Assalamualaikum wbk.
Salam marfirah dan salam ramadan.
Tiba-tiba ada yang benar-benar mendesak. Apabila ramadan masuk ke fasa kedua iaitu fasa kemaafan/ marfirah, hati dan jiwa saya menjadi tidak karuan. Banyak kenangan yang terimbau dan masa lalu itu seperti mengejar. Entahlah, dalam mimpi pula seperti berada di padang mahsyar, mencari kenalan rakan taulan dan saudara-mara; berjalan di padang saujana berteman terik matahari; sesekali dicerca, sesekali diherdik maki memungkinkan satu pencarian keampunan yang nanar.
Saya tidak pasti, dosa apa dan pahala apa yang telah saya lakukan seusia ini kepada tuan? Jika saya pernah melakukan kesilapan hingga menyebabkan tuan marah, kecewa dan kesal dengan sikap saya. Itulah dosa saya. Dan, jika tuan pernah gembira saat mengenali saya, itu mungkin pahala untuk saya. Apa-apapun saya merayu agar tuan dapat memaafkan semuanya dengan penuh rasa keikhlasan. Semoga perbuatan dan perlakuan tuan ini dapat dianggap sebagai ibadah yang paling mulia di sisi Allah SWT.
Perjalanan usia saya ini tidak saya ketahui pasti destinasinya. Panjang atau pendek; jauh atau dekat perjalanannya masih tiada khabar berita. Ketentuan kembara usia ini pun saya tidak pernah diberitahu bila akan berakhir dan di mana perhentiannya?
MENCARI DIRI
Kembali ke dalam diri
aku menemui diriku yang lain
lelaki bersayap malam
mengepak dan terbang
saat siang menyimbah hari.
Aku ingin kembali ke asal diri
menjadi lelaki malam berjubah setia
juga musafir di negeri imani.
Aku cari air mata keikhlasanku
aku cari air mata kejujuran-Mu
yang kutemui
hanya jejak kemaafan
dan bekas kekeliruan
yang Kau tinggalkan.
Rabb kekasihku,
segugus waktu yang pecah di puncak taubat
berikanlah kepadaku.
Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori,
Kuala Lumpur.
13 Ramadan 1430H
Salam dari kejauhan.

3 ulasan:
Sham,
Terharu pula membaca entri 'pencarian diri' kali ini. Sesungguhnya bulan yang mulia ini memang banyak ruang untuk kita merenung diri.
Saya berdoa semoga Sham sekeluarga sihat walafiat. Sajak itu sangat menyentuh hati.
Salam Sdr Sahmsudin: Saya membaca dan tumpang merenung.Izinkan saya memohon segala maaf dan minta dihalalkan apa yang segala dari milik Sdr andai pernah saya makan, minum, ambil dan terambil. Wassalam.
ape pun yang berlaku..iman yang dibawa adalah hadiah dan senjata yang kuat...untuk megenali diri bukan mudah tp itu adalah sesuatu yang terbaik untuk mencari keikhlasan yang hakiki utk megenali Tuhan yang satu.
Catat Ulasan