Selasa, 1 September 2009

MERIAM BULUH


Gambar: Dua batang meriam buluh yang dalam proses test power. Gambar atas, buluh yang baru siap disiang. Gambar kedua, percubaan sama ada boleh berfungsi atau tidak.


SALAM 11 RAMADHAN

EMPAT hari berada di kampung halaman, bersahur dan berbuka kemudian bertarawikh bersama-sama keluarga dan rakan-rakan benar-benar mengundang kenangan silam. Secara kebetulan cuti kali ini, rakan-rakan sewaktu anak-anak turut balik kampung. Apa lagi, selepas tarawikh, kami bersembang panjang dan merancang membuat meriam tanah daripada buluh.
Petang Jumaat, saya masuk ke hutan di belakang rumah nenek mencari buluh. Pulang hampir senja, saya dan anak buah tadi berjaya membawa pulang tiga batang buluh sepanjang enam kaki. Buluh sekitar bergaris pusat 6 inci, saya letakkan di bawah rumah nenek. Selepas berbuka (nasi ambeng) dan solat maghrib berjemaah, saya bergegas ke bawah rumah. Malam itu lepas tarawikh, saya bercakap kepada Dajak (kini pegawai Waran 1 TUDM), Malik (kini pegawai Khas di cawangan jenayah Johor), dan Jeff (bekas pemain sepak takraw Malaysia dan kini jurulatih takraw Johor sepenuh masa), bahawa saya sudah memilik tiga batang meriam buluh. Tunggu nak diletupkan sahaja. Mereka terperanjat dan seperti tidak percaya.

Hari sabtu, saya pergi kedai Ah Kaw pembekal karbait sejak zaman dulu lagi. Kedai papannya masih macam dulu dan Ah Kawpun dah tua sekitar 80 tahun. Tapi ketika membeli karbait itu, dia masih mengenali saya dan memuji keluarga saya yang katanya keturunan baik-baik. Saya menelan pujian itu dan tidak mengambil peduli kata-katanya kerana dah terbayang karbait dan meriam buluh yang bakal meletup. Harga karbait pun dah mahal; dulu 35 sen sekilo, sekarang dah mencecah RM2.70 sekilo. Ah, harga tak penting!
Pulang ke rumah dengan sarat barang mentah termasuk bahan-bahan laksa johor (untuk juadah berbuka), saya segera membelek-belek buluh. Di dalam hati saya terdetik sangat-sangat indah bermian meriam buluh. Buluh yang siap diikat dengan tiub basikal (langkah keselamatan), saya sapukan minyak masak supaya lembut dan kalis air.

Meriam buluh yang sudah siap itu saya tanam di belakang rumah nenek. Tak sabar nak tunggu maghrib. Beberapa minit sebelum berbuka, saya membawa segelas air dan sepinggang laksa johor ke belakang rumah. Dengan sebuah pelita minyak tanah, karbait dan sebaldi air; semuannya sudah siap tersedia. Saya melihat jam di tangan. Seminit lagi waktu berbuka. Dalam waktu yang singkat, karbait sudah saya masukkan ke dalam buluh. Muncung meriam itu saya sumbat dengan daun-daun dan ranting pokok. Asap mula keluar daripada lubang sumbu meriam. Mendangar sahaja azan maghrib bergema, saya terus mencucuh lubang sumbu dengan api. Masya-Allah, dema dan bunyi meriam tanah itu diluar dugaan saya. Kuat dan bergegar. Benar-benar memeranjatkan. (Dalam hati ada perasaan bangga dan seronok yang amat sangat). Fuh, puas rasanya sambil menghabiskan laksa dan meneguk kopi o. "Malam ni lepas tarawikh, aku sambung lagi. Baru Dajak, Malik dan Jeff tahu," detik hati kecil saya.

Saya balik ke rumah dan bersiap-siap untuk solat maghrib. Emak dan abah tidak cakap apa-apa, mereka buat tak kisah aja. Selepas solat, ada orang beri salam. Anak saya segera membuka pintu. Dengar suaranya sahaja saya sudah dapat mengagak yang datang itu ialah Pak Mat Terong (nama gelaran, jiran ayahku).
"Ayah, ada pak cik nak jumpa ayah," beritahu anak saya. Saya segera meninggalkan sejadah dan ke muka pintu. "Oh, pak Mat, apa khabar? Ada hajat apa?"
"Sapa yang main meriam tadi? Anak aku Ani tu baru lkepas bersalin. Masihdalam pantang. Dia terkejut. Cucu aku dari tadi asyik menangis. Tak berhenti-henti. Kau ni pun satu, dah jadi cikgu tapi perangai tak berubah-ubah. Lain kali itu, tanyalah orang tua sikit. Dah aku nak balik. Malam ni, aku tak nak dengar bunyi meriam tu lagi. Kalau kau berani, kau buatlah." Pak Mat Terong meninggalkan anjung rumah.

