Selamat Hari Raya Aidiladha. Selamat mengimarahkan ibadah korban dan selamat kembali ke fitrah diri. Maaf zahir dan batin daripada saya.
ii.
Hari ini bersamaan 7 Zulhijah; saya teringatkan kisah lama saya ketika saya menjadi tetamu Allah di tanah suci pada tahun 2005-2006. 2 hari sebelum ke tanah Arafah, saya sudah merasai kerinduan yang amat mendalam untuk diterima sebagai tetamu Allah. Saya rindu tanah Mina, tanah Muzalifah, tanah Arafah yang akhirnya apabila tiba 8 Zulhijah saya mengambil keputusan untuk bermufarakah daripada rakan-rakan tabung haji (itupun setelah saya merujuk kepada ustad tabung haji dan beliau memaklumkan kepada saya sekiranya saya berupaya maka itulah sebaik-baiknya). Saya memilih untuk berjalan kaki setelah bertemu dengan seorang mahasiswa warga Johor di sana. Sebenarnya itulah yang harap-harapkan sebelum saya ke tanah suci sebab menurut ust Daud Che Ngah, alangkah baiknya jika kita dapat mengerjakan ibadah haji seperti mana cara rasulullah (Nabi Muhammad SAW). Baginda merentas padang pasir Mina-Arafah-Muzalifah-Mekah-Mina-Mekah selama tiga hari secara berjalan kaki. Saya amat bersyukur sekali; dengan ditemani mahasiswa itu, makanya semua rukun haji itu dapat saya lakukan sebagaimana fitrah rasullullah saw itu. Rasa terima kasih atas petunjuk dan hidayah itu amat bermakna dalam diri saya.
Saat berjalan kaki itu, rupa-rupanya saya dapat bergerak lebih pantas dan selesa tanpa merasai hal-hal yang berkaitan dengan kesesakan lalu lintas dan lapar dalam perjalanan. Perjalanan dari Mekah-Mina-Arafah memakan masa 5 jam dengan jarak 20 KM. Sepanjang perjalanan merentas padang pasir itu, banyak bekalan air zam-zam dan kurma yang diberi secara percuma. Bayangkan nikmat berjalan sambil zikir yang bergema oleh jutaan jemaah yang memilih untuk berjalan itu suasananya benar-benar syahdu. Setiap langkah adalah air mata dan keringat. Melihat kemudian membantu tanpa dipaksa jemaah yang sakit semuanya itu benar-benar meruntun kalbu.
Ya Allah, aku rindu saat itu
jemputlah sekali lagi atau berkali-kali
aku tidak akan marah
meski terpaksa aku abadi di sisi-Mu.
Ya Allah, ingin aku bertanya
kapankah rindu itu mampu kudakap
setelah pengalaman mengajar aku
mengenal insaf dan sabar.
iiiSaat berjalan kaki itu, rupa-rupanya saya dapat bergerak lebih pantas dan selesa tanpa merasai hal-hal yang berkaitan dengan kesesakan lalu lintas dan lapar dalam perjalanan. Perjalanan dari Mekah-Mina-Arafah memakan masa 5 jam dengan jarak 20 KM. Sepanjang perjalanan merentas padang pasir itu, banyak bekalan air zam-zam dan kurma yang diberi secara percuma. Bayangkan nikmat berjalan sambil zikir yang bergema oleh jutaan jemaah yang memilih untuk berjalan itu suasananya benar-benar syahdu. Setiap langkah adalah air mata dan keringat. Melihat kemudian membantu tanpa dipaksa jemaah yang sakit semuanya itu benar-benar meruntun kalbu.
Ya Allah, aku rindu saat itu
jemputlah sekali lagi atau berkali-kali
aku tidak akan marah
meski terpaksa aku abadi di sisi-Mu.
Ya Allah, ingin aku bertanya
kapankah rindu itu mampu kudakap
setelah pengalaman mengajar aku
mengenal insaf dan sabar.
Saya akan mengingati saat-saat indah itu dan merinduinya. Saya ingin ke sana lagi.
Tanah Arafah
kau segugus ingatan yang tegar
memaknakan iman dan takwa
iv.
Rasa sebak mengimbau kenangan indah itu tidak mengizinkan saya menulis lagi saat ini. Air mata yang bergenang di kelopak mata hampir terlepas dari karangannya. Saya perlu berhenti di sini untuk menginsafi diri. Maaf, meski masih banyak lagi cerita yang belum dikisahkan.
Ya Rabb, ampunkan seluruh dosaku
aku rindu sebuah masa lalu
yang cukup mendekatkan kita.
v.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Ya Rabb, ampunkan seluruh dosaku
aku rindu sebuah masa lalu
yang cukup mendekatkan kita.
v.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan