Selasa, 21 April 2009

PERHIMPUNAN PENULIS MUDA NASIONAL KE-2, 2009


Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Perhimpunan Penulis Muda Nasional ke-2, 2009 (PPMN 2009) bertemakan “Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran” dijadualkan pada:

Tarikh : 22 hingga 24 MEI 2009

Tempat : Puteri Resort, Ater Keroh, Melaka

PPMN 2009 ini adalah untuk mengintrospeksi perjuangan penulis muda hari ini setelah negara melalui cabaran 50 tahun mengekalkan kemerdekaan negara. Selain daripada pembentangan kertas kerja, PPMN 2009 ini membuka ruang diskusi penulis muda mapan dan baru.

Borang pendaftaran hendaklah tiba ke meja urus setia sebelum 10 Mei 2009.

Pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Saifullizan Yahaya (03-21482480 - saif@dbp.gov.my), Wan Zaida Hj. Wan Yussof (013-6915266 – nuhamelissa@yahoo.com), atau Muhammad Lufti Ishak (013-2650876).

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt.,

Tuan, tak perasan selama ini, di suatu sutu blog tuan ada seekor ayam
sedang berkokok mengimpikan sesuatu.

Apakah sebuah impian itu?

Berkenaan dgn Perhimpunan Penulis Muda ini, kawan macam ada keuzuran. Lagipun umur dah 40 lebih. Segan. Dah tua mengaku muda...


Hamir Habeed Mohd

Sham al-Johori berkata...

Tuan Hamir,
Ayam di atas bola tu maknanya impian untuk menyatakan MU tu setan, Chelsea tu angan-angan, Liverpool tu cakap besar aja lebih, dan ....

Hehehe, biar tak kuat tapi berkokok mesti gempak.

D'Rimba berkata...

Ya, Dato' Baha Zain ada bagi nombor pena untuk pertanyaan lebih lanjut. Tapi saya belumpun mula menulis lagi...Aduh terasa kerdilllll masih serba kekurangan diri ini.

D'Rimba berkata...

Cikgu, izinkan saya ya untuk menyalin gambar papan tanda Pena untuk di letakkan di blog saya kerana menghormati kalian pejuang bahasa sekalian. Gapena saya tagguhkan dulula cikguku....Hehehe.....

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Mungkinkah (mungkin agak-agak sahaja) tuan peminat Spurs? Ya... Spurs tradisinya 'putih-hitam/biru gelap'. Apa-apapun DBPWS ada juga terlibat kecil-kecilan dalam PPMN ke-2 ini seperti juga dalam PPMN di Kukup, Pontian tahun 2005.

Dari: Robbie Keane Johor, hehehe...

Mohd Ali Atan berkata...

Salam....ayam mempunyai makna yang dalam dari segi semantik bagi masyarakat Melayu....tahniah!

Munira berkata...

Saya memang nak sertai PPMN. Tapi rasanya macam belum layak saja. Karya saya tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan penulis lain. Tapi saya ingat pesan tn hj tempoh hari. Penulis perlu berani. Dan kini saya sedang mengumpulkan cebis-cebis keberanian itu..

edolah berkata...

tuan haji,
ayam berkokok di atas dahan,
hati-hati,EPL ini musim MU johan!