Khamis, 21 Oktober 2010

DI SEBALIK PERHIMPUNAN


Model 'Festival Busana Muslim' yang mempersenda nama Nabi Muhammad SAW.
i
"Najib repeating my advice, says Dr M" ini tajuk utama Malaysiakini 21-Okt 2010 jam 4:20 pm. dan dalam akhbar elektronik yang sama juga ada tajuk "Festival busana: PAS berhimpun bantah Rosmah". Di dada Berita Harian pula muncul tajuk "Puteri UMNO bukan objek sex" dan macam-macam lagi tajuk berita yang saya tidak terfikirkan muncul pada saat perhimpunan sebuah parti terbesar Malaysia.

Sepanjang perjalanan ke Shah Alam saya mendengar ucapan Presiden UMNO dengan gagasan muluk yang diselang-selikan dengan petikan ayat al-Quran dan hadis serta gurindam Pak Tenas. Mendangarnya dengan rengus yang tidak berakhir hingga enjin kereta berhenti membuatkan hati kecil saya tertanya. Ke mana hendak di bawanya Melayu (UMNO) oleh manusia ini? Jika kita terpaksa bertoleransi dengan bangsa-bangsa lain; bukankah itu yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat? Pendirian saya jelas, UMNO ialah untuk Melayu. Sementara gagasan perjuangan PKR, PAS , DAP dan lain-lain itu ialah perjuangan kepada sebuah negara bangsa, iaitu perpaduan kaum. Apa yang sudah berlaku, UMNO dah ikut PR ke? Saya tidak mahu berfikir lama kerana inilah politik. Apa-apa sahaja boleh berubah sekelip mata. Seperti yang pernah saya tuliskan di dalam cerpen saya berjudul "Sang Silap Mata, Seekor Badut dan Si Tunggal."

ii
Isterinya pun sama juga, melancarkan Festival Busana Muslim tetapi pakaian modelnya jelas jahiliah dan mempersenda Islam pula. Entahlah.. saya sendiri tidak arif dan faham apa agenda di sebalik sebuah perhimpunan parti terbesar di Malaysia ini.

iii
Hari ini saya sempat bersemuka dan berbincang dengan seorang tokoh bekas Ketua Pengarang Berita Harian. Dia masih seorang idealis bahasa dan Melayu yang 'totok' tetapi terbuka akan kepimpinan baharu yang muncul dengan pandangan dan gagasan semasa. Pengalaman bersama-sama hampir 3 jam itu sedikit-sebanyak memahamkan saya strategi akhbar/ media dalam menentukan jatuh bangunnya seseorang manusia.

Oh, saya perlu berhati-hati selepas ini.

6 ulasan:

Pujangga Seni berkata...

Bernas tulisan ini....

KakCik berkata...

Silap Tuan SO. Bila saya baca artikel2 hal ini, sy tahu ada yg tak betul, maka sy selidik...

Cuba tuan ke :- satulimatiga.blogspot.com. Jelas penerangannya. Siap ada bukti..

Tak mungkin Dato Shah Reza yg dah diketahui bgmn orgnya sanggup mereka fesyen seperti yg Tuan tunjukkan dlm blog tuan ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Mungkin sdr perlu lebih berhati-hati. Berita yang dirangkai dari mulut ke mulut (dalam konteks ini, blog ke blog), belum tentu benar apa yang ada pada sumber asalnya.

lihat saja

http://theunspinners.blogspot.com/2010/10/terdedah-malu-iff-hanya-fitnah-rekaan

sekadar mengingatkan.
wassalam.

Sham al-Johori berkata...

salam
Terima kasih kakcik dan pembaca buku.
Saya akan lebih berhati-hati.

sahrunizam abdul talib berkata...

Salam Tuan,

Alamat blog saya sekarang: http//szirdina.blogspot.com. terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Re:Festival Busana Muslim (FBM)' yang mempersenda nama Nabi Muhammad SAW.

Salam,
Pertama kali ini bukan berunsur politik. Cuma nak respon bahawa isu utama bukanlah penggunaan nama muhammad saw, isu utama yg menjadi bantahan ialah berkaitan menjaga nama ISlam itu sendiri dan maruah orang Islam itu sendiri, bagaimana seorang pemimpin negera "ISLAM" tidak mengetahui bahawa konsep utama pemakaian dalam ISlam itu sendiri adalah menutup aurat. Ini terang2 menunjukan kejahilan dalam agama itu sendiri dan lebih teruk lagi dgn bangga mempromosikan sebagai cara Islam (petikan siaran CNN). Tahukah dia, bahawa firman Allah taala

:يا أيها النبي قل لأزواجك
وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من حلابيهن ذلك أدنى أن يعرفن فلا يؤذن - سورة الأحزاب : 59

Ertinya: Dan janganlah perempuan-perempuan itu menzahirkan perhiasan yang menutup aurat mereka melainkan daripada yang zahir iaitu muka dan dua tapak tangan dan hendaklah mereka menutup kepala leher dan dada.


budak sekolah tadika pun tahu aurat tu belah mana (basic knowladge). Jelas terang-terang jahil. Dan dalam Islam sendiri tiada Istilah fesyen,kerana menundukkan pandangan itu diwajibkan kpd muslimin. "Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki(mukmin)agar mereka menundukkan sebahagian dr pdangan mata (terhadap wanita), dan memelihara kemaluan mereka (menutupnya) Yang demikian itu lebih suci bg mereka, sesungguhnya Allah s.w.t amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan....." petikan surah An-nur: 30-31.

Memang yang hadir itu non-muslin, tetapi mereka yg menjayakan acara itu turut dikira bersubahat (jika Muslin)...Taubatlah, tak kira siapa yg memerintah
Ubadah bin As shamit meriwayatkan "Rasulullah s.a.w memanggil kami dan kami berbai'ahlah kpdnya untuk menurut da mematuhi pemerintahan. Sama ada kami suka atau tidak suka, sama ada sukar @ mudah untuk kami turuti @sehingga kami mengorbankan apa sahaja untuknya, kami juga berbai'ah utk tidