Selasa, 31 Mac 2009

MEMBACA HAQA'IQ TASAWUF

PERTAMANYA saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Rahimidin Zahari atas ikhsannya memberikan saya tiga buah buku sebagai buah tangan dari Kelantan. Buku Haqa'iq Tasawuf Jilid I dan II karya Syeikh Abdul Qadir Isa Rahimahullah serta kitab bertajuk Usuluddin tulisan Mohammad Mokhtar selamat saya tatap sebagai bacaan pertama malam tadi. Saya menekuni ketiga-tiga kitab ini sebab sekarang ini saya amat memerlukan pengisian rohani yang kian kosong akibat daripada selalu marah-marahkan umno. Keduanya, bahan bacaan ini sedikit sebanyak dapat membantu penulisan PhD saya yang sedang merangkak-rangkak ini.

Kitab Haqa'iq Tasawuf lebih banyak berkisar hal-hal mujahadah dan penyucian jiwa. Membacanya seakan dapat membimbing saya ke arah mengimarahkan zahir dan batin. Sesekali terasa bekalan ke negeri abadi amat kurang dan sedikit hingga tidak mencukupi. Syukurlah kerana kitab-kitab tua yang sukar dimiliki ini mampu memberikan peringatan kepada saya.


Percakapan kepada Diriku

Apakah maknanya segugus rindu yang mekar di kalbu
jika sekawan merpati tak bisa menghisap madunya?

Antara khutbah jumaat yang silih berganti
aku menagih penawar sakti dari cinta-Mu.

Seusia menjejak imani diri yang merungkai sepi
ada pedih berpanjangan yang tak berbebat maaf.

Semuanya adalah azali yang datang dan pergi
jauh meninggalkan aku dalam tasawuf dan sufi.

Shamsudin Othman
Madrasah sham al-Johori

Ahad, 29 Mac 2009

SANTAI DI PAGI MINGGU


I
Semalam, sepetang itu saya bermesyuarat di rumah PENA bersama-sama SM Zakir, Amiruddin, Lutfi, Ariff, Ijamala, Nazmi dan Wan Zaidah. Mesyuarat kami berkisar tentang Perhimpunan Penulis Muda Malaysia (PPMM) yang bakal di adakan di Melaka pada 17-19 April 2009 ini. Hanya dengan beberapa kudrat dan kederat itu, kami mengambil keputusan untuk mengadakan PPMM ini secara bersederhana kerana masalah kewangan yang kurang mengizinkan.

Begitupun dengan usaha dan sumbangan idea rakan-rakan, insya-Allah PPMM ini akan berjaya mencetuskan gagasan dan impak yang diharapkan. Oleh itu, kepada penulis-penulis muda Malaysia yang berusia 40 tahun dan ke bawah, diharapkan dapat sudi hadir untuk menyatakan sokongan dan bermuzakarah dalam majlis ilmu sastera itu.

Saya yang telah menjangkau usia awal 40-an ini hanya bertindak sebagai penganjur sahaja. Andalah penulis muda yang perlu menjadi pengisi ruang kemudian memanfaatkannya.

Saya melihat daripada kaca mata luar bahawa penulis muda Malaysia hari ini kurang bersosialisasi dengan masyarakat. Maksud saya, penulis muda hari ini terlalu meletakkan eletis karya hingga tidak sanggup berkongsi idea dengan persatuan mahupun berbicara secara santai dengan teman-teman. Ini mungkin budaya baharu penulis muda Malaysia yang sebahagian besarnya terdiri daripada mahasiswa dan sedikit berkedudukan.

Persoalan seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana hal yang sama pernah dilalui oleh kami (penulis-penulis veteren). Penulis-penulis atau sasterawan dahulu merupakan golongan elit yang berkhidmat sebagai guru, wartawan, peniaga, seniman, sarjana dan lain-lainnnya. Persoalannya, kenapa sasterawan itu punya masa untuk bersosialisasi dan bersantai sastera? Kesibukan dengan rutin bukan alasan kerana Allah memberikan kita akal untuk membahagikan-bahagikan masa. Hari ini, kesuaraman aktiviti sastera menjadi satu ketakutan yang membimbangkan. Di mana-mana majlis sastera hari ini kurang dihadiri oleh orang sastera apatah lagi penulis muda yang merasakan kehebatan mereka akan tercemar sekirannya pengalaman mereka perlu dikongsikan dengan masyarakat.

Saya yang sentiasa ditemani Rahimidin Zahari, SM Zakir dan beberapa nama kelompok penulis muda yang hakikatnya sedang menuju tua itu sering merasai kerisauan itu. Antara kami sering geger dengan sikap sesetengah penulis muda yang berprinsip demikian.

Mudah-mudahan dengan kehadiran PPMM ini (setelah lama tidak diadakan) akan dapat menyuburkan kembali stamina PPMM. Kesudian DBP, ASWARA, MAJLIS BANDARAYA MELAKA dan PENA berkerjasama menjayakan PPMM ini hanya Allah juga yang dapat membalasnya.

Saya mewakili rakan-rakan AJK PENA (penulis veteren) mengharapkan di tangan penulis muda inilah masa depan dan hala tuju sastera Malaysia berkembang secara sihat. Nafas dan kehidupan saya tidak tentu awal akhirnya. Seusia bergelumang dalam dunia sastera ini, saya kira mungkin sudah cukup bagi saya menyumbangkan puisi, cerpen dan esei yang tidak seberapanya itu. Saya sentiasa sedar kedudukan saya jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang jauh lebih hebat daripada saya. Oleh itu, dalam sia-sia usia menuju tua ini, saya sekadar berupaya menyelesaikan impian-impian yang mungkin tidak tercapai.

Kepada penulis-penulis muda Malaysia, berikanlah kerjasama yang sebaiknya untuk menjadi pengisi kepada warisan bangsa khususnya sastera Melayu. Bangkitalah daripada keterhinaan PPSMI dan nasib bahasa Melayu yang kian terpinggir oleh kemunafikan pemimpin umno. Di tangan dan daripada buah fikir andalah nasib bahasa dan sastera Melayu itu ditentutkan. Hanya andalah yang dapat memartabadkan semua kedaulatan sastera Melayu.

ii
Mujurlah cerpen Zaen Kasturi dan esei Lutfi tersiar di dalam Minggunan Malaysia hari ini. Jika tidak, muak dam loyo apalagi yang ingin saya jelasakan kerana sebagaian besar halaman akhbar itu membicarakan kisah umno. Malah akhbar itu seakan-akan dipenuhi warna darah (merah) seperti berita keganasan zionis menyerang Gaza. Rata-rata halaman diwarnakan dengan warna itu, hingga mata saya berpinar dan berkunang-kunang. Berita penentangan PPSMI daripada seorang YB hanya berada di ruang kiri dan bawah yang membawa petanda bahawa nasib bahasa Melayu akan terus dipinggirkan.

Bercakap tentang umno, jika ketia Pak Lah mengambil teraju negara, slogan Pak Lah ialah, 'Kerja bersama-sama saya'. Dan semalam, ketika Najib memulakan secara rasmi tugasnya sebagai presiden umno, dia berkata, 'jika kita tidak berubah, kita akan diubah. Jika kita tidak berubah, kita akan rebah.'

Lihatlah dua slogan yang jauh berbeza. Satu slogan yang berakal budi dan satu lagi slogan yang dipenuhi dengan semantik ego dan kerakusan. Slogan seperti ini merupakan wawasan yang menjadi benteng cara berfikir dan berkerja. Bayangkan, jika slogan yang menjurus kepada maksud takut untuk rebah itu difikirkan dengan konotasi yang lain. Oleh itu, bagi mengelakkan terus rebah makanya prinsip matlamat menghalakkan cara merupakan strategi cara berkerja yang paling baik.

Saya seperti mula terasa bahang yang bakal mengelilingi hidup saya.

Hujung minggu ini saya mula mencaturkan masa untuk memenuhi impian saya menonton F1. Inilah satu-satunya hobi saya yang sukar dibendung. Saya bukan peminat MU atau Liverpool tetapi saya peminat setia sukan permotoran F1.

Selamat menikmati Grand Prix Australia. Dan tiba-tiba saya teringatkan puisi ini yang sempat saya karangkan ketika berada di Melbourne lima tahun lalu.

Albert Park,
tasikmu yang membiru
saat salju menggigit tubuhku
masihkah kau ingat
aku berlari di dadamu
sambil mengejar
sisa-sisa maghrib
untuk mencari waktu
menemui Tuhan yang satu.

Jumaat, 27 Mac 2009

SIAPAKAH PETUALANG DI DALAM UMNO DAN PPSMI


GEMPAR dan menarik sekali siasah Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Gempar kerana banyak keputusan yang berpihak kepada muka baharu. Sudah tentu, dengan harapan yang maha tinggi (baca: bukan setanding kudrat Allah) ini, mereka berusaha keluar daripada kebejatan yang tercipta sekian lama.

Tahniah kepada umno dan takziah kepada yang gagal mengekalkan kuasa termasuk kepada Pak Lah yang terpaksa menyerahkan kuasa (baca: buka atas kerelaan). Senario baharu ini adalah bayangan-bayangan kemungkinan nasib walang akan berterusan. Kenapa aku bercakap demikian? Hal ini kerana, malam tadi seorang teman yang berjaya memenangi kerusi dalam pertandingan semalam yang juga pernah aku ceritakan dulu menghubungi aku melalui setiausahanya. Pertanyaan setiausaha itu mudah dan ringkas dan boleh dijawab serta merta tanpa memerlukan masa untuk berfikir. Tanya setiausaha rakan aku itu begini;

"Boss saya tanya sekali lagi, nak atau tidak? Dia dah menang."

Bukankah jawapannya amat mudah iaitu semudah mengatakan ya atau tidak. Tetapi aku tetap memerlukan masa yang amat panjang dan hingga waktu ini aku masih belum memberikan jawapan ya atau tidak itu.

Pagi tadi, selepas jam 9 ada sms masuk ke dalam talian telefon bimbit. Dengan nombor dan nama yang aku benar-benar pasti dan kenali itu, segera aku baca pesanannya. Dia menulis begini;

Kebijaksanaan kau tu, jangan dibodohkan oleh petualang bangsa dan negara. Sayang, aku lihat kau ni dah macam memikul biawak hidup. Aku bukan apa, hanya umno aja yang boleh membela nasib bangsa dan agama.

Aku tanpa berfikir panjang, membalasnya dengan frasa yang pendek sahaja.

Macam mana dengan nasib bahasa Melayu dan apa pertaruhan PPSMI?


SMS aku dibalas segera; nasib bangsa termasuk bahasa. Aku janji untuk perbetulkannya.

Wah, janji yang menarik semanis menanam tebu di tepi bibir. Aku tidak membalas sms rakan aku itu hingga sekarang kerana aku teringatkan janjinya kepada orang kampung aku yang masih tidak ditunaikan. Pernah dia berjanji untuk menaiktarafkan surau di kampung aku; tetapi hingga kini surau di kampung aku masih macam dahulu. Sama dengan pembinaan hasil titik peluh orang kampung dan derma ikhlas daripada orang ramai termasuk PAS pusat. Janji itu sudah ditaburkan lebih kurang tujuh tahun lalu. Aku terkenangkan wajah ayah yang beriya-iya meminta aku dan adik-beradik berpakat untuk menyumbangkan pembesar suara sempena sambutan ramadhan lima tahun lalu.

Itulah janji politik umno yang berlaku di kampung aku, di selatan tanah air tempat lahirnya umno dan negeri yang paling ramai melahirkan pemimpin umno termasuk pelaknat bahasa iaitu ketua pemudanya yang kini berjaya merangkul kedudukan lebih tinggi dalam MT.

Berbalik kepada petualang di dalam umno. Kenapa mereka menjerit di dalam dewan yang mewah itu bahawa 'petualang itu' adalah orang luar daripada umno? Aku sedar siapa yang mereka maksudkan iaitu wirawan AI. Baiklah, jika dia petualang umno, apa susah-susah sangat. Dia seorang dan keahlian umno mencecah 2 juta orang. Tak kanlah 2 juta orang tak boleh menangkis serangan seorang manusia biasa yang tidak punya kuasa dan kedudukan?

Kesempitan fikiran dan takut dengan bayang-bayang merupakan petualang di dalam diri sendiri yang membusung di dalam umno. Aku bukan menyokong wirawan itu tetapi aku melihat dengan mata seni aku bahawa umno masih takutkan igauan masa lalu. Penyakit dan kesakitan yang bernanah di dalam umno masih belum mampu disembuhkan. Dan penyait yang paling teruk ialah melihat kesalahan dan kelemahan orang lain.

Jika umno tidak lemah atau tidak berpenyakit, kenapa mereka nanar teruk sejak dua menjak ini? Kenapa rakyat kian loya dan mabuk melihat umno? Adakah jawapan itu ada dan perlu dicari daripada kelemahan orang lain atau jawapan itu hanya boleh dijawab sendiri daripada sifat bermuhasabah diri.

UMNO pada hakikatnya berada di dalam kepompong 'liberalisme neokolonis'. Keterikatan dan kesuburan fahaman inilah menyebabkan mereka tidak berani keluar daripada 'kemewahan zon selesa'. Prinsip 'elit-mandor-tuan-boss' kian menjadi-jadi hingga bayangan fitnah terhadap lelocong 'nak kaya masuk umno' tidak boleh lari daripada jolokan itu.

Aku tidak mahu berhujah panjang kerana waktu dan rutin yang mendesak. Apa yang perlu difikirkan ialah bagaimana di tangan MT umno yang baharu ini, mereka dapat mengembalikan maruah bangsa dan bahasa Melayu yang sekan-akan terhakis. Mungkin terlalu awal untuk membuat andaian juga tebakan. Tetapi, jika aku menanti terlalu lama, makanya kian lama jugalah keputusan perlu diambil untuk menyelesaikan kemelut PPSMI.

PPSMI bukan agenda mengubah mentaliti atau kepandaian orang Melayu; tetapi agenda yang tersirat untuk melenyapkan prinsip kepercayaan dan kekuatan sebuah tamadun bangsa Melayu setanding dengan kuasa Barat.

Selamat bersara secara terpaksa Pak Lah dan selamat menaiki podium umno, Najib. Moga sang ratu akan tersenyum seperti penguin mendapat salji. Aku akan setia menantikan kemelut PPSMI berakhir dengan senyuman dan telah bersedia juga dengan tanggisan.

Selamat bersidang warga dewan dan selamat kembali ke dewan pemikiran penjajah.

Rabu, 25 Mac 2009

GERAK DI MANAKAH DIKAU?




GERAK adalah akronim kepada Gerakan Anti-Korupsi, atau dalam bahasa ibunda kita disebut gerakan menentang rasuah. Gerak ditubuhkan oleh sdr Ezam dan kemudiannya diserahkan kepada anak didiknya iaitu Mohd Nazree. Komitment persatuan ini tidak boleh dinafikan hebatnya kerana dikatakan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan SPRM (suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Oleh sebab keintiman dan keakraban itu, makanya setiap gerak-geri ahli-ahli politik negara tidak kira kerajaan mahupun pembangkang dapat diduga lakonan mereka.

Kerana hebatnya Gerak makan Khalid Ibrahim (MB Selangor diseret ke mahkamah), malah ramai lagi yang bakal diadili ke mahkamah keadilan. Itulah gambaran kehebatan Gerak.

Persoalannya di manakah Gerak saat Ali Rustam, Khairi, atau yang lain-lain dalam umno yang telah disahkan sabit dalam kesalahan rasuah itu? Ke mana menghilangnya Gerak? Adakah Gerak telah dibatalkan pendaftarannya oleh ROS (Pejabat Pertubuhan Pendaftar)? Adakah Gerak telah kehilangan taring atau Gerak telah diadili dalam mahkamahnya sendiri?

Saya bertanya kepada diri saya sendiri; adilkah gerakan persatuan ini yang bertindak memilih bulu dan sekufu? Saya tidak marah jika pertubuhan ini berlaku adil kepada semua pihak.

Nah, di manakah Gerak ketika umno sedang rancak melobi pemimpin dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini? Jika Khalid Ibrahim dijatuhkan hukuman rasuah kerana memberikan lembu korban untuk 46 buah masjid; bagaimana dengan pemimpin umno yang mengadakan jamuan makan malam bagi meraikan ahli-ahlinya dengan nilai hampir jutaan itu?

Fuhh, kaya dan banyaknya duit umno dalam usaha meraikan ahlinya. Berapakah agaknya duit umno hari ini dalam usianya 54 tahun dengan ahli yang mencecah 10 juta orang itu? Bayangkan jika RM10 X 10 000 000. Makanya jawapan itu ialah RM100 000 000 dan dikali pula dengan 54 (tahun). Ya Allah, kayanya umno.

Soalnya siapa yang kaya raya hari ini? Penyokong umno tegar macam ayah dan ibu saya di kampung masih hidup dalam keadaan yang sederhana; tetapi rumah wakil rakyat tempat saya yang memerintah atas tiket umno, masya-Allah; rumahnya seperti mahligai, keretanya mewah dan besar hingga boleh masuk kambing sekandang, halaman rumahnya luas macam sebuah taman inderaloka. Kami, orang kampung takut melintas atau berkunjung ke rumahnya kerana takut dituduh pencuri atau peminta sedekah.

Pernah pada suatu hari, saya cuba menghubungi rakan yang punya kenalan baik dalam Gerak untuk melawat dan berkunjung ke rumah wakil rakyat kampung saya itu. Dan jawapan yang telah saya duga sejak dari dulu, kini dan selama-lamanya ialah, "mereka kebal dan tiada kes. Buang masa sahaja melayan kerenah kau tu."

Saya tidak tersinggung mendengar jawapan kenalan saya itu kerana saya tahu bahawa sistem mahkamah di Malaysia ini unik dan isitimewa. Di Malaysia ini sebenarnya ada lima jenis mahkamah, iaitu;

i. mahkamah umno
ii. mahkamah syariah
iii. mahkamah sivil
iv. mahkamah adat istiadat
v. ISA

Tentunya daripada hairiki itu, mahkamah umnolah yang paling istimewa kerana mahkamah ini tiada di negara maju, negara dunia pertama, negara dunia kedua mahupun di negara dunia ketiga yang lain.

Oleh itu, mudah-mudahan Gerak dapat kembali kepada prinsip penubuhannya.

Selasa, 24 Mac 2009

SATU, BERSATU DAN MENYATU



MATANGKAH KEDUA-DUA PARTI INI JIKA INGIN BERSATU? Di bawah agenda dan kepimpinan apakah penyatuan ini perlu dilakukan? Teras dan ciri-ciri apakah yang perlu menjadi panduan atau pegangan mereka?

Inilah yang perlu difikirkan pada saat MELAYU berada di dalam kekeliruan yang nanar. Pucuk pangkal perjuangan dan pengorbanan Melayu hari ini perlu kembali kepada nilai sepunya yang berjati diri dan berakal budi Melayu. Nah, sejauh mana gagasan ini difahami secara mutlak oleh kedua-dua parti yang ingin menyatu itu?

Hujung minggu lepas, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) telah meluluskan 10 resolusi dalam perhimpunan dan persidangan kemuncak Pribumi Negara yang berlangsung di ibu negara. Salah satu resolusi itu ialah penobatan semula Bahasa Melayu sebagai senjata utama dalam hubungannya dengan globalisasi. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini dan apa yang telah dirasmikan ialah 'Bahasa Malaysia'. Adakah Bahasa Melayu di Malaysia sejak 2006?

Perkasa juga tidak peka dalam hal-hal seperti ini. Akhirnya, perjuangan bahasa itu hanya tinggal impian kosong.

Orang-orang seperti Dato Ron sepatutnya menyedari hal ini. Agenda bahasa telah lama dibunuh oleh kerajaan di bawah kepimpinan dan tanggungjawab umno. Oleh itu, wajarkah PAS yang ingin mendaulatkan bahasa itu boleh duduk semeja atau sebendera jika prinsip-prinsip asas perjuangan tidak mempunyai arah tuju dan masa depan yang sama? Ini baru melibatkan hal-hal bahasa, belum lagi dalam hal kesyumulan Islam.

Bercakap tentang kesyumulan Islam pula, seusia saya 40-an ini, saya belum pernah melihat mana-mana tokoh politik umno yang menjadi imam di surau mahupun di masjid apatah lagi berkhutubah atau mengimamkan solat Jumaat. Jika adapun mungkin Pak Lah atau segelintir tokoh yang bukan tokoh utama macam Najib, Mahyuddin, Hishamuddin, Khairy, Mat Taib, atau lain-lainnya. Berbanding dengan tokoh PAS yang punya penampilan 'imam' dan 'pendakwah' itu. Saya melihat meskipun tokoh PAS tidak sepenuhnya syumul-Islam tetapi itu adalah lebih baik daripada tokoh umno yang langsung takut dengan tanggungjawab 'iman' atau 'pendakwah'. Maknanya, Melayu-Islam umno hanya layak bergelar pada Kad Pengenalan (kini Mykad) sahaja. Ini hanya fikiran dan pandangan umum saya.

Mulai hari ini (24 Mac 2009), umno akan mengadakan perhimpunan pilihanraya-dwitahunannya. Banyak cerita yang kita dengar dan baca tentang kemelut parti ini. Rasuah kian bermaharajalela dan tidak terbendung. Cantas-mencatas kian subur. Hasad-dengki tidak boleh dibunuh. Tuduh-menuduh dan menuding jari terus mengakar tunjang. Nah, mungkin ini hanya segelintir kemelut yang terbongkar. Kemelut dalaman yang hanya disedari oleh Lembaga Disiplin umno, PDRM dan SPRM masih tersembunyi dan mungkin akan terus dimusnahkan.

Saya teringat ketika saya bersama-sama seorang penulis yang juga kolomunis sebuah akhbar tabliot suatu waktu dahulu. Kami duduk bercerita tentang Samsiah Fakir. Kami akhirnya mengetahui cerita di balik cerita dengan bukti yang amat kukuh. Bayangkan, seorang serikandi negara akhirnya meninggalkan kita dengan cara dihina oleh tanggapan sejarah yang diputarbelitkan oleh umno. Inilah yang mendasari mentaliti titik-bengek umno.

Berbalik kepada hasrat penyatuan dua parti utama Melayu ini yang suatu waktu dahulu pernah bersatu dan berkerjasama. Jika Musyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pernah merasai kekecewaan dalam pengalaman itu, bagaimana pula dengan pengalaman Pak Lah yang mewakili umno? Adakah umno bahagia dengan pengalaman ketika bersatu itu?

Membaca tulisan-tulisan sejarahawan negara sebelum ini, seakan-akan memberikan jawapan siapa yang betul dan siapa yang salah. Perjuangan politik adalah tanggungjawab ikhlas bukannya kerana peribadi atau sesuatu niat jahat. Oleh itu, saya melihat sama ada hasrat untuk SATU, BERSATU dan MENYATU itu dilakukan; beberapa perkara perlu diambil kira.

Melayu hari ini seperti telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh dan ditewaskan oleh anasir luar. Melayu yang cerdik pandai dipasung fikirannya. Melayu yang berkudrat perjuangan dibunuh langkah persilatannya. Melayu yang bijak bermantera seloka dipotong lidahnya. Yang tinggal hanya Melayu yang pandai bertopeng-topengan.

Melayu hari ini tidak pernah belajar daripada sejarah. Mereka hanya menjadi seorang pembaca sejarah yang tidak pernah mengambil ikhtibar daripada sebuah tamadun bangsa Melayu yang hebat.

Saya mencari Melayu yang dulu seperi mana yang saya temui di dalam kitab Thabit al-Muktadin, Tuhfat Al-Nafis mahupun Butan al-Salatin.

