Rabu, 7 April 2010

CATATAN DR. MAWAR SHAFEI

SAYA petik sepenuhnya catatan Dr. Mawar Shafei daripada blognya 'mawarshafei.blogspot.com' tentang kumpulan puisi saya. Terima kasih Dr.Mawar yang mengguna pakai kumpulan puisi ini untuk teks wajib pelajarnya. Tapi sayang, kumpulan puisi ini tiada lagi di pasaran. Saya pernah menulis surat kepada DBP supaya buku ini diulang cetak tetapi hingga kini saya sendiri tidak tahu khabar beritanya.


Naskah terakhir, hadiah dari sahabat saya, Shamsudin Othman. Tanah Nurani juga menjadi judul antologi puisi pemenang Hadiah Sastera Perdana 1996-2005 terbitan DBP. oh, DBP, tolonglah cetak ulang Taman Percakapan yang pembacanya sedang menunggu.

5 ulasan:

Rahimidin Z berkata...

Syeikh, cetak sendiri dan jual. mohon balik hakcipta dari DBP, lepas tu haramkan untuk hantar mana-mana masnuskrip kat DBP.

Dahlia berkata...

Saya setuju dengan Tuan Rahimidin, mohon balik hakcipta. Barangkali terlampau banyak buku yang mahu diterbitkan DBP hingga tiada ulang cetak lagi. Atau DBP merasakan tanggungjawab mereka sudah lepas? Soal selidik punyalah banyak, tapi no progression!

aediasri berkata...

patutlah,
puas saya cari taman percakapan

Luqman Hakim QA berkata...

hahhh...suruh deebeepee terbit buku ker. malang sungguh la. tapi bila syeikh nak tambah Dr. kat pangkal nama tu?

Tanpa Nama berkata...

Salam (Dr),
cakap Luqman tu merupakan doa juga kan. Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. Amin.

Tulah sedih. Dgr cerita, dbp mmg
x nak terbit antologi sajak lagi kan?

Nayalah orang yang bernama penyair di Malaysia ni. Hu hu...

Di Kulit Bumi Karya-Mu.