DEMIKIANLAH lakonan yang sedang berlangsung hari ini. Kita sedang menyaksikan sandiwara yang ditontokan tanpa rakyat perlu membeli tiket. Panggung dan pentasnya terbuka kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk menontonya. Mungkin daripada pementasan itu nanti, kita boleh mengkelasfikasikan pementasan itu sama ada itu drama, teater, bangsawan, filem, filem pendek, barongan, ulit mayang, main puteri atau apa-apa sahaja.
Media perdana turut sama membantu promosi pementasan tersebut. Lihatlah watak-wakak hero dan heroinnya yang dituduh rasuah, liwat, pecah amanah, salah guna kuasa, gila kuasa, dan macam-macam lagi. Plot ceritanya pula berjungkir balik; hingga mencapai tahap 'masterpiece'. Persembahan gaya bahasanya yang lancar penuh dengan semiotik, argumentasi, ambiguiti dan autentik menyebabkan cerita-cerita itu berjaya menjadi habuan 'halwa telinga' mahupun 'halwa jiwa'.
Saya masih mengingati isi kuliah Penulisan Kreatif oleh Allayarham S. Othman Kelantan yang katanya, "cerita adalah manusia. Watak akan menjadi hebat jika manusia yang digarap itu hebat oleh penulisnya atau ditonton jika dipentaskan." Nah, betullah kata-kata itu, bahawa sesebuah lakonan akan menjadi hebat jika pelakonnya hebat.
Skripnya bagaimana? Hari ini, para pelakon itu sedang duduk berlatih menghafal skrip yang sudah diluluskan oleh ahli lembaga panggung. Skrip itu telah dinilai dan dimurnikan oleh juak-juak filem yang berkelulusan universiti luar negara kerana pengalaman mereka ketika berada di luar negara dapat banyak membantu. Setelah melalui suntingan dan penapisan di mana-mana yang perlu; makanya hari ini para pelakon itu telah mula berlatih.
Saya difahamkan latihan mereka amat teruk. Tetapi setelah memikirkan jumlah pulangan wang/duit yang lumayan, mereka sanggup melanggar adat budaya Melayu dan hukum hakam Islam. Kata pelakon itu, "saya cuma pelakon sahaja. Tak salah kan? Hal-hal skrip tu, kena tanya produser atau pak dalangnya?"
Saya tiba-tiba teringatkan seorang rakan paling akrab dan mahir dalam hal-hal pementasan kerana kelulusan akademiknya adalah seni persembahan. Saya juga teringatkan seorang rakan yang menjadi pengkritik filem dan drama terbaik negara setelah menerima award atas kejayaan buah fikirnya mengkritik filem. Saya juga teringatkan pengalaman berlakon drama 'Illusi' untuk siaran RTM mahupun mementaskan teater ketika menjadi mahasiswa dahulu. Semuanya itu adalah kenangan yang mendewasakan.
Saya melepaskan rengus sendiri. Merenung dan membaca ulang ayat-ayat yang saya tulis kembali. Saya bertanya sendirian.
"Betulkah bahawa pementasan sandiwara ini hanya satu lakonan sahaja? Atau, inikah cerita bangsa Melayu yang sedang menuju kehancuran?"
"Siapakah penulis skripnya?"
"Bilakah pementasan ini akan berakhir?"
Pertanyaan ini masih berbayang-bayang dalam fikiran saya.
SELAMAT MENONTON SAMBIL BERFIKIR SECARA HIKMAH INSANIAH.

7 ulasan:
Susah-susah sangat kita runtuhkan aja panggung. Tak pun bakar aja. Gimana?
Ada kisah dlm sejarah Islam 4 orang saksi tampil ke muka tentang tuduhan zina lelaki/perempuan, bukan lelaki/jantan. Ketiga-tiganya kata nampak dua pasang kaki rapat-rapat di bawah tirai. Apabila ditanya yg keempat apakah masuk benda itu. Dia kata dia tak nampak dengan matanya. Maka ketiga-tiga saksi itu dihukum sebat 80 kali. Bagaimana kalau ada sesiapa pandai dramakan kisah ini di pentas teater kita? Tentu mengejutkan surprise endingnya.
bilakah akan berakhir sandiwara ini? kita sebagai penonton hanya mampu menonton dan menunggu sehinga babak terakhir untuk mendapatkan jawapannya.
Itulah jadinya, bila orang Melayu bergantung pada tokoh. Dan lakonan oleh sesetengah tokoh ini bukan sahaja macam sial, tetapi menghantar penonton macam kita, menjadi lebih bingung.
cantik betullah poster 'filem' tu.
Sdr. Baguslah kerana bersedia menjadi orang yang "ter" lalu berani.
Satira + Kacau
hanya penonton di tingkap panggung
Catat Ulasan