HAMPIR sebulan saya tidak mencatat apa-apa di dalam laman "Tanah Nurani' ini. Kerja-kerja duniawi dan beban tugas yang entah apa-apa itu banyak menguji kesabaran. Kegegeran dan desakan yang bertali arus kadang-kadang lebih menyusahkan daripada persediaan menunggu kematian. Begitupun, saya sempat juga menghabiskan bacaan buku terbaharu Ajip Rosidi bertajuk "Hidup Tanpa Ijazah" (2010).
Buku ini menukilkan pandangan yang mungkin benar dan mungkin songsang tentang kehidupan manusia tanpa ijazah. Seusai membacanya saya mengimbau kembali bonda dan ayahanda saya yang hanya bersekolah di madrasah atau pondok yang juga tidak membekalkan sekeping ijazah atau sijil berhenti. Tetapi anehnya, bonda dan ayahanda saya lebih bijaksana daripada saya. Akalnya lebih bitara kerana mereka berdua boleh bercerita tentang politik, ekonomi dan masalah sosial dunia. Apa-apa yang dilontarkan kepada saya 20 tahu dahulu itu; kini ada yang sudah menjadi kenyataan. Contohnya tentang politik melampau atau politik kuasa. Mereka berdua selalu menceritakan bahawa duit suatu hari akan menjadi tidak bernilai; dan hari ini berapa nilai RM10 jika kita hidup di tengah-tengah kota Kuala Lumpur dalam masa sehari? Bolehkah RM10 itu menampung tambang, sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam? Dulu, bonda dan ayahanda saya selalu mengingatkan bahawa budi bahasa dan akhlak manusia yang baik akan dihina secara terbuka. Nah, hari ini, lihatlah bagaimana ulamak dan orang bijak pandai agama dicerca jika menyatakan kebenaran dan yang hak. Kebatilan kian dijaja di sana-sini. Majlis untuk anugerah artis terbaik diadakan dengan terbuka (siaran langsung) dengan paparan tubuh tidak cukup pakaian, mendapat penajaan yang luar biasa dan masya-Allah.
Inikah nilai ijazah kepada manusia hari ini. Jika Ajib Rosidi melihat ijazah sebagai penerus kehiudpan manusia; saya melihat sebaliknya kerana ijazah itu hanya sekeping kertas.

ii
Saya merenung jauh ke dalam diri sendiri sambil berfikir, untuk apa dan berapa harganya nilai sekeping kertas?
Sekeping kertas adalah kertas yang asalnya daripada kulit pokok atau juga daripada bahan-bahan terbuang. Di atas kertas itu hanya tercatat beberapa pengakuan yang entahkan benar entahkan tidak. Kalau kertas itu boleh memperakukan kebijaksanaan, kebitaraan dan keilmuan seseorang atau binatang; tentunya kertas itu juga akan menjadi saksi kepada hukum kausal di pasang mahsyar kelak.
Sekeping kertas adalah sebuah igauan buta
sekeping kertas adalah anganan palsu
sekeping kertas adalah sebuah pembohongan
sekeping kertas adalah juga sebuah pengorbanan
sekeping kertas adalah juga sebuah pengorbanan
dan sekeping kertas adalah nafsu-nafsi duniawi.
iii
Kerana sekeping kertas saya menjadi insan yang tidak mengenal makna akrab kepada rakan-rakan. Kerana sekeping kertas saya lebih rela memilih sunyi dan sepi. Dan kerana sekeping kertas saya kehilangan akal dan suara. Saya menjadi lelaki yang terpaksa berfikir banyak kali sebelum bersuara atau menyuarakan pendapat. Kerana sekeping kertas juga saya dibawa ke negeri jauh yang penuh kisah muluk.
Antara sekeping kertas dengan sekeping hati, saya membaca diri saya sendiri. Kertas tidak bernyawa tetapi hati yang bernyawa kadang-kadang tewas oleh nilai-nilai kemanusiaan dan kesejagatan.
Di manakah saya saat saya terseret dalam kancah nilai sekeping kertas?
Keluarkan aku daripada sebuah dunia kertasmu
aku ingin menjadi rama-rama
yang terbang bebas di negara mawar.
Bebaskan aku
terbang
di negara mawar
akan kukumpul
air dan harumnya
untuk kusalut
ke tubuh berkapanku
Shamsudin Othman
Madrasah sham al-Johori.

2 ulasan:
negara mawar? jauh tu syeikh. Ana dah pernah sampai sekali dulu. Sepekan dualah juga kalau nak berjalan ke negara mawar hehehe
Salam tuan haji,
da lama tak menjenguk ke laman ini.
dulu dlm tahun 2008, saya pelajar tuan haji di UM. kerana sekeping kertas tu la kita bertemu..
tahun 2009, saya da berjaya perolehi sekeping kertas tu. terima kasih tuan haji, atas didikan tuan haji. rasa bangga sangat bila da berjaya.
2011, masih cuba menstabilkan hidup. sekeping kertas tu terpaksa diletakkn ke tepi. dilema pemegang ijazah masa kini....
Catat Ulasan