Rabu, 29 Disember 2010

AKU SEBUAH RAK BUKU

AKU SEBUAH RAK BUKU

bahu dan dadaku
sarat menanggung ilmu
menanti rebah ke dada imani
shamsudin tuanku
tak pernah bertanya
akan kuat kudratku
yang ada di fikirnya
hanya buku
dan buku
dan buku
dan
FIKIR
PENGETAHUAN
AKAL
BUDI.

kamar 047
Fakulti Pengajian Pendidikan,
UPM, Serdang, Selangor.

ii
Tahun 2010 ni, rupa-rupanya saya sudah menghabiskan hampir rm1K untuk membeli buku. Begitu juga hampir rm10K untuk membeli lukisan. Itu tidak termasuk mengembara dan membawa hati yang luka ke negara luar.

iii
2011 bakal menjelang. Rak buku pasti akan bertambah dan koleksi lukisan juga bakal menyusul. Catatan perjalanan sudah mula memangkah pada nombor-nombor di dada kalender 2011.

iv.
Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011. Terimalah kehadiran aku dengan seikhlasnya.

2 ulasan:

A. Muziru Idham berkata...

Fuh! Punya banyak buku Abang Sham! Taknak sedekah kat saya sikit?^_^

Tanpa Nama berkata...

salam,
tuan haji...saya ainn_tangkak bekas pelajar tuan haji pbmp_upm...
wah sangat teruja dgn koleksi buku tuan haji...erm saya dah pun dapatkan buku tuan haji Tips Motivasi Guru...sayangnya..kalau ada di upm..boleh minta tanda tangan...hehe...~=)