Semalam aku dihubungi oleh seorang teman dari DBP. Dia minta aku menulis kertas kerja tentang novel MUHABBAH karya Shahnon Ahmad (SA) yang menang Anugerah Sastera baharu-baharu ini. Aku tidak menolak kerana secara kebetulan aku memang kagum sangat dengan tenaga dan buah fikir SA dan kebetulan juga, aku baharu sahaja beberapa hari menamatkan pembacaan novel ini. Kelmarin, aku sempat bercakap dengan Hanafi Ibrahim di Pena tentang novel ini. Dia bersetuju dengan pandangan aku dan memberi sedikit input.
Insyallah akan aku sipakan kertas kerja itu dalam waktu yang singkat sebab kertas kerja itu harus disiapkan sempena Seminar Pemikiran Shahnon Ahmad pada 13-14 November 2007 di DBP.
ii
Tugasan Kongres Sebudaya Serumpun kian menekan. Waktu kian hampir. Aku, SM Zakir, M. Saleeh Rahamad, Saifulizan Yahya dan Fazz kian tak cukup kaki, tangan dan akal untuk menguruskannya. Mujurlah ada rakan-rakan yang setia seperti Rahimidin Zahari dan Amiruddin Ali. Mereka banyak membantu dan memberi sokongan kuat. Jika tidak, tak tahulah apa hendak dikata.
Doakan kami agar niat suci kami menganjurkan kongres ini dibarakahi Allah. Ini semua untuk memperjuangkan nasib bangsa, bahasa dan budaya Melayu yang kian terhakis.
Kepada rakan-rakan, berikan sokongan dengan menghadiri kongres ini. Insyallah, kami cuba berikan yang terbaik.
iii
Tugasan lain yang memualkan ialah apabila menatap dada akhbar harian hari ini. Kisahnya penuh dengan laporan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC. Aduh, kelukaan dan kepedihan kian menikam dadaku. Begitupun ucapan TPM Dato' Najib wajar difikir dan direnungkan. Ucapannya berenas cuma di mana peranan dan penekanannya terhadap agama Islam?
Kita hanya dihidangkan dengan janji-janji muluk yang entah apa-apa, penuh dengan agenda mengapu dan bersaing menonjolkan diri sendiri tetapi bukan menonjolkan kebijaksanaan dan keberanian perjuangan asal seperti yang dilakukan oleh Datuk Senu, Tun Razak dalam rancangan khas di RTM 1 setiap 8.30 malam. Aku rasa kerana sibuk bersidang mereka tak sempat menonton rancangan yang penuh bermakna kepada UMNO itu.
Maka terjunlah si luncai dengan labu-labunya......

1 ulasan:
Salam Abd Sudin,
Boleh tak bubuh tentatif / jadual pembentang untuk kongres budaya. Ramai yang tak tahu hujung pangkalnya. Macam saya yang jauh dari Seremban dan perlu pula datang dengan seorang anak kecil, maklumat sedemikian, amatlah berharga untuk membuat perancangan awal.
Terima kasih.
Catat Ulasan