Selasa, 7 April 2009

MENUKANG MALAM

MENUKANG MALAM

Atas kudrat-Mu yang tak terucap
oleh lidah hati dan nafas nurani
aku memasuki malam dengan taubat
kemudian meniduri-Mu dengan penuh nafsu
berahi zikir yang tak tertahankan.

Lewat membilang muhasabah
antara rakaat tahajud dan tasbih
lolos cahaya yang kucari
tiba-tiba hilang dalam gelita malam.

Seusai witir dan salam
aku membuka jendela hari
merenung langit
dengan seluruh cinta
menangkap sepi
dengan seluruh rindu
sambil menadah segugus janji
yang membasah di ubun-ubun imanku.

Saat ini,
akulah penukang malam
memaku awan dengan insaf
mengikat tiang dengan tali imani.

Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori.

7 ulasan:

saleeh rahamad berkata...

syahdunya. tapi pak zakir juga pandai bertukang waktu malam. pak amir pun gitu.. er entahlah. saya bertukang waktu siang. apa pun cantik sajak tu. harap lahir dari lubuk kalbu yang jernih. haha.sajak ialah luapan emosi yang spontan kata coleridge

KakCik berkata...

Tuan Saleeh,
Saya juga pandai bertukang waktu siang tapi guna penukul dan paku lah sbb saya ni kerja dlm bidang pembinaan... hehe. Tuan Saleeh bertukang apa siang2? hehe. Kebanyakan org menukang sepertiga malam. Hehe. Tapi ye lah, mengingati Allah, tidak mengira masa, kan?

Tuan Sudin,
Sajak ni mmg memberi kesedaran ttg kekurangan diri ini. Terima kasih.

D'Rimba berkata...

Maafla cikgu, di sini cuba lihat sendiri di dalam kotak bicara saya ada seorang cikgu berbicara. Cuba cikgu klik di namanya dan telitikan blognya juga sahabat-sahabat seperguruan yang lain. Saya ingin dapatkan kepastian bolehkah kita campuraduk bahasa dan menggunakan kata singkatan untuk disiarkan dalam blog?

D'Rimba berkata...

Ini blognya sekadar dapatkan kepastian http://seniduniaku.blogspot.com/

Abdul.Fatah.Firdaus berkata...

seronok baca. masuk tuju ke hati .

Melihat Kesunyataan berkata...

Samsuddin,
Menukang malam perlukan ketabahan, keinsafan dan kesungguhan. Semoga diredai apa yang kita lakukan secara ikhlas.

KIBA algebra berkata...

hebat !!!