i.
Maaf kerana lama tidak bersua dan berbicara. Sebenarnya dalam masa 2 minggu ni rutin harian aku sedikit berubah. Aku terpaksa memenuhi beberapa permintaan KPM sebelum meninggalkan tugas yang diamanahkan kepadaku selama ini. Beban tugas yang perlu dibereskan dalam masa singkat benar-benar mengundang penat, lelah dan keracuan fikiran. Banyak tugas yang belum selesai rupa-rupannya. Begitupun amanah dan tanggungjawab itu perlu aku laksanakan sebaik mungkin. Jadual perjalanan ke Jakarta-Bandung-Kl-JB-Singapura-Pontian-Pulau Karimun-KL menjadikan aku benar-benar letih. Begitupun aku bersyukur kerana Allah masih memberikan rahmat dan hidayahnya kepadaku. Di Pontian-Pulau Karimun aku ditemani oleh Aminhad, Dr. Ghazali Lateh dan Lutfi. Di JB aku ditemani Amiruddin Ali, Mohd Shaidan dan Rusdi. semuannya teman-teman penulis yang bakal mewarnai dunia sastera tanah air.
Yang penting, pengalaman di Pulau Karimun benar-benar mengharukan. Secara peribadi, aku ingin nasihatkan rakan-rakan supaya janganlah ke Pulau Karimun. BAHAYA DAN 'GERSANG' GILA.
ii
Hari ini, 24 Jun 2007; ruangan sajak dalam Minggunan Malaysia menyiarkan sajak bertajuk PE(R)JUANG(AN) BAHASA II. Sama ada kalian perasaan atau tidak, itulah nada kebongkakan/ kesombongan/ keangkuhan seorang manusia yang bangga apabila impian dan perjuangannya untuk menukar istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia berjaya. Dia lupa rupa-rupanya kerana selepas ini orang UMNO akan menuntut dia menukar nama yang tertera dalam kad pengenalannya kepada nama-nama Malaysia spt Mat Najeeb bin Razik, atau Zainudeann Takmaidin, kemudian diikuti nama anak-anak, isteri dan seluruh keturunan dia akan mengguna pakai nama Malaysia seperti Melor, Bunga Raya, Anggerik, Khinzir (maaf tak sengaja- sebab itu nama Malaysia; nama Melayunya ialah babi), Badang dll.
Kadang-kadang apabila merenung jauh pemikiran juak-juak UMNO ni, aku mula rasa letih menjadi manusia.
Betullah kata seorang sahabat yang bernama Khalif Muammar bahawa pemimpin yang menghuni negara Malaysia ini fikirannya lebih sempit daripada botol kerana boleh berkokok pada bila-bila masa sahaja kemudian mengakui yang kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu tidak sengaja atau di luar kesedaran sebab 'gila'.
iii
Begitulah mudahnya juak-juak yang menerajui negara kita. Selepas ini mereka (bukan bumiputra) akan menuntut supaya isilah 'Raja-raja Melayu' ditukar kepada 'RAJA-RAJA MALAYSIA' supaya mereka juga boleh menjadi agong atau Raja Malaysia yang berdaulat.
iv.
Membaca sajak Arbak Othman "BAHTERA GERHANA"; hati aku menjadi sayu dan syahdu. Siapakah yang mendengar rintihan dan nasihat itu? Adakah Agong mendengar atau membacanya? Atau Pak Lah yang sedang seronok berbulan madu di Bosnia? Atau Najib yang bahlol dan bangang itu? Atau orang kuat DBP)? Atau orang kuat GAPENA? Atau para ulamak? Atau para pensyarah? Atau para guru? Atau penghulu kampung? Atau pelajar universiti dan sekolah yang hidungnya telah dicucuk? Atau siapa?
Aku dah lama menjadi manusia yang kering air mata. Kesedihan dan kelukaan tak terbebat oleh pujuk dan rayu simpati.
Maka betul jugalah kata sahabatku yang bernama Malik b. Badri; dosa pemimpin yang berbohong kepada bahasa dan bangsa tidak sama dengan dosa berbohong kepada sesama manusia. Berdosa kepada sesama manusia akan masuk neraka jahanam tetapi berdosa kepada bahasa dan bangsa nak dimasukkan di mana? Bahasa dan bangsa ialah kata nama am yang merujuk kepada bukan manusia dan tidak berperasaan. Oleh itu, para pemimpin kita telah mengambil kesempatan. Itulah pemikiran juak UMNO yang singkat disebabkan pandai berkokok dan mudah memberi alasan 'gila' demi sebuah perkataan yang bernama 'PERPADUAN'.
