan karya agung Melayu yang lain.
2. Menghina sasterawan negara adalah sama dengan pengertian tersirat bahawa turut menderhaka kepada DYMM Agung.
Salam ikhlas.
3 ulasan:
Si cerdik yang berpura bodoh, lebih licik ketimbang seekor ular.
MARSLI N.O
Mereka membuka pekung sendiri, dan menyebarkan kehinaan terhadap diri sendiri
apakah tersilap tengok buku 'The Prince' menyelangi ucapan Najib.. ucapan tiada saya dengar krn sibuk dgn anak.. buku the prince tekenal dgn 'matlamat mghalalkan cara' nya
Catat Ulasan