Isnin, 9 November 2009

SANG PEMADAM SEJARAH


Entri ini tidak melibatkan mana-mana pihak. Cuma sebuah cerita daripada mimpi saya malam tadi. Selepas solat subuh sementara menunggu untuk ke tempat bertugas, saya 'layang' mimpi malam tadi. Lalu tertulislah sajak yang entah apa-apa ini.

SANG PEMADAM SEJARAH

Sang pencatat itupun memadam sejarah kehadiranku dan rakan-rakan di dalam diari kemersraan hidupnya. Aneh, kerana kami bukan musuh seperti gunting dalam lipatan dan kami adalah sebahagian daripada dirinya yang sering menterjemah sepi dan rindu - semuanya menjadi tanda tanya yang menyukarkan? "Tak mengapalah," kataku kepada seorang rakan yang paling memahami.

Dia sang pencatat yang memilih sunyi lalu meninggalkan kami untuk menghirup kesegaran demi kesegaran keakraban. Sejak itu, jauh di kalbuku, aku mula belajar memahami makna sahabat meski aku sentiasa menyusun hikmah dan menghormati nilai bersahabat.

Aku sudah terlalu tua untuk menyusur arus rajuk dan dendam iri. Ketuaanku ini sering mengetuk pintu kebencian diriku. Ketuaan ini sering mengajar aku erti pemaaf. Ketuaan ini sering berbisik kepadaku agar sering memaafkan. Dan ketuaan ini sering mengajar aku erti mengatur kata-kata.

Ya Rabb, izinkan aku merenung kelemahan diri saat ketuaan bermaharajalela di tubuhku. Amin

Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori

Fuhh! Kalau Rahimidin dan Pak Zakir baca sajak naratif ini, jangan menangis pula. Ini hanya cerita mimpi yang saya terjemahkan ke dalam bentuk kata-kata. Entahlah, sejak akhir-akhir ini saya sering berhadapan dengan mimpi-mimpi yang tidak terdugakan. Iyalah, mungkin usia yang sedang menuju senja ini, banyak juga cerita-ceriti yang mengejar diri. Bak kata pak dosen saya, En. Saleeh, "jangan ingat nak berseronok aja... tak lama lagi kita jadi tua juga."

5 ulasan:

Rahimidin Z berkata...

Pak Haji Sham, kengkawan cakap life began....

Melihat Kesunyataan berkata...

Shamsuddin,
Sejarah takkan padam. Sungai pun menulis sejarah, hujan pun menulis sejarah, langit pun menulis sejarah. Apa lagi bumi.

S.M. Zakir berkata...

life begin at 40 dah naik ke life begin at 50... sian pak dosen yang tak berdosa... dia baik tu... selalu tarik saya solat walau kat mana berada. kat china sampai solat kat bawah tangga, kat kemboja solat belakang kerusi di airport.. tak ke mana pun dia, dah tua kurang power dah he he

MARSLI N.O berkata...

Saudara dan sahabatku Shamsudin Othman: Saya datang membaca dan selalu bercermin darinya. Terima kasih atas peringatan. Semoga kita dilindungi Allah SWT sentiasa.

MARSLI N.O

edolah berkata...

tuan hj..
sapa kata tua2 x blh merajuk...ana slalu merajuk...dgn suri kat rumah! kunun nak bermanja dan mengerat kasihsayang...hehe