Berserah kepada Allah pun ada batasnya; sebab Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa kecuali bangsa itu sedar dan mengubahnya sendiri.
Apa yang berlaku dalam hal ini ialah para juak UMNO mengubah nasib bangsanya menujuk kehancuran. Maka selepas ini kita semua, khususnya bangsa Melayu akan hancur macam cerita Hamas dan Fatah di Palestin.
*p/s: para pemimpin kita telah dibeli dengan harga yang cukup murah. belajarlah daripada makna rasa bersalah dan sensitiviti maruah bahasa dan bangsa sebelum menyesal di akhirat kelak atau setelah merasai panasnya api neraka.

4 ulasan:
Pergi Pulau Karimon - kenapa tak ajak? Alahai!
Salam abangku,
Kita ni dok sibuk jaga bahasa dan hati tok nenek orang. Pasal tu segala bumbung dan siling bangunan kita bocor, sebab tok nenek depa tu mai dari langit!Ini kata Ridzuan Harun.
Kata Rai kepada penulis sajak maha indah tu...poodah!
Saya terpanggil untuk memberi reaksi terhadap tulisan yang disiarkan dalam ruangan "Naqdu bersama Salbiah Ani" (Berita Harian, 5 Julai 2007, halaman B13).
Sebagai penulis yang menghasilkan sajak "Pe(r)juang(an) Bahasa II" (Mingguan Malaysia, 24 Jun 2007), saya ingin menegaskan bahawa makna sajak berkenaan telah disalahertikan oleh Salbiah Ani.
Sajak berkenaan adalah berkaitan perjuangan memartabatkan dan mendaulatkan Bahasa Malaysia (yang juga dikenali sebagai Bahasa Melayu) sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi negara Malaysia.
Salbiah Ani ternyata mentafsir sajak berkenaan sebagai menentang "Bahasa Melayu". Saya tidak tahu bagaimana beliau sampai kepada kesimpulan yang tersalah sasar seperti itu.
Saya mengakui sifat sajak sebagai sebuah karya sastera yang boleh ditafsir dengan pelbagai makna. Mungkin sahaja Salbiah Ani menganggap bait "Dirgahayu bahasaku/Dirgahayu Bahasa Malaysia!" sebagai bait yang menentang istilah "Bahasa Melayu".
Sedangkan sajak berkenaan secara nyata adalah mengenai bahasa kebangsaan yang perlu terus didaulatkan walaupun menerima saingan daripada bahasa-bahasa lain. Mesej sajak itu amat nyata dan mudah difahami.
Malah, salah tafsir yang lebih ketara adalah apabila Salbiah Ani menganggap, "beliau melabelkan pejuang bahasa sebagai dalang, petualang dan talam yang cuba mencabar."
Ternyata Salbiah Ani tersasar langsung daripada mesej sebenar sajak. Kandungan sajak itu mengatakan bahawa "pejuang bahasa" perlu berhadapan dengan "dalang, petualang dan talam yang cuba mencabar", bukannya "pejuang bahasa" itu sendiri menjadi "dalang, petualang dan talam"!
Saya tidak percaya bahawa Salbiah Ani sebagai seorang pengelola ruangan sastera yang sangat berilmu dan amat saya segani akan membuat salah tafsir terhadap sebuah sajak yang secara amat jelas menunjukkan bagaimana seluruh rakyat Malaysia perlu sama-sama menjadi "pejuang" terhadap bahasa kebangsaan walaupun akan menerima cabaran daripada pelbagai pihak.
Apapun, saya tetap mengakui hakikat sajak sebagai sebuah karya yang boleh ditafsir dengan pelbagai makna mengikut tahap penghayatan dan emosi setiap pembaca.
Namun, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya untuk menegaskan bahawa ulasan yang dibuat dalam ruangan "Naqdu bersama ..." (Berita Harian, 5 Julai 2007) adalah tidak benar dan terkeluar daripada makna sebenar sajak berkenaan.
Tidak salah untuk saudara Uthaya menjelaskan niatnya yang sebenar. Manakala Salbiah Ani juga menjelaskan dari sudut pandangnya.
Apa yang jelas yang tersurat dan tersirat adalah bukan Melayu dilihat seperti mengetepikan 'Melayu', 'walaupun niatnya tidak begitu'.
Lihat sahaja misalnya iklan-iklan di pintu-pintu rumah kedai untuk disewa sering abaikan bahasa Melayu. Yang nyata serlahkan tulisan 'Inggeris' dan 'imigran' sahaja.
Saya bersetuju dengan pandangan, 'kalau boleh Raja-Raja Melayu pun mahu digelar Raja-Raja Malaysia'.
Catat Ulasan