Rabu, 18 Mac 2009

KELIRU DAN MENGELIRUKAN


i
Hampir lima hari saya tidak boleh daftar masuk/ 'sign ini' ke blog Tanah Nurani ini. Maaf kerana saya sendiri tidak pasti kenapa dan saya yang sememangnya kurang arif tentang teknologi komputer ini hanya mampu berserah sahaja kepada takdir.

ii.
Beberapa hari itu juga ada sebak dan rusuh yang tidak mampu saya luahkan. Dan rusuh itu seakan api di dalam sekam. Membara tetapi tidak kelihatan.

Hari ini ada cerita baharu yang benar-benar mengelirukan saya. Ceritanya ialah tentang kuasa di balik kuasa hingga menghalalkan matlamat. Bayangkan, apakah yang sedang melanda parti umno sekarang ini? Yang pasti ialah rasuah dan ketidakjujuran. Yang menjadi mangsa telah dihebahkan. Yang ingin diselamatkan telah disembunyikan. Yang ingin dicantas telah dimusnahkan. Inilah kekeliruan demi kekeliruan yang sedang melanda parti ini menjelang perhimpunan agung hujung minggu ini.

Saya tidak tidak faham, kenapa dengan kesalahan yang sama tetapi hukumannya berbeza-beza. Satu lagi ialah, kenapa kes rasuah umno tidak boleh melibatkan SPRM? Apakah imuniti umno menandingi imuniti raja, tun dan agama?

Entahlah... keliru, keliru dan keliru.

Jumaat, 13 Mac 2009

MEREKA YANG TIDAK MENGENALI PELANDUK DUA SERUPA



SALAM,
Keadaan memaksa saya menulis dengan menggunakan kata ganti nama 'aku'. Keadaan juga mengajar aku menjadi kurang ajar setelah puas berhalus dan menyusun hemah. Inilah yang dikatakan ular menyusup akar tak akan hilang bisanya.

Kisahnya begini.

Ada sebuah negeri bernama Youpiem yang terletak tidak jauh dari ibu kota. Negeri ini merupakan gedung ilmu pinggiran yang warganya boleh dikatakan elit, berpendidikan dan mesra pengguna. Negeri ini dikepalai oleh seorang bijaksini yang luas pengetahuan tentang hal-hal pertanian, penternakan dan alam sekitar. Menurut kisahnya, dia bergelar doktor falsafah dalam jurusan vetarina dan pakar dalam hal-hal kebinatangan khususnya babi.

Berbalik kepada cerita aku pula. Aku seorang anak kampung yang diterima untuk berkerja dengannya. Tetapi tugas aku bukan sebagai penggembala babi atau anjing. Aku diberikan tugas untuk menjadi penyemai benih rumput sahaja. Dengan sedikit nama yang bergelar dan sedikit kepandaian menulis, makanya nama aku sering disebut-sebut oleh penduduk kampung Youpiem itu. Tak kiralah anak-anak muda mahupun pekerja berstatus PAR hingga ke Dr. Mereka lebih mengenali aku dengan nama 'budak kampung' sahaja. Tak apalah, sebab akupun bukan kisah sangat dengan nama dan gelaran.

Dipendekakan cerita; pada suatu hari aku dipanggil mengadap boss aku itu. Aku yang menerima jemputan khas itu gegas bersiap-siap dengan blazer, tali leher dan berkasut kulit 'clark' yang sempat aku beli ketika berkunjung ke Auckland, NZ. Maklumlah untuk bertemu boss yang paling berkuasa aku harus mengenakan pakaian yang beretika meskipun pada dasarnya aku benci dengan protokol.

Tepat jam 10.23 pagi, aku berada di depan pintu bilik boss aku, menanti dipanggil masuk kerana aku difahamkan ada hal yang benar-benar mustahak akan dibincangkan. Lebih kurang sepuluh minit menunggu, aku dipanggil masuk oleh seorang jejaka ala inggeris. Dia merenung dalam wajah aku sambil melihat gambar yang tertera pada kertas di tangannya. Ada kedutan di dahinya. Dia melihat aku melangkah penuh hemah masuk ke dalam bilik mewah itu. Aku merenung ke kiri dan ke kanan. Di set sofa sebelah kanan, aku dapat melihat lima orang lagi yang lengkap bertaksido.

Salam aku memulakan perbualan kami. Aku dipersilakan duduk di kerusi bukan sofa yang jaraknya hampir empat depa daripada sofa tersebut. Boss aku bangun sambil membelek-belek gambar di tangannya. Gambar itu diberikan kepada lelaki bertaksido pertama yang paling hampir dengannya. Gambar itu bergilir tangan hinggalah kepada lelaki kelima. Mereka saling berpandangan seakan-akan menyembunyikan sesuatu daripada aku. Aku tidak berkata apa-apa dalam jangka waktu yang penuh bermakna kecuali salam tadi.

"Che Shamsudin Othman, ini gambar siapa?"

Aku merenung gambar yang ditunjukkan. Sekali imbas aku sudah dapat meneka orang yang dimaksudkan itu kerana orang yang dimaksudkan itu sering bersembang dan duduk bertazkirah tentang sastera dan siasah negara.

"Itu gambar kawan saya. Namanya Che Shamsudin Othman, seorang penyair, penulis, teateris, dan baru-baru ini dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh UUM. Kenapa tuan?" Tanya aku bersahaja.

"Kami dapat aduan bahawa Che Shamsudin Othman terlibat dalam rusuhan di Masjid Negara pada 7 Mac 2009. Malah dalam akhbar dan berita hari ini, nama saudara dikehendaki untuk membantu siasatan polis. Nama saudara sebaris dengan A. Samad Said, Hassan Ahmad dan lain-lain. Hebat sungguh saudara ni? Saudara dituduh menjadi perancang gerakan itu. Betul ke?" Tanya lelaki bertaksido ketiga.

"Tuan, bukankah pada tarikh kejadian itu, tuan mengarahkan saya untuk menghadiri kursus Biro Tatanegara di Kem Komando, PD? Lima hari saya di PD tuan. Terseksa jiwa dan raga. Termasuklah pada hari bersejarah itu saya masih di sana. Sayang sekali, saya tidak dapat ikut serta dalam peristiwa penuh bersejarah perjuangan orang Melayu abad-21 ini tuan."

"Manalah tahu..., awak lari daripada kursus itu." Pintas lelaki bertaksido keempat yang masih memegang gambar Che Shamsudin Othman.

"Saudara menyamar ke? Pakai jambang dan pakai sarung kepala, nampak macam botak. Lepas tu pakai cermin mata lagi untuk mengelirukan polis." Sampuk lelaki bertaksido kedua yang diam sejak tadi.

"Tuan, nama saya Shamsudin bin Othman. Orang dalam gambar itu ialah Che Shamsudin Othman. Nama kami hampir sama. Lelaki dalam gambar itu lebih dikenali dengan nama Dinsman, tuan."

Diam memenuhi kamar mewah yang layakknya dipanggil istana Youpiem. Tiada sebarang suara yang terlontar daripada mulut kami. Hanya bunyi angin daripada penghawa dingin sahaja yang berdesir di telinga aku.

"Kita tersilap orang. Macam mana laporan ini?" Tanya boss aku semberono dalam serba salah yang jelas.

Dia melihat jam di tangannya. Dekat jam 11. Sekejap lagi waktu solat jumaat kian hampir.

"Shamsudin, awak dah makan ke belum? Petang nanti kami ada mesyuarat. Jom, kita makan sama-sama. Hari ini saya belanja makan nasi beriyani gam." Pertanyaan dan pelawaan itu datang bertubi-tubi sekali gus.

Belum sempat aku menjawab tiba-tiba terasa bahu kanan aku disentuh. Lelaki bertaksido yang duduk di sofa ketiga tadi mengukir senyuman. Bahu aku ditepuk berkali-kali.

"Jom, apa tunggu lagi. Boss nak belanja makan." Dia menyambung pelawaan boss aku.

Dalam perjalanan ke kedai makan nasi beriyani gam di pinggir bandar pentadbiran negara berharga 60 bilion itu aku segera meng'sms' rakan-rakan sebumbung PENA, termasuklah bekas dosen aku ketika aku menjadi mahasiswa di UM dulu.

