Selasa, 12 Jun 2007

APA YANG KAU DAN AKU CARI ?


i
Ketika di Jakarta, banyak SMS yang masuk ke telefonku. Isinya benar-benar menyakitkan hati. Rakan-rakan bertanya, apakah tindakan aku selanjutnya? Sebenarnya aku sendiri keliru apabila bangsa kita sanggup menjual dan mengadai nama bangsanya sendiri. Aku keliru dan kian menjadi kian hilang kepercayaan kepada UMNO. Isunya mudah iaitu, Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia. Aku tak faham sungguh pemikiran para juak yang diberi kepercayaan oleh rakyat. Kenapa fikiran mereka cetek dan bangang sekali?
Tanpa banyak berfikir, aku nak cabar orang yang bersetuju dengan gagasan Malaysia-Malaysia itu, cadangkan juga kepada MIC dan MCA untuk berani menukar nama peribadi mereka kepada nama yang bercirikan malaysian seperti yang dilakukan oleh Indonesia. Misalnya nama Samy Velu ditukar kepada Mohd.Najib atau nama Ong Ka Ting kepada Abdullah Sani atau apa-apa nama yang bercirikan malaysia. Itu baharulah yang dikatakan pengorbanan MUTLAK. Bukannya hanya bangsa Melayu sahaja yang perlu bertolak-ansur tetapi bangsa-bangsa lain yang dilahirkan di tanah Melayu ini juga perlu berkorban. Jangan berani dan pandai menunding jari dan berdegar-degar tapi bacul dan masih mengekalkan sentimen bangsa.
ii
Tentang hal bahasa Melayu dan bahasa Malaysia ini telah aku tuliskan dalam sajak yang tersiar di Pelita Bahasa (Januari 2000). Tajuk sajak itu ialah 'Percakapan kepada Bahasa Melayuku'. Intipati sajak itu ialah akan berlaku pertelagahan untuk memilih bahasa rasmi negara sama ada bahasa Melayu, bahasa Malaysia atau bahasa Kebangsaan. Hari ini, 7 tahun kemudian daripada sajak itu; semuanya menjadi kenyataan.
iii
Nah, sekarang apa kau cari sebenarnya duhai orang UMNO? Kalau kau tanya aku, apa yang aku cari; jawapannya mudah iaitu AKU MENCARI MELAYU YANG KENAL JERIH AIR MATA MOYANG POYANG YANG MEMERDEKAKAN TANAH MELAYU.
Kalau mencari nama dan perjuangan tolol, silakan. Meski itu tidak termaktub dalam dosa-dosa besar tetapi menjadi pembohong kepada Perlembagaan 152 apa maknanya? Bukankah itu gelaran yang setanding dengan PELACUR juga pekerjaan tertua di dunia. Adakah kerana 'perpaduan itu' kita sanggup mengadai maruah bangsa dan bangsa?
iv
Aku sedang berfikir dan bertanya, siapakah yang mencipta sajak Pak Lah yang berbunyi aku mencari al Ghazali dan as Syafiee. Adakah dengan mudah mengadai maruah bangsa dan bahasa itu pemikiran al-Ghazali atau as syafiee? Kalau begitu, jelaslah bahawa sajak itu bukan ciptaan Pak Lah tetapi siapakah penyajak sebenar di sebalik nama itu?
v.
Wahai juak-juak UMNO,
di bawah payungmu aku tidak kedinginan
tetapi panas dan berbahang sengsara
setelah derita moyang poyang tak terbalas
kini kau bakar jiwa anak cucu
yang tak kenal makna merdeka.
Kau yang hebat di mata media
sebenarnya jahat di hati rakyat.
vii.
Aku sering melihat ke dalam diri sendiri. Beruntungnya aku tidak dijadikan ahli politik meski itu yang aku angan-angankan ketika bergelar mahasiswa. Allahamdulillah, rupa-rupanya ada rahmat di sebalik nama dan gelaran seniman yang Allah berikan kepadaku. Terima kasih, Allah. Insyallah aku akan membalas anugerah ini dengan seluruh iman dan taqwa.
viii.
Kepada rakan-rakan yang membaca kisah ini; kembalilah ke pangkal jalan. Jangan jadi manusia yang rugi seperti yang Allah ceritakan dalam al-Quran. Jalan taubat masih terbentang luas.
KEMBALILAH....
ix
Rakan-rakan seperjuangan seperti Marsli, Sahrunizam, Lutfi, Faisal, Rahimidin, SM Zakir dll yang berkisah dan resah tentang nasib bahasa Melayu; marilah kita sama-sama berdoa sambil merencanakan parti baharu dalam pilihanraya akan datang demi masa depan kita.

1 ulasan:

federer berkata...

Yang Pak Lah cari bukanlah ulama mcm al-Ghazali dan al-Syafie, tapi
Ghazali Syafie dan Syafie Apdal.

Islam Hadhari konon, bini baru pun tak pakai tudung! Inilah ajaran baru cucu ulama yg penipu.