Selasa, 31 Mac 2009

MEMBACA HAQA'IQ TASAWUF

PERTAMANYA saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Rahimidin Zahari atas ikhsannya memberikan saya tiga buah buku sebagai buah tangan dari Kelantan. Buku Haqa'iq Tasawuf Jilid I dan II karya Syeikh Abdul Qadir Isa Rahimahullah serta kitab bertajuk Usuluddin tulisan Mohammad Mokhtar selamat saya tatap sebagai bacaan pertama malam tadi. Saya menekuni ketiga-tiga kitab ini sebab sekarang ini saya amat memerlukan pengisian rohani yang kian kosong akibat daripada selalu marah-marahkan umno. Keduanya, bahan bacaan ini sedikit sebanyak dapat membantu penulisan PhD saya yang sedang merangkak-rangkak ini.

Kitab Haqa'iq Tasawuf lebih banyak berkisar hal-hal mujahadah dan penyucian jiwa. Membacanya seakan dapat membimbing saya ke arah mengimarahkan zahir dan batin. Sesekali terasa bekalan ke negeri abadi amat kurang dan sedikit hingga tidak mencukupi. Syukurlah kerana kitab-kitab tua yang sukar dimiliki ini mampu memberikan peringatan kepada saya.


Percakapan kepada Diriku

Apakah maknanya segugus rindu yang mekar di kalbu
jika sekawan merpati tak bisa menghisap madunya?

Antara khutbah jumaat yang silih berganti
aku menagih penawar sakti dari cinta-Mu.

Seusia menjejak imani diri yang merungkai sepi
ada pedih berpanjangan yang tak berbebat maaf.

Semuanya adalah azali yang datang dan pergi
jauh meninggalkan aku dalam tasawuf dan sufi.

Shamsudin Othman
Madrasah sham al-Johori

5 ulasan:

Mohd Ali Atan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mohd Ali Atan berkata...

Dikhabarkan kepada saya bahawa seorang wali Allah itu (bermula wali itu pada makam mutmainnah adanya)sentiasa tenang dalam apa saja keadaan. Gembira duka. Anugerah ujian. Sama sahaja baginya. Paling nyata tanda kewaliannya itu:Memandangnya sahaja sudah membawakan kita ingat kepada Allah. Sastera sufi-daerah yang mesti digeledah disaat umat akhir zaman ditimpa fitnah ujian dan balak

CucuOpah berkata...

Tuan,

Syukur tuan tidak terus berubah mengikut rentak keadaan sekeliling yang kebanyakannya negatif. Syukur tuan sedar dan cepat2 pulang ke pangkal jalan. Saya mula risau apabila tuan mula menggunakan bahasa kasar selepas insiden pelanduk dua serupa. Saya lebih suka tuan yang sebelum insiden itu.

Salam hormat.

D'Rimba berkata...

Kami anak bangsa setia menunggu kejayaan pejuang bahasa sekalian yang amatlah bermakna untuk anak bangsa semua

Jaka Lenang berkata...

Jangan biarkan anjing menggonggong, karena merpati enggan mendekat. Merpati itu berharap pemiliknya mengikutinya. Karena dia akan membawa ketempat dimana asal berada. Salam