Khamis, 2 Disember 2010

BUKU SAYA


Ini buku saya.

Penerbit: Casa Delima Sdn. Bhd.
Tahun: 2010
Harga: RM18.00

Tajuk: TIPS MOTIVASI GURU: KERJAYA MULIA, NAMA JADI SANJUNGAN

Tugas seorang guru sebenarnya tidak semudah yang disangkakan. Seorang guru bukan sahaja perlu melahirkan manusia yang bijaksana malah lebih mulia lagi ialah melahirkan insan yang akan disanjung oleh masyarakat. Di tangan merekalah seseorang itu boleh menjadi manusia atau 'binatang'.

Guru juga manusia biasa yang banyak kelemahan. Janganlah terlalu cepat melatah dan menyalahkan guru sekiranya anak-anak didik mereka tidak menjadi seperti yang diharap-harapkan. Kita perlu bertanya kepada diri sendiri, apakah tugas kita sebagai ketua keluarga di dalam bilik darjah? Oleh itu, kedua-dua pihak, iaitu guru dan keluarga perlu berganding bahu untuk mewujudkan suasana yang kondusif. Sikap mengambl jalan mudah atau 'cuci tangan' sewajarnya tidak terlintas langsung dalam fikiran kita.

Inilah secebis kisah kehidupan seorang guru.

Tuan-tuan boleh membuat pesanan terus ke penerbit atau layari facebook Casa Delima untuk tempahan (belian) secara online.

Selamat membaca dan maaf atas kekurangan dan kelemahan buku ini.

4 ulasan:

Mawar berkata...

Sham
tahniah buku baru!

Tanpa Nama berkata...

salam, tuan haji..saya pasti akan mendapatkan buku baru tuan haji..


x-pbmp05/10_upm~

Hasmora berkata...

salam tuan haji, kalau tuan datang ke Membakut sempena Hari Puisi nanti, bawalah buku ni ya :)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, Tn Hj.

Bagaimana hendak membuat pesanan buku ini?

atikah.
kluang.