Selasa, 26 Jun 2007

INIKAH KEHIDUPAN KITA?



i


Aku memang tidak terperanjat dan aku pun telah menduga sejak dahulu lagi. Malah aku telah bersedia dengan beberapa kemungkinan. Cuma masa dan waktunya sahaja yang tidak kutetahui bila hal ini akan menimpa diriku. Ceritanya mudah; apabila blog aku dilayari oleh juak-juak kerajaan maka pada suatu pagi aku dihubungi oleh seorang yang mengaku dirinya dari KPM. Seperti biasa, aku akan mengiyakan apa-apa pertanyaan dan menjawab sejujurnya. Aku tuliskan kembali dialog aku dengannya;





KPM: saudara sedar apa yang saudara tulis dalam blog saudara?
Aku: Ya, insyallah saya sedar apa yang saya perjuangkan.
KPM: Kenapa?
Aku: Saya takut menjadi munafik yang tak akan bau harum syurga.





Bunyi telefon dihempas jelas kedengaran. Aku mengukir senyum sambil membilang sisa-sisa hari aku bergelar guru KPM. Lalu apa yang bermain di benak aku ialah INIKAH KEHIDUPAN KITA? Rupa-rupanya ada orang yang lebih sanggup menjadi juak daripada menjadi manusia yang punya maruah dan tak sanggup diperkotak-katikkan.



ii

Aku sedang mencari rakan-rakan yang sanggup menjadi sahabat Tok Janggut, Mat Kilau, Panglima Saleeh, Ibrahim Yaakob, Zaaba ataupun Tun Razak. Kepada sesiapa yang sanggup berjuang marilah kita sama-sama selamatkan nasib bangsa dan bahasa Melayu yang kian diperlekeh oleh pemimpin bangsanya sendiri.

SALAHKAH AKU ATAU INIKAH KEHIDUPAN KITA?









2 ulasan:

Hisham Alias berkata...

jangan berhenti menyatakan kebenaran. kebenaran perlu ditegakkan. tidak sekadar mencari al Ghazali dan as syafiee.

adnan berkata...

assalamualaikum

Rezeki, ajal dan maut semuanya ditentukan tuhan. Takdirnya jika diberhentikan pun saudara pasti mendapat hikmah disebalik tindakan `lahap` itu.

Jika anda yang berpendidikan dan muda tidak berani mempertahan hak atau maruah bangsa..agaknya siapa lagi yang boleh. Nak tunggu UMNO..mimpi lah kita

Nak harap Gapena...bukankah mereka sibuk mencari Melayu..mereka tiada kesempatan untuk melihat `seluar mereka yg dilondehkan` dek bangsa asing. Maaf, saya mula meluat dengan profesor tua dalam Gapena itu.

Saya tetap menyokong manusia Melayu seperti saudara.