Khamis, 23 April 2009

SEKEMBALI MENONTON FESTIVAL DRAMA 10 MINIT


SEKALUNG tahniah saya tujukan kepada tenaga produksi Festival Drama 10 Minit anjuran Bahagian Pengembangan Sastera, DBP, khususnya kepada sdr A. Wahab Hamzah dan rakan-rakan. Inilah satu pengalaman menonton teater yang paling menarik setelah hampir tiga bulan saya tidak menjejakkan kaki masuk panggung menonton teater/ drama. Mungkin dengan rutin kerja atau juga kerana skrip yang kurang menarik makanya saya tidak berkesempatan menonton sebelum ini.

Pementasana malam tadi pun berpunca daripada sms SM Zakir yang beriya-iya mengajak saya menonton kerana katanya seorang penyair sufi akan berlakon bersama-sama seorang gadis manis dalam asuhan. Tapi, bukan kerana pelawaan itu juga. Saya sebenarnya telah lama merancang untuk menontonnya kerana idea festival ini tercetus di DBP ketika saya dan A. Wahab Hamzah serta rakan-rakan karyawan DBP lain duduk bersembang. Ketika itu, saya baharu sahaja pulang dari Australia; sewaktu berjumpa dengan rakan-rakan DBP itu, saya menceritakan pegalaman menonton teater mini 10 minit di dataran terbuka berhampiran Opera Hall di Sedney. Pementasan yang terbuka dan terlalu 'bebas' itu berjaya meruntun hati . Saya canangkan idea itu kepada mereka.

Syukur, idea itu diterima kemudiannya diperkemas dengan lebih terancang. Bermula malam tadi hingga 25 April 2009, datanglah ke Stor Teater DBP untuk menyaksikan drama-drama 10 minit itu.

Berbalik kepada rakan penyair saya tadi. Terbukti bahawa dia bukan sahaja hebat bermain dengan kata-kata, memilih diksi yang memukau tetapi dia juga hebat di pentas panggung. Dengan hanya bersenglet pagoda putih, bersemotar, berkait batik, berkaki ayam, duduk dan sesekali berdiri dengan wayang kulit 'pokok beringin' dan 'Hanuman Kera Putih' di tangan kanannya; dia benar-benar seorang dalang 'moden yang tradisional'. Bermula dengan mentera buka panggung dia bercerita tentang bagaimana dia mendapat 'ijazah' sebagai dalang. Tetapi yang paling mencemburukan ialah, tiba-tiba muncul seorang anak gadis (dalam pembikinan) datang menyebah untuk menjadi anak muridnya. Di situlah bermulanya babak dan episod yang mencabar iman (rakan-rakan yang menonton menjadi cemburu yang amat sangat). Interaksi sinis-jenaka-serius dan nasihat, silih bertingkah ruang. Pujuk rayunya memukau; petah bicaranya tegas; susun lenggoknya kemas teratur dalam sedikit debaran yang tersasar (tersasar mungkin disebabkan dia dapat merasai bahawa rakan-rakannya yang mula tergoda dan cemburu). Meski pentas terang sepanjang 10 minit itu, tetapi itu adalah plot realisis dalam konsep keseluruhan dalam kesatuan 'problematik' warisan wayang kulit.

Disebabkan tok dalang itu adalah seorang penyair sufi, makanya dia tidak mengambil kesempatan menyentuh walau sepincing anginpun tubuh gadis itu. Dan hingga ke akhir cerita, gadis itu terus 'suci lagi menyucikan' di dalam pembikinan hingga lampu digelapkan dan kemudian dengarlah tepukan yang amat bergemuruh.

Tok dalang itu ialah Rahimidin Zahari seorang sahabat juga pewaris wang kulit yang hari-hari sunyinya adalah keresahan, marah, rindu dan sayang akan dunia yang dipilihnya.

Tahniah dan ingatlah bahawa lakon dan pentas tidak sepuas menukang puisi. Ikhlas daripada saya, sahabatku.

Menyentuh drama-drama lain pula iaitu drama 'Mico Yo-yo', 'Kotak Hari Jadi', 'Amir Amar', 'Kencing Peluh', 'Peristiwa Malam Itu'. 'Isteriku Tiada Susu', 'Apabila Ilham Menjelma' dan 'Dalang' adalah satu pengalaman yang tidak kurang menariknya. Pementasan yang banyak disertai oleh mahasiswa IPT seperti ASWARA, UiTM dan UKM memberikan petanda yang baik bahawa Stor Teater DBP perlu diberi ruang dan peluang yang secukupnya oleh kerajaan.

Pementasan sebegini tidak menuntut kos besar. Manfaat daripada pementasan ini dilihat dapat mewarnasuburkan dunia drama dan teater tanah air. Jika tidak percaya tanyalah kepada Zakaria Ariffin, Victor A. Pogadaev, Ismail Kasan, SM Zakir, Mohd Saleeh Rahamad, Mansor Puteh, dan lain-lainnya. Tentu jawapan yang bakal kita dengari ialah, "teruskan usaha murni ini. Kami sokong 100%."

Satu sahaja yang saya ingin cadangkan kepada pegawai DBP yang terlibat. Fikirkanlah bagaimana cara terbaik untuk 'membesarkan Stor Teater DBP' itu? Berikan sedikit keselesaan kepada penonton yang dahagakan pementasan murahan seperti ini tetapi impaknya lebih bermakna.

7 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Cemburu hamba di sini untuk saksikan drama 10 minit itu, apakan daya jauh hujung selatan serta 'tersekat oleh tahanan' untuk keluar dari Johor Bahru sejak sebulan lebih hingga kini. Adakah drama yang 'ala-ala mengusik' PPSMI tuan?

Melihat Kesunyataan berkata...

Samsuddin,
Macam mana nak dapatkan kumpulan puisi,'Perjalanan Salik' karya Rahimidin?

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan
macam mana pertemuan dgn Tuan PIB
petang tadi?

Mi tgh boring paling boring
kat hotel.

Adakah khabar baik?

aku yg sepi di alor setar

D'Rimba berkata...

Cikgu, 2 mei saya membaca sajak di tv1 jam 7 pagi rancangan Hujung Minggu Malaysia sempena hari pekerja....Restui saya cikguku.....

D'Rimba berkata...

Ewah pergila melawat Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyatakan pendirian ketidakpuasan hatinya tentang kajian PPSMI daripada pihak-pihak berkaitan mungkin sengaja untuk melengahkan perlaksanaan dan mudah untuk agihkan projek dalam PPSMI.....Memang dasar perlaksana tegar acuan barat dulu kini dan selamanya mana mungkin dapat menjamin martabatkan warisan bangsa....

Luq Hakim berkata...

Yang cap AYAM sebelah kanan blog tu buang la al-haj. tak glamer n tak dak piala pun nak bangga. sori off topic....wakakaka

Syarifah Zulikha berkata...

salam