Isnin, 5 November 2007

Selamat Bersidang UMNO @ Selamat TIDUR


i

Hari ini bermulalah Perhimpunan UMNO. Aku mula dibayangi ketakutan demi ketakutan. Sebabnya mudah sahaja iaitu, kita sama-sama dapat menyaksikan tokoh-tokoh hebat tampil dengan wawasa dan gagasan mereka muluk. Mereka akan bercakap mengikut nafsu serakah demi kerusi dan kedudukan bukan bercakap dengan akal Melayu yang bijaksana. Kalau selama ini mereka ikhlas dan jujur, tak akan berlakulah perkara-perkara yang menyedihkan kepada orang Melayu. Kemiskinan, penderitaan, ketinggalan dalam semua bidang masih belum dapat diselesaikan lagi sejak UMNO memerintah. Aku tidak mahu menjadi manusia yang haipokrit sebab aku tahu menegur orang UMNO samalah macam 'anjing menyalak bukit'.

ii
Hari ini, di dada-dada akhbar, di papan layar TV, komputer dan telepon bimbit banyak kisah rasuah, masalah jenayah kolar putih yang semuanya itu ditutup begitu sahaja. Rakyat yang bodoh macam aku terus ditipu dan dinafikan hak untuk bersuara. Banyak persoalan yang tidak berjawapan. Banyak pertanyaan yang tidak menemui jalan penyelesaian. Apakah makna semua ini? Apakah yang sedang dan akan dilakukan oleh UMNO?

Masih releven lagikah UMNO kepada bangsa Melayu? JIKA

1. BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA MALAYSIA
2. PENDIDIKAN (MENDIDIK) BERTUKAR MENJADI PENGAJARAN (PELAJARAN)
3. TANAH RIZAB MELAYU MENJADI HAK BANGSA LAIN
4. KEMISKINAN MELAYU MASIH BERLAKU
5. UMNO TAKUT DUDUK SEMEJA DAN BERBINCANG DGN PAS, KEADILAN, NGO
MELAYU
6. MENYEKAT SUARA ANAK-ANAK MUDA MELAYU YANG BIJAKSANA DAN
BERGAGASAN
7. MENUTUP RUANG TERBUKA MEDIA
8. MENUTUP KES-KES NEGARA/ TOKOH NEGARA BERPROFAIL TINGGI
9. RASUAH BERLELUASA
10. AGAMA ISLAM DIPERSENDA
11. MEMPERCAYAI DAN MENDOKONG PEMIMPIN YANG JELAS TIDAK BERWIBAWA
12. SOMBONG DAN BONGKAK KEPADA RAKYAT

iii.
Kadang-kadang aku sendiri sukar memahami apa agenda UMNO sebenarnya. Kenapa mereka tidak membaca sajak Usman Awang bertajuk 'Melayu'. Entahlah...,

iv.
Aku selalu berdoa agar Melayu akan kembali ke akar perjuangan. Aku selalu berdoa agar pemimpin Melayu akan datang bukanlah pemimpin yang berdusta dan memungkiri apa yang mereka janjikan.

v.
Sama-samalah kita berdoa agar Melayu tidak hancur dan sedar asal-usul perjuangan.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masih relevan tulisan ini,malah lebih relevan pada tahun 2012...di ambang PRU 13...Kalaulah yang telah memegang kuasa insaf dan sedar,senang cerita...taubat nasuha dan berubah...rakyat tak kira apa bangsa senang,pembangkang boleh pencen dengan hati yang senang,duit kos PRU boleh salurkan utk tambah sekolah2 dan hospital2 serta pengujudan dan penagihan lebih banyak pekerjaan tidak langsung tangani masalah ekonomi rakyat...I wish...tidak mustahil kalau hati udah bersih...