Aku tahu, dosen aku itu bimbang dengan tindak tanduk aku. Malah dia selalu menasihati aku supaya berhati-hati dan jangan terlalu radikal. Tapi, entahlah. Aku tidak tahu kenapa aku agak liar sejak dua menjak ini, apatah lagi tentang isu bahasa dan bangsa Melayu yang kian dimangsakan oleh politikus Melayu.

Tetapi ada satu jawapan sms yang paling menarik daripada rakan penulis yang amat akrab dengan aku. Dia menulis begini, "Tuan syeikh jentik aja telor boss tu."

Sms pendek itu berjaya mengubati hati marah aku. Di dalam kereta Mercedes E320 milik Youpiem itu, aku senyum sendirian apabila membaca sms yang bertali arus masuk ke dalam telefon bimbit. Telefon bimbit juga berdering. Paparan nombor 0340265555 tidak aku jawab kerana boss aku sibuk bertanya aku tentang negeri jajahannya, Youpiem. Ketika rancak berbual di dalam kereta mewah itu, aku berdoa agar rakan yang menelefon aku tadi tidak kecil hati kerana aku tahu sebagai penyair sufi, dia tidak pernah marah-marah atau cemburu. Di dalam hatinya ada seribu sifat cinta dan rindu yang maha romantis.

Ketika menjamu seleras nasi beriyani gam ayam kampung, aku memberanikan diri untuk bertanya kepada boss aku,"kenapa tuan ingin berjumpa saya?"

Boss aku tidak menjawab kemuskilan aku. Begitu juga dengan kelima-lima lelaki yang bertaksido di kiri dan kanan aku. Mereka yang seperti tidak mendengar pertanyaan aku itu terus meratah ayam kampung, ulam petai, dan keropok papadem. Seperti biasa juga, aku yang tidak banyak berkata-kata itu menghabiskan makanan yang terhidang sambil telinga merakam perbualan mereka tentang isu-isu semasa termasuk kedudukan negara Youpiem yang mula tergugat untuk pencalonan negara 'Apex'.

Begitulah, selingkar kisah 'mereka yang tidak mengenali pelanduk dua serupa'.

Selasa, 10 Mac 2009

DI BAWAH REJIM 'LAKNATTULLAH'


SAYA mungkin tidak selayaknya berbicara tentang perjuangan PPSMI setelah gagal ikut serta dalam perarakan GMP 100,000 rakyat membantah PPSMI. Maafkan saya teman-teman. Tetapi sedarlah bahawa jauh di sudut hati kecil saya ada rasa kehibaan dalam kekesalan; kecewa dalam penyesalan dan macam-macam perasaan yang berkecamuk.

Seusai kursus 'dipenjarakan' dalam konteks akademia; saya pulang semalam dengan penuh keletihan fikiran. Gerakan 'Mentaltoucher' yang saya lalui benar-benar meletihkan. Semalam juga sewaktu cuti sambutan Maulidul Rasul saya menghabiskan waktu dengan tidur dan hanya bangun untuk solat sahaja tanpa punya selera untuk makan dan minum. Bayangkan pintu bilik saya diketuk dan saya dikejutkan pada jam 2, 3, dan 4 pagi hanya semata-mata untuk mengisi maklumat peribadi yang panjanganya sekitar 10 halaman dengan huruf bersaiz 8 dan berjarak langkau sebaris. Apabila ditanya berkali-kali, "bukankah tadi saya dah isi?" Jawapan mereka, "tadi saudara isi borang ini dengan siapa? Bukan dengan sayakan?" Itu hari pertama. Hari kedua, saya solat di bawah pokok sebab tandas bilik tersumbat dan berbau. Hari ketiga, seharian saya disuruh menyanyi hampir 300 lagu. Kata mereka, "inilah cara untuk melepaskan stress." Hahaha, muluk sekali bunyinya kursus itu. Macam sedang bermimpi di siang hari atau hanya sekadar lakonan sahaja. Itulah ciptaan dalam rekaan. Cuplikan dalam ciplakan. Juga gurauan dalam keseronokan.

Berbalik kepada perjuangan GMP. Meski saya kecewa kerana tidak dapat mengiringi, tetapi pada saat itu saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar menyelamatkan rakan-rakan yang turun padang dan memberikan infak syurgawi atas perjuangan ini.

Malam tadi, setelah berasa sedikit segar; saya menyusup masuk ke blog teman-teman dan menyelongkar semula kisah 7 Mac 2009 tu. Ya Allah, bertapa tidak profesionalnya anggota polis dan FRU negara kita. Adakah gerakan aman itu menimbulkan kekacauan jenayah? Berapa ramaikah anggota FRU atau polis yang terkorban? Berapakah ramaikan rakyat yang menyertai GMP itu membawa senjata api, parang, keris atau lastik? Berapa ramaikah juga anggota polis atau FRU itu yang dibaling batu? Sebaliknya, apa yang dilihat ialah SN A. Samad Said, Dato' Hassan Ahmad dan lain-lain warga tua yang memperjuangkan nasib bahasa dan khazanah bangsa mereka sendiri itu disembur dengan air berkimia dan gas pemedih mata. Inilah yang dikatakan 'rejim laknatullah'! Saya hanya dapat melihat gambar orang Melayu yang berpakaian jenama PKR, PAS dan bebas. Di manakah orang Melayu UMNO? Adakah orang Melayu UMNO tidak mengguna pakai Bahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka? Hebat sungguh golongan Melayu ini rupa-rupanya? Jika begitu, saya ingin mencadangkan agar akronim UMNO digantikan sahaja dengan UEMNO (United English Malays Nation Organisation).

Saya punya pendirian yang tegas. Penentangan PPSMI bukan bermakna saya menentang BI. Saya perlu menguasai BI untuk menjadikan saya hebat dalam bidang akademik. Saya belajar dan saya menghabiskan ratusan ringgit untuk menduduki 'A-Level' bagi melayakkan saya memiliki Ph.D. Saya akur kerana saya ingin duduk setanding dengan barat dan mengambil kesempatan mengisi kekosongan dalam bidang kerjaya. Saya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran BI yang mendalam untuk menjadi wakil jabatan ketika membentang kertas kerja di luar negara. Dan, saya menyiapkan diri dengan BI untuk menguasai karya-karya barat yang kononnya hebat.

Tetapi, persoalannya kenapa saya menentang PPSMI? Lihatlah SN A. Samad Said, Dato' Hassan Ahmad, Dato' Baha Zain, Prof. Shahril, Prof Abdullah Hassan, Prof Awang Sarian dan lali-lain itu. Penguasaan BI mereka amat luar biasa. Tetapi, kenapa mereka juga menentang PPSMI?

Bahasa Melayu adalah khazanah dan warisan bangsa Melayu. Menyokong PPSMI bermakna kita menyokong usaha pembunuhan kekuatan dan kehebatan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah terbukti berjaya menjadi bahasa ilmu dan bahasa tamadun Melayu suatu waktu dahulu. Menyerah kepada BI atas konsep persaingan globalisasi dengan mempertaruh dan mengadaikan nasib Bahasa Melayu adalah satu kesilapan maha besar. Sudahlah nasib tulisan jawi dikuburkan dengan sewenang-wenangnya, kini bahasa Melayu pula ingin dikorbankan?

Sejarah tidak boleh didustai. Tetapi, apabila kita berada di bawah kuasa rejim laknatullah ini, usaha untuk menghapuskan sejarah tamadun Melayu sedang dilakukan. Mereka para juak itu berpendapat bahawa untuk maju dan berdaya saing kita perlu menguasai BI. Ini semua adalah alasan-alasan yang memalukan dan amat bodoh. Jika Bahasa Melayu benar-benar lemah, kenapa ketika Tun Razak mewajibkan pengajaran dan pembelajaran dalam BM sepenuhnya di seluruh peringkat bermula awal 80-an itu berjaya melahirkan ribuan sarjana Ph.D dan puluhan ribu pelajar yang dapat bersaing di luar negara? Malah hingga ada antaranya menjadi pelajar terbaik di Havard dan Oxford? Bukankah ini bukti kejayaan Bahasa Melayu? Bukti apalagi yang kita mahukan?

