Khamis, 17 September 2009

SALAM LEBARAN DAN MAAF ZAHIR BATIN


Anak negeri mencari tuba,
Tuba dicari di Tanjung Jati;
Di dalam hati tidak 'kan lupa,
Bagai rambut bersimpul mati.

Asam kandis mari dihiris,
manis sekali rasa isinya;
dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.

Buah tembikai masaknya manis,
Masak sebiji isinya merah;
Cakapan bagai embun ditapis,
Nyawa dan badan rasa terserah.

Hari-hari pergi ke kebun,
Di dalam kebun membuat perlak;
Saya berpuisi berpantun-pantun,
Dalam pantun ada kehendak.

Sepanjang tuan-tuan berkunjung ke blog "Tanah Nurani' ini, saya mohon ampun dan maaf seikhlasnya daripada tuan-tuan sekirannya ilmu yang sejengkal lagi dangkal ini pernah menguris hati dan perasaan tuan-tuan.

Salam lebaran dan maaf zahir batin.

Shamsudin Othman
Madrasah Shal al-Johori.

9 ulasan:

Pencinta Pantai Bersih berkata...

Selamat Hari Lebaran. Maaf Zahir dan Batin.

Jemputlah ke rumah.

qdetactive berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
ampun maaf diminta

wardah munirah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
wardah munirah berkata...

Assalamualaikum Cikgu,
Salam Lebaran Minal Aidil Wal Faizin.

Saya juga mohon ampun dan maaf sekiranya pernah berlaku salah sepanjang menjadi pelajar cikgu untuk subjek Bahasa Melayu, semester dua (Julai 2008)di Aswara.

Terima kasih.

Melihat Kesunyataan berkata...

Sham al-Johari,
Salam adilfitri. Balik Tangkak ke tahun ni?
Salam kemaafan juga dari saya.

ekspresi berkata...

lamanya cuti raya?

Luqman Hakim QA berkata...

salam coldspurs dr aku

Ampuan Awang berkata...

Assalamu'alaikum sahabat,

selamat hari raya MZB dari pemilik teratak blog huduh serba kurang Majoriti vs Minoriti...

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Juga mahu mengambil kesempatan. Walaupun barangkali agak lewat. Ya, Selamat Hari Raya. Terima kasih atas sokongan tuan memberi inspirasi selama ini.