Jumaat, 20 April 2007

i.
Hari ini aku sempat membaca kitab al Hakam. Terasa seronok setiap kali beralih lembaran demi lembaran. Ada sesuatu yang segar mengalir ke dalam diri. Mungkin inilah yang dinamakan 'zouk'. Malah masih terasa segarnya ketika aku menulis dalam blog ini.

ii
Semalam ketika sendirian makan di McD, Pasar Seni; aku didatangi seorang jejaka yang memberikan majalah Al- Hikmah secara percuma. Sambil meneguk dan mengunyah juadah; tumpuan aku terarah kepada tulisan 'Surat Daripada Fatimah'. Aku ringkaskan cerita itu dalam blog ini. Kisahnya begini....

Fatimah ini merupakan seorang banduan wanita yang ditahan di penjara Abu Gharib. Dia ditahan kerana dituduh menyembunyikan abang dan adiknya. Apa yang menyedihkan kehidupan Fatimah ini ialah, di penjara itu dia menjadi mangsa pemuas nafsu tentera Amerika. Dia dan banduan wanita diperkosa sebanyak sembilan kali sehari atau lebih. Malah lebih teruk apabila diperkosa secara beramai-ramai. Dalam suratnya (yang berjaya diseludup ke luar) dia menulis;

Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu. Mereka menodai tubuh kami, meludahi muka kami dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan ke leher-leher kami yang telanjang tanpa seurat benang.

Ya Allah, inilah cerita yang benar-benar menyayat hati. Aku tidak dapat bayangkan kalaulah Fatimah itu bangsa Melayu dan Iraq itu Malaysia. Kezaliman amerika sebenarnya sudah tidak boleh dimaafkan. Amerika sebenarnya adalah Yahudi atau babi yang bertopengkan wajah manusia.

Bolehkah kita memaafkan dan berkerjasama dengannya?

Anehnya, kerajaan UMNO beriya-iya ingin bersekongkol dan menjadikan bangsa ini rakan perdagangan.

Persoalan seterusnya ialah, tidak boleh hidupkah kita tanpa yahudi amerika itu?
iii
Aku tak sempat nak sambung novel sebab waktu tidak mengizinkan.

1 ulasan:

MARSLI N.O berkata...

Saudara: Bukan Amerika, tetapi pemimpin tertentu yang mengharu birukan dasar Amerika hinggakan menjadi dasar anjing dan babi. Misalnnya Bush. Anjing atau babi yang menjadi pemimpin inilah yang berbuat onar. Di negara kita juga mungkin. Jadi mana mungkin dia mengerti bahasa manusia, kerana dia memang anjing dan babi.