"Ha, dah puas hati awak?" herdik isteri saya. "Ajak lagi anak-anak yang bukan-bukan."
Lepas solat tarawikh,saya cerita kepada MAlik, Jeff dan Dajak. Dia orang ketawakan saya.
Pagi Ahad, saya membelek-belek meriam tanah. Ketika termenung memikirkan nasib dan kenangan, tiba-tiba terdengar suara Pak Mat Terong yang menjerit daripada belakang rumahnya. "Dah tualah cikgu. Tak ingat mati tu!"

Saya tersenyum sambil melambai-lambai tangan tanda minta maaf.

Isnin petang, sampai sahaja di Kuala Lumpur, anak ketiga (darjah 4) bertanya, "ayah, kita main meriam nak? Meriam ayah tu powerlah."

Saya tidak menjawab apa-apa. Di dalam hati berdetik, "best juga kalau main meriam buluh di rumah PENA. Boleh ajak teman-teman penyair sekali. Lepas tu lawan, bunyi meriam siapa paling power."

Jom. main meriam.

17 ulasan:

benuasuluk berkata...

kah kah kah abang aji kena "meriam" dengan Pak mat terong kah kah kah

Rahimidin Z berkata...

Sheikh,
kalau kat Pena, mariam Zakir lagi power.

Tanpa Nama berkata...

Mana pulak itu meriam tanah. Meriam buluh je. Meriam tanah lagi "power".

Untuk membentuk meriam tanah, kita korek lubang sedalam kira2 3 kaki utk kita berdiri dan duduk. Kemudian buat terowong sepanjang 4 kaki, lebih kurang 8" garispusat. Kemudian buat lubang halus (cucuk besi panjang) dari permukaan tanah ke hujung terowong. Kawasan tanah itu kenalah yang keras, kejap dan mampat. Bubuh karbait dalam bekas. Tambah air. Tolak bekas itu yang karbaitnya tengah menggelegak ke hujung terowong. Tunggu sekejap supaya gas karbait naik ke permukaan tanah melalui lubang halus itu. Kemudian siut api, menggunakan kayu panjang. Jangan duduk dekat lubang tu pulak. Berdentum! Mmg bergegar satu kampung. Dentumannya lain dari meriam buluh. Bunyinya lebih merdu...hehe.

Abang-abang saya dulu setiap tahun mesti buat meriam tanah ini. Seminggu sebelum Ramadhan, dah mula korek tanah belakang rumah. Rantung berbunyi je, terus siut api. Kira jadi pemberitahuan masuk waktu berbuka puasa untuk sekampung (dua tiga kampung sebenarnya) le juga.
Saya tukang tersengih seronok.

Seronoknya mengenang kisah masa bebudak dulu di kampung. Budak2 skrg tak merasa itu semua, apatah lagi bebudak di bandar.

zaid berkata...

orang dah tak main meriam buluh, la ni orang main C4.
:-)
tahniah pak mat terong!

saharil berkata...

astaga..

teratai berkata...

patutle 'dengar' sampai rumah saya kat bazar ramadan tu...hiss hiss....astaga, adik2 lelaki saya pun ada hati nak buat meriam bila dah balik kampung...macam serupa je cita2 tu. lagi satu, siap main layang2 yg diaorang beli kat pesta layang2 kat tapak pasar tani tu...ajak anak2 sekali tengah2 ari buta tu.

Luqman Hakim QA berkata...

idea bagus tu kalau kat rmh pena.

S.M. Zakir berkata...

confuse confuse, nak buat pasukan bola orang tua ka, nak pasukan meriam buluh orang tua tuan aji?

kacau dodol kat rumah pena lagi baik la boleh makan, main meriam bukan boleh makan...

tapi meriam gua memang power lagi, pakai C4 bro..

nailofar09 berkata...

syabas lar...kat sini bnyk lg buluh, masuk hutan cari sekali buluh lemang...mlm raya kita tanding siapa nyer meriam lg power...
...
salam ukhuwah...saya selalu ke sini, baru ni tinggal jejak..selamat berpuasa...muga, baki 2/3 ramadhan ini lebih membawa ke arah ketaqwaan

saleeh rahamad berkata...

bawa meriam pergi rumah ibrahim gafar la. main kat sana.

edolah berkata...

kasi letup kat rumah pena, nanti pak mail gapena jiran sebelah pula dtg komplen...gangguan!

anang berkata...

Syabas...rasa macam nak berkenalan plak dengan Pak Mat Terong tu..hehe..tapi 4yi, dah hampir setahun hidup kat Jb ni, sampai la ni saya masih tak boleh nak makan nasi ambang la tn. hj..tak boleh nak pii...
Nway, salam Ramadan!

Tanpa Nama berkata...

kan dah kena.. isy.isy.isy.. cikgu-cikgu....

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Kalau letupkan meriam pada majlis pelancaran buku ... cantekk!!

Aponghaziqdoyle berkata...

mau battle??? balik kota tinggi la...tengok meriam sape lagi power... keturunan anak cikgu osman dollah dengar cerita hebat main meriam hahaha

rudy bluehikari berkata...

Nostalgia, gamitnya hingga usia tua.Salam ukhwah.

Tanpa Nama berkata...

ape barang main meriam,skrang main RPG lagi kuat...