Khamis, 31 Julai 2008

AL-FATIHAH KEPADA SN S.OTHMAN KELANTAN

Kenangan terakhir di Surau Bangi Perdana.
Jenazah SN S. Othman Kelantan diusung menuju negeri abadi.

SESUNGGUHNYA ALLAH lebih mengasihi orang yang kita sayang. Berita pemergian Allahyarham S. Othman Kelantan (pak Syed) ke negeri abadi saya terima daripada anaknya SM Zakir jam 12.05 minit malam tadi iaitu beberapa minit selepas isteri saya mengucapkan 'Selamat Ulang tahun kelahiran' saya pada tanggal 31 Julai 2008. Saya menulis sms kemudian memanjangkannya kepada rakan penulis akrab. Rahimidin segera membalas dan menyatakan akan terus ke Bangi, begitu juga Saleeh dan Amiruddin. Malam tadi, sehingga jam tiga pagi saya terus menerima pertanyaan demi pertanyaan akan kepastian berita itu. Selepas subuh saya segera bersiap ke pejabat.

Sampai di pejabat, Pak Arenawati menghubungi saya dan meminta saya mencari bantuan untuk membawa dirinya menziarahi jenazah rakan sesasterawannya itu. Saya segera menghubungi En. Hanafi Ibrahim pegawai DBP dan meminta dia membantu menyelesaikan masalah Pak Arenawati. Bicara Pak Arenawati penuh sebak dan saya benar-benar terharu setelah beliau turut menyatakan bahawa kesihatan dirinya juga kini benar-benar tidak mengizinkan.

Kepada SM Zakir, teman seperjuangan paling akrab dan banyak membantu; sabarlah atas ujian ini. Ini semua hikmah yang akan dilalui oleh semua manusia. Hanya perjalanan kita ke negeri abadi sahaja yang masih dirahsiakan oleh Allah.

Kita juga bakal mengiringnya ke sana.

AL-FATIHAH. MOGA ROHNYA SENTIASA BERADA DI SISI KEKASIH-NYA. AMIN

4 ulasan:

rahimin idris berkata...

salam sham,
AL-FATIHAH juga dari saya. saya turut simpati dan berasa dukacita. Allahyarham meninggalkan karya-karya yang sangat baik dan kita akan terasa kehilangan. Semoga setiap amalannya diterima Allah dan menjadi budi yang menyinari hidupnya di negeri Abadi.

Tanpa Nama berkata...

saya dikhabarkan berita ini melalui blog bluehikari dan dari situ klik ke mari. Alfatihah.

randai M.

Mokhtaradnan berkata...

He was the bravest and the most quiet among them all, he is a real jogho and a true son of Kota Bharu.

Beberapa kali saya dipesan dan ditegur,"jangan samakan orang Kota Bharu dan orang Kelantan". Hingga kini saya masih tidak mengerti.

mokhtaradnan.

Baha Zain berkata...

Saya terkejar-kejar dan sesat sampai ke Semenyih. Sampai di rumah Allahyarham jenazah baru selesai dikembumikan. Hanya ucapan takziah diucapkan kpd balu Allahyarham. Bertemu, berpisah dan kembali , detik-detik itu spt gugurnya setiap helai daun, hanya Allah yg mengetahuinya.Akan tiba jua waktunya untuk kita. Hanya jasa yg tertinggal di dunia. Salam BZ