Ya, inilah selingkar kisah di bawah 'rejim laknatullah'. Rejim ini telah mengulangi kisah 'Singapura dilanggar todak'. Kisah Hang Nadim dibunuh kerana kepintarannya telah berulang kembali. Siapakah Hang Nadim itu pada hari ini? Hang Nadim ialah anak-anak muda yang bijaksana dan mula memprotes sikap peribadi pemimpin yang sanggup merompak, menggadai, menjual bangsa, makan rasuah dan menjadi hamba sex demi mempertahankan kekuasaan politik kepartian. Mereka menjadi jalang dan rakus tanpa memikirkan nasib bangsa 10 atau 5 tahun bermula hari ini.

Pada saat negara-negara maju mula kembali kepada akar tradisi seperti Jepun, China, Jerman, Perancis, Itali; kita pula sebaliknya. Ketika kita ingin memboikot barangan Amerika; kita pula menyanjung bahasa mereka. Ketika kita bercakap soal ketuanan Melayu dan kedaulatan raja-raja; kita menafikan hak bahasa dan tamadun kita sendiri.

Ketika kita bercakap soal Islam yang syumul; segelintir pemimpin kita menjadi perwaris kepada rejim laknatullah itu.

Inilah nasib bangsa Melayu di bawah naungan segelintir 'rejim laknatullah'. Mereka adalah 'dalang di dalam dalang'.

Salam dari kejauhan. Jumpa lagi.

Sila berkunjung ke www.kawat.blogspot.com untuk membaca satira "Rupa-rupanya Dato Haah Hanya Posmen." Tuan Tanah, sejak bila pandai bersatira?

Jumaat, 6 Mac 2009

KITA KEHILANGAN ZUBIR ALI



AL-FATIHAH.

Kita kehilangan seorang penyair dan penyanyi lagu puisi 'Balada Seorang Gadis Kecil' ataupun 'Penantian'. Dia ialah sdr Zubir Ali yang sempat saya mesrai dengan panggilan cikgu Zubir sebab saya pernah belajar bermain gitar dengannya tetapi sayang saya tidak menjadi sepertinya. Bermula daripada penyair dan penyanyi jalanan dia membina menjadi 'Harmoni' kemudian tampil solo dan kini menyendiri.

Moga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di sisi roh insan beriman.

Al-Fatihah. Amin.

Terima kasih Redzuan Harun yang memaklumkan kepada saya sekitar jam 10.59 pagi.

Khamis, 5 Mac 2009

INILAH NAFAS DARI JERIH PERJUANGAN



SAAT yang menyedihkan saya seakan bermula. Esok (6-8 Mac 2009) saya telah dipilih oleh pihak universiti untuk menghadiri kursus wajib Bina Semangat di Negeri Sembilan. Saya bukan ingin menolaknya tetapi pertanyaan saya kepada pihak pendaftar ialah kenapa saya yang dipilih dan kenapa tarikh itu? Saya minta dikecualikan dengan alasan akan terlibat dalam satu agenda bersejarah negara pada 7 Mac. Jawapan yang saya terima ialah tiga perkataan yang amat menyedihkan iaitu, WAJIB TANPA ALASAN.

Saya merenung jauh saat menerima alasan itu. Saya terbayangkan bagaimanakah nasib perjuangan rakan-rakan senior seperti Dato Baha Zain, Dato Hassan Ahmad, Pak Samad Said, orang GAPENA dan lain-lain itu nanti? Tentu mereka akan bermain dengan air mata yang akan menjadi sejarah di tanah air ini.

Saya sendiri tidak faham, pemikiran apa yang sedang bermain di dalam benak pemimpin UMNO hari ini? Soal PPSMI bukan soal politik kepartian. Ini bermakna, UMNO, PAS, PKR, DAP yang berbangsa Melayu perlu bergabung tenaga menyatakan kesalahan yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sebentar tadi dalam siaran AWANI (501) satu siaran khas tentang PPSMI diadakan secara langsung. Malang sekali, tetamu yang diundang masih menyatakan sokongan terhadap PPSMI dengan alasan yang mentah, dangkal dan tidak masuk akal iaitu;

1. PPSMI adalah untuk anak-anak kita yang bakal bersaing dengan globalisasi
2. PPSMI mendapat sokongan padu daripada lebih 2000 persatuan PIBG seluruh Malaysia
3. PPSMI telah berjaya membuktikan kejayaan cemerlang setelah melepasi satu pusingan
4. Rata-rata pelajar luar bandar telah dapat berkomunikasi dengan baik dalam BI yang
seterusnya menjadi tanda kejayaan program ini.
5. Agama Islam tidak melarang P&P dijalankan dalam BI malah rasulullah pun mengharapkan
agar orang Arab belajar hingga ke negeri china
6. Anak Melayu perlu bekerja dan mencari rezeki di luar negara supaya dapat menimba
pengalaman sebanyak-banyaknya.

Itu antara alasan yang diberikan oleh para tetamu udangan. Soalnya, kenapa AWANI tidak menjemput sama Pak Samad, Dato' Baha Zain atau Dato' Hassan Ahmad? Atau sekurang-kurangnya juga menjemput para pendidik yang menjadi pelaksana kepada dasar PPSMI ini.

Inilah yang dikatakan oleh bitara Melayu sebagai 'kerja gila babi'. Ada akal letak di kepala lutut; ada nafsu berjiwa besar tapi terlupa tubuh kecil; ada fikiran tetapi diguna untuk merompak dan menyamun; ada gagasan tetapi terlupa gagasan itu berundur ke belakang; ada kuasa tetapi kuasa itu diguna untuk membinasa.

Saya selalu bertanya, kenapa pemimpin UMNO menolak mentah-mentah gagasan Tun Razak yang terbukti berjaya dan telah terbukti dapat melahirkan bijak pandai Melayu? Dan, saya tertanya-tanya juga, bijaksana sangatkah Tun Mahathir itu sehingga merasakan bahawa dengan menguasai BI itu, rakyat Malaysia akan dapat bersaing dengan negara dunia pertama? Dua pertanyaan ini masih belum terjawab sepenuhnya.

Salam kemaafan rakan-rakan seperjuanganku, saya tidak dapat ikut serta dalam gerakan 7 Mac ini, tetapi percayalah, saya akan sentiasa berdoa agar Allah SWT membuka hati pemimpin kita yang sekian lama buta, pekak, bodoh akibat kejahilan terhadap maruah bahasa dan bangsa. Mereka perlu keluar daripada landasan yang sesat lagi menyesatkan itu.

Ayuh, ayahanda, paman, rakan-rakan dan adik-adikku, teruskan perjuangan ini tanpa mengenal rintih dan pedih.

Salam rindu dengan iringan doa.

Rabu, 4 Mac 2009

SEBUAH BAHTERA DI PINGGIR ISTANA


SEBUAH BAHTERA DI PINGGIR ISTANA

Daulat Tuanku,
hamba pacal yang hina merenung dari kejauhan
meski redup di bawah pohon
tetapi bahangnya menggigit rasa
sambil berfikir apakah tulah apakah nasib
bahtera di laut tak berkemudi
berjalan di darat tak berhaluan
sesaat menungkah sesaat sesat
mudik ke muara kembali ke hulu
mendayung iman menjunjung daulat

Daulat Tuanku,
hamba pacal yang hina mohon dipertunjuk
layar telah hamba pacak
bahtera telah hamba persiap
hanya angin menanti sembah
membawa diri ke pulau abadi

Tuanku yang agung,
izinkan hamba bawa nama yang hina
ke negeri satu
berbekal Al-Quran dan sunnah
hamba tak terdaya memikul emas dan darjat

Pelayaran hamba tak pasti kembali
tapi percayalah
hamba mencari negeri abadi
tempat anak cucu
memugar cinta menimba rindu
sebuah negara bernama Melayu.

Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori

Isnin, 2 Mac 2009

Berita daripada RIAU POS

SALAM. Semalam, seorang rakan iaitu Dr. Yusmar Yusuf menghubungi saya supaya melayari koran (akhbar) Riau Pos. Katanya, ada ulasan daripada wartawan tentang seminar anjuran Dewan Kesenian Riau minggu lepas. Saya petik keseluruhan tulisan wartawan tersebut dan memuatkannya di dalam blog ini.

