RALAT: Petikan terjemahan dalam surah al-Qadr INI SEBENARNYA TIGA AYAT BUKAN 2 AYAT.
Rujuk yang betul iaitu ayat 1-3.
SELESAI membaca kitab "Bulughul Maram" karya Al-Hafizh bin Hajar al-Asqalani, saya berkira-kira tentang malam Lailatul Qadar yang mempunyai janji-janji indah dan tututan yang amat mendesak oleh Allah hingga diturunkanNya surah al-Qadr (surah 97 yang mempunyai 5 ayat). Pada ayat ke tiga surah ini, Allah menjelaskan bahawa, "Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan."
Saya membaca kitab "Bulughul Maram" ini kerana ingin mencari kaedah terbaik bagi menentukan atau setidak-tidak dapat diterima Allah sebagai tetamu Lailatul Qadar itu. Menurut kitab ini, antara Imam besar empat (Imam al-Ghazali, Maliki, Hambali dan Syafiee), Imam Al-Ghazali didapati lebih menyedari akan kehadiran malam seribu bulan ini. Sepanjang 30 tahun kehidupan Imam al-Ghazali, beliau secara sedar telah dapat menghadirkan diri sebagai tetamu Lailatul Qadar ini. Hal ini menyebabkan ketiga-tiga imam besar itu berasa cemburu kepada Imam al-Ghazali. Menurut Abdullah Maasud dan Abu Dawud, Iman al-Ghazali telah menemui satu kaedah yang akhirnya hampir dipersetui oleh sebahagian ulamak muktabar. Kaedah yang digunakan oleh Iman Al-Ghazali ialah berdasarkan perkiraan hari pertama bermulanya puasa ramadan. Jika puasa bermula pada hari Isnin maka malam Qadar ialah pada malam ke-21 ramadan; Sabtu - malam ke-23 ramadan; Khamis - malam ke 25 ramadan; Selasa/ Jumaat - malam ke-27 ramadan; dan Ahad - jatuh pada malam ke 29 ramadan.
Kaedah ini diambil kita dengan mengaitkan hadis rasulullah yang menekan bahawa rebutlah malam qadar pada sepuluh malam terakhir ramadan khususnya pada malam ganjil (21, 23, 25, 27, 29).
Walau bagaimanapun, Imam Syafiee ada pendapat yang lain dengan menyatakan bahawa rasulullah menjelaskan bahawa rebut dan bertungunglumuslah kamu pada malam 27 ramadan kerana pada malam itu adalah malam seribu bulan.
Ini adalah kaedah dan perkiraan yang boleh menjadi panduan. Jika direnung kembali surah al-Qadr bermula daripada ayat pertama hingga ayat terakhir, Allah SWT hanya memaklumkan bahawa malam Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan dan hanya berlaku pada salah satu hari di dalam bulan ramadan. Allah SWT tidak menentukan atau menetapkan hari yang khusus.
Oleh itu, kaedah atau apa sahaja panduan yang kita fahami, dengari dan temui selama ini hanya merupakan satu petunjuk. Apa yang penting kita sama-sama meningkatkan amal ibadah, mohon keampunan dan mohon kesejahteraan sebanyak-banyaknya tanpa menunggu malam Qadar ini. Insya-Allah, Allah SWT yang maha Pemurah dan maha Penyayang itu akan sentiasa dekat di hati kita jika kita ingat akan diri-Nya.
MENANTI ILHAM DARI ILLAHI
Aku persembahkan munajat perkasihan ini kepada-Mu
datanglah malam seribu bulan
datanglah al-Qadar
kembangkan sayap malammu
menutup tubuhku yang keji
kotor dalam imani
sepi dalam insani
Sekian lama aku bersangka baik kepada-Mu
tegar meniduri malam demi malam
menyulam mimpi menganyam cinta
tanpa rintih waima jerit pedih
akulah sang setia itu
menanti ilham yang tak berjawapan
Kubaca al-Qadr di dalam diri
kutafsir al-Ghazali berkali-kali
menanti restu seribu janji
saat malam membisu dan sepi
Ya Rahman, Ya Rahim
kunjungi jiwaku yang nanar bergelumung rindu
bawalah aku
ke negeri seribu malam-Mu.
Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori,
Kuala Lumpur.

2 ulasan:
Sham,
Bagus panduan untuk mencari lailatul Qadar ini. Tapi saya rasa tidak semua yang mencari akan mendapatnya. Kadang-kadang lailatur Qadar menjadi tetamu insan yang tidak pernah berharap, tetapi yang beribadah secara jujur dan ikhlas.
Alhamdulillah Tuan Sheikh,
wpun dah lama x memblog tp dpt byk panduan dan cerita dlm blog ini.
Saya he he ... baca cerita Bilal kat Bistro Tasik Permaisuri tu. Sy pernah ke sana. Di situlah lubuk Tn kan? Semoga apa yg kt lakukan akan mendpt rahmat-Nya utk hidup di sini dan di sana. Amin.
Catat Ulasan