PENULIS DAN BLOG: TREND MASA KINI
DBP
21 MAC 2008.
Dua keping gambar ini adalah bukti bahawa DBP lebih peka akan kebangkitan medium blog dalam perkembangan zaman dan tuntutan masyarakat. Tahniah DBP yang melihat budaya berfikir manusia hari ini secara terbuka dan bersih.
Bersama-sama jiwarasa@blogspot.com dan anyss@blogspot.com , kami memungkin dan menjernihkan situasi dengan menyatakan bahawa budaya berkerja secara blog lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan seperti tanggapan banyak pihak.
Sesungguhnya, zaman hari ini menuntut sesuatu yang lebih pantas, tepat dan terbuka dalam orentasi budaya ilmu yang sihat. Ketakutan dan syah wasangka terhadap kemajuan blog adalah perasaan akibat kejumudan sediri. Hal ini bermakna, kita tidak boleh menyekat ruang fikir manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Kebebasan adalah kreatif dan kretaiviti. Manusia yang kreatif adalah manusia yang telah berjaya memanfaatkan fitrah yang dikurniakan oleh Yang Mahakuasa.
Selamat menjelajah dan mengimarahkan dunia blog untuk menjadi warga yang terbuka dan sentiasa menggunakan AKAL untuk BERFIKIR, BERFIKIR, BERFIKIR dan BERFIKIR.
Salam.
1 ulasan:
Dahulu apabila saya mula menulis blog sekitar tahun 2000, khalayak rakyat malaysia mengatakan kami ini pelik. Mana ada org menulis diari utk tontonan umum. Tetapi, pada tahun 2000 blog yg mula boom di Jepun dan menjadi salah satu topik dalam subjek psikologi sosial yang saya ambil membuatkan saya memulakan usaha menulis blog. Maka tidak hairanlah jepun menjadi negara nombor wahid mempunyai bilangan blog di dunia.
Tapi pada tahun 2008, selepas impak dr PRU12, blog mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Alhamdulillah, saya lihat perkembangan ini baik dan usaha kami dalam komuniti gengjurnal.biz untuk mengetengahkan blog melalui hebahan di media cetak dan juga pembentangan kertas kerja di seminar2 akademik anjuran universiti (tokrimau.blogspot.com satu ektika dahulu) telah sedikit sebanyak membantu usaha 2 ini.
selamat menulis tuan haji dan teruslah menulis di blog.
www.bluehikari.com
Catat Ulasan