Minggu, 01 Maret 2009 , 11:28:00
Dari Diskusi dan Pentas Sastra Indonesia-Malaysia Shafirasalja DKR


Kontra Mitos dalam Minda Melayu


Dalam beberapa cerita jenaka Melayu masa silam, orang banyak dikejutkan dengan mitos yang ditabrakkan. Tapi justru mitos kontra mitos inilah yang kemudian menjadi keunikannya. Namun medan magnet spiritual tetaplah ‘petir’ yang menjadi kekuatan sastra Melayu.

Laporan PURNIMASARI, Pekanbaru purnimasari@riaupos.co.id

Peserta dialog dan pentas sastra Indonesia-Malaysia yang membahas peran kesenian, terutama sastra dalam membangun peradaban Melayu dari masa ke masa, yang ditaja Dewan Kesenian Riau banyak didominasi para seniman dan cikgu. Ini terbukti dengan hadirnya ratusan orang guru yang mengikuti dialog yang dibahas oleh UU Hamidy, Shamsudin Othman, SM Zakir dan Ahmad Razali di aula Dewan Kesenian Riau, Sabtu (21/2).

Bahasa, Tamadun Bangsa

Menurut Shamsudin Othman, penyair, pelukis muda Malaysia, runtuhnya tamadun suatu bangsa bukan karena peperangan maupun penjajahan tapi lebih oleh ketidakyakinan penganut tamadun atau peradaban itu pada jati diri maupun kesucian bahasanya. Dalam konteks Melayu serumpun, tentunya Bahasa Melayu adalah lambang sastra, seni dan pengucapan agung yang jadi ikon tamadun itu sendiri.

Apa yang berlaku di negara-negara dunia ketiga seperti Malaysia mi-salnya, lanjut Shamsudin, para pemimpinnya sedang berusaha mengubur bahasa mayoritas pribumi karena pesimis bisa bersaing dalam arus globalisasi. ‘’Karena itu, mengambil langkah jalan ke belakang ini akhirnya mengacu doktrin jahiliyah dan primitif. Zaman penjajahan sudah lama berlalu tapi seakan ada dikotomi baru yang dilihat sedang meresap dalam pemikiran penguasa. Resapan inilah yang akhirnya jika tidak diatasi akan membawa kehancuran tamadun suatu bangsa,” ujar Shamsudin dalam acara yang dipandu Samson Rambah Pasir, sastrawan Batam yang membacakan cerminnya berjudul Pejabat Gulai Terung.

Dikatakannya, tamadun bangsa ialah soal marwah dan kesucian. Karenanya, asas terpenting adalah bahasa bangsa itu sendiri. Dalam konteks ini, Bahasa Melayu adalah wahana mahapenting dalam menentukan kehebatan bangsa Melayu. Negara-negara seperti Jepang, Jerman, Rusia, Prancis dan Cina misalnya, senantiasa berusaha menyemaikukuhkan bahasa mereka hingga ke akar umbi supaya tiap lapisan masyarakat bangga dan cinta akan bahasa sendiri. Akhirnya, dari semangat yang luar biasa itu, kini mereka menguasai dunia.

‘’Sebuah tamadun pada hakikatnya terlalu muluk untuk diungkap dan didengar. Tapi bagaimana dengan agenda meneruskan kehidupan yang terpaksa bersaing dalam globalisasi dan kematangan fikir? Apa kita sudah siap jadi manusia cemerlang dengan karya-karya agung sehebat Hamzah Fansuri, Hamka dan lain-lainnya jika manusia yang lahir pada zaman itu hidup dalam anarkis dan bobrok?” ungkapnya.

Ia menilai hal itu juga berlaku pada sastra Malaysia saat ini. Tiga puluh tahun silam, A Samad Said menulis novel Salina (1967) dan Shahnon Ahmad menulis Ranjau Sepanjang Jalan (1970) yang memaparkan petani gigih yang tabah merempuh zaman-zaman hitam kolonial. ‘’Kenapa pada abad ke-21 ini, hal-hal kemiskinan, kelaparan, penindasan dan kezaliman masih subur dalam karya-karya sastrawan kita? Itu bermakna, usia negara yang beranjak tua tak dapat memisahkan sejarah yang berulang. Yang membedakan cuma angka dan manusianya,” tuturnya.

Dalam perkiraan yang tak berbelah bagi, lanjut Shamsudin, tamadun yang ingin dicapai itu ialah tamadun insaniah yang tinggi. ‘’Kita ingin melihat orang Melayu membelah cakrawala dengan keimanan yang teguh. Kita ingin melihat Melayu yang dapat menulis puisi-puisi indah seperti Iqbal maupun Amir Hamzah. Kita ingin melihat Melayu yang dapat membina dengan cinta keimanan bukan nafsu serakah dan rasa yang memabukkan. Juga, kita ingin melihat orang Melayu yang punya jihad seperti Syaidina Umar maupun Salehuddin al-Ayubi,” tuturnya.

Tiga Gelombang Besar Pengarang Riau

Sementara itu, menurut UU Hamidy, pengarang di Riau dapat dilihat dalam tiga gelombang besar. Gelombang pertama sejak pertengahan abad ke 19 sampai 1930-an, meliputi Raja Ali Haji, para pengarang Rusydiah Klab antara lain Raja Ali Kelana, Abu Muhammad Adnan, Raja Hitam Khalid dan Raja Aisyah Sulaiman berlanjut dengan Tuan Guru Abdurrahman Siddik sampai Soeman Hs.

Gelombang kedua sejak tahun 1950-an sampai tahun 1970-an meliputi para pengarang antara lain: Yong Dolah, Idrus Tintin, Tenas Effendy, Hasan Junus, Ediruslan Pe Amanriza, BM Syamsudin, Sudarno Mahyudin, Ibrahim Sattah, Sutardji Calzoum Bachri, Wunulde Syafinal dan Rida K Liamsi. Sedangkan gelombang ketiga bisa dikesan sejak tahun 1980-an sampai tahun 2000-an sekarang, di antaranya Taufik Ikram Jamil, Dasri, Eddy Ahmad RM, Kazzaini Ks, Husnu Abadi, Fakhrunnas MA Jabbar, Samson Rambah Pasir, Mosthamir Talib, Abdul Kadir Ibrahim, Abel Tasman, Tien Marni, Musa Ismail, Marhalim Zaini, M. Badri, Hary B Kori’un dan banyak lagi.

Dikatakan UU, ciri-ciri pengarang gelombang pertama adalah: pengarang memakai Bahasa Melayu dan tulisan Arab-Melayu, pengarang menulis berbagai jenis tulisan (tidak hanya sastra), pengarang yang baik dari kalangan ulama, karangan sastra meliputi hikayat, syair, pantun, gurindam dan cerpen dan didukung oleh Kutub Khanah Marhum Ahmadi (perpustakaan) Mathaba’atul Risuwiyah dan Al Ahmadiah Press (percetakan, penerbit) Majalah Al Imam dan Peringatan serta ruang muzakarah (perbincangan) Masjid Pulau Penyengat untuk kajian Islam.

Sedangkan ciri pengarang gelombang kedua: memakai Bahasa Indonesia dan tulisan Latin, pengarang relatif hanya mengarang bidang sastra, pengarang dari kalangan terpelajar (relatif tak ada kalangan ulama), karangan bidang sastra meliputi novel, cerpen dan puisi ditambah sedikit kritik sastra dan didukung oleh Badan Pembina Kesenian Daerah (BPKD) Riau, Penerbit Bumi Pustaka dan Harian Haluan terbitan Padang.

Pengarang gelombang ketiga memiliki ciri: memakai Bahasa Indonesia ditambah dengan dialek Melayu tempatan, pengarang relatif berkarya dalam bidang sastra saja ditambah sedikit ilmu sosial, pengarang dari kalangan terpe-lajar/mahasiswa dan relatif hampir tak ada ulama, karangan bidang sastra meliputi cerpen dan puisi cukup banyak sedangkan novel hanya sedikit dan mulai muncul ulasan (kritik) sastra dan didukung oleh Surat Kabar Riau Pos serta media lainnya di Riau, Majalah Sagang dan Yayasan Sagang yang memberi penghargaan tiap tahun, Dewan Kesenian Riau serta beberapa penerbitan seperti Unri Press dan UIR Press.

Medan Magnet Spiritual

UU menilai, membaca karangan para pengarang Melayu abad ke 19 yang cemerlang lagi piawai ini, kita dapat memperoleh berbagai keterangan, data, gagasan, serta ide maupun pemikiran untuk menulis. Tapi tidak hanya itu. Karangan mereka ternyata memberikan pesan-pesan kebenaran, sehingga makin jauh dibaca, kita akan makin ditarik oleh medan magnet spiritual.

‘’Syair Perahu Hamzah Fansuri yang salah satunya berbunyi, ‘’ibarat perahu, tamsil tubuhmu” terbukti tak pernah luntur oleh zaman. Bahkan Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji masih relevan dipakai untuk mengkritik tabiat penguasa zaman sekarang, contohnya yang gemar berhutang. Padahal, di masa dahulu, tidak ada raja-raja Melayu yang membuat hutang,” ujar pria penulis tidak kurang dari dari 50 judul buku ini.

Kondisi ini, lanjut UU, berbeda dengan karya-karya sastra/tulisan-tulisan kebudayaan yang hanya sebagai mode, cuma memikat sesaat. Pengarang gelombang pertama adalah kejayaan pemakaian gurindam, syair, pantun, hikayat, sekaligus masa kejayaan penggunaan tulisan Arab Melayu. Ketika Bahasa Indonesia mulai masuk, perlahan-lahan terjadi penurunan kualitas karena ungkapan-ungkapan terbaik tetap ada dalam Bahasa Melayu. Bahasa Indonesia mengakibatkan pengarang kehilangan nuansa-nuansa yang halus. Dan pada gelombang kedua sastra Melayu, tidak muncul lagi ulama yang menjadi penulis. Akibatnya, mulailah medan magnet spiritual meredup.

‘’Mengapa? Karena yang semula sastra mengambil nafas dari Islam yang menjadi kekuatan ruh dan diperkuat dengan ulama yang menjadi penulis sudah tak ada lagi. Jadinya, karya-karya yang lahir lebih bersifat mendunia, walaupun belum dapat dikatakan mengarah pada sekulerisme. Sementara di zaman dulu, Raja Ali Haji tidak hanya menulis Gurindam Dua Belas, tapi juga sejarah, hukum nikah, tata bahasa, kamus, dan lain sebagainya,” ungkap UU.

Pada gelombang ketiga, demikian UU, dipakailah dialek Melayu tempatan untuk memberi warna lokal Melayu. Tetapi tetap belum mampu mengembalikan kekuatan medan magnet spiritual itu. Penulisan novel juga semakin sedikit padahal ia termasuk sekelas hikayat. Karena itu, ketika ditampilkan karya pengarang abad ke 19 dan pengarang yang piawai yang mengandung medan magnet spiritual itu, medan pembaca yang punya sentuhan keruhanian justru tersentak. Karena rupanya sastra Melayu zaman silam bisa memberi pencerahan pada akal budi. Sementara, sastra Melayu yang hadir sekarang didominasi oleh suasana hiburan, paling-paling hanya ditambah sedikit protes sosial.

‘’Jika tradisi cendekiawan Melayu yang mengarang dengan muatan medan magnet spiritual ini terpelihara, insya Allah dunia Melayu akan mampu menghadapi cabaran budaya dunia yang egois, hedonis, sekuler, materialistik, bahkan munafik. Berpijak pada budaya materialistik munafik hanya bagaikan berdiri di atas lumpur. Semakin banyak bergerak, semakin jauh terpuruk ke dalam lembah kehinaan. Sementara budaya Melayu dengan medan magnet spiritual bagaikan meluncur di atas lumpur dengan papan tonkahan,” tutur UU.

Mitos Kontra Mitos

Menurut UU, dalam gambaran perkembangan karya sastra, cerita jenaka mempunyai perkembangan yang menarik. Setelah cerita jenaka Melayu yang lama seperti Pak Belalang dan Pak Pandir jauh surut, muncul kumpulan cerita jenaka Soeman Hs dalam tahun 1930-an, Kawan Bergelut. Tidak lama kemudian 1950-an sampai 1960-an muncul cerita jenaka Yong Dolah di Bengkalis dalam bentuk lisan, yang enak didengar di kedai kopi. Sementara itu pertunjukan randai di Rantau Kuantan (Kuantan Singingi) menyegarkan pertunjukannya dengan menampilkan joget (tarian) serta cerita yang mengandung unsur humor tentang kehidupan puak Melayu di perkampungannya. Selepas itu grup lawak budak Melayu Fakhri dan Udin dengan nama Smekot (semeter kotor) membuat cerita jenaka Melayu makin berkibar. Tidak lama kemudian cerita jenaka Melayu mendapat penyegaran dengan munculnya rangkaian cerita Wak Atan, sebagai trademark cerita jenaka Mosthamir Thalib.

‘’Salah satu hal yang paling menarik adalah dihadirkannya mitos kontra mitos dalam banyak cerita jenaka. Tapi bagai-manapun juga, dalam kontra mitos tetap ada ”kilat-kilat” medan magnet spiritual. Meski ”petir”-nya tetap ada dalam medan manget spiritual yang ditarah sangat bagus oleh para pengarang abad ke-19 dan pengarang Melayu yang piawai. Jadi pencerahan akal budi masih ada terpantik dalam cerita jenaka,” urainya.

UU mencontohkan, dalam cerita Pak Belalang misalnya, kita dapat menemukan tokoh Pak Belalang yang hanya orang biasa, lemah tak berdaya. Dalam kontra mitos ia dihadapkan dengan Raja sebagai pihak yang kuat yang bisa berhadapan dengan apapun. Maka ketika Raja meminta Pak Belalang menerka apa isi dalam genggaman tangannya, itu sebenarnya tak lain hanyalah sekadar tipu muslihat. Sebab sebenarnya, apapun juga jawaban Pak Belalang, ia tetap akan dibunuh.

Dalam cerita Selimut Bertuah karya Soeman Hs dalam bukunya Kawan Bergelut, mitos kontra mitos ini pun dapat ditemui. Untuk memikat hati istrinya yang seorang janda, sang suami pun membelikan selimut untuk anak tirinya (mitos). Si istri pun merasa sangat bahagia karena ia merasa sang suami telah sayang benar pada anak tirinya tersebut. Dalam kontra mitosnya, Soeman Hs mengarang bahwa ternyata selimut yang dibelikan itu sudah cacat karena ada lubang bekas api rokok. Mitos kontra mitos ini pun dengan rancaknya dibalikkan kembali. Dengan selimut yang berlubang itulah suatu hari kemudian, si anak memergoki ayah tirinya mengambil makanan di siang hari sewaktu bulan puasa.

Dalam cerita jenaka Yong Dolah, mitos kontra mitos pun ditemui. Dalam salah satu ceritanya, Yong pergi berlayar ke Vancouver. Ketika tengah melaut, ia melihat sebuah kotak. Setelah diperintah nakhoda untuk mengambilnya, kotak itu ternyata berisi banyak sepatu, tapi hanya untuk kaki kiri semuanya. Karena dianggap tak berguna (mitos), nakhoda pun menyuruh Yong untuk membuang saja kotak itu. Ternyata keesokan harinya, Yong menemukan kembali sebuah kotak di laut. Dan setelah dibuka, isinya ternyata juga puluhan sepatu, tapi hanya untuk kaki kanan semuanya (kontra mitos).

‘’Namun, pencerahan akal budi dan nikmat keruhanian itu baru dapat ditangguk jika pembaca/pendengarnya mampu merenungkan kembali makna yang terkandung di balik cerita jenaka itu. Jika tidak, maka cerita jenaka tak lebih dari sekadar hiburan semata,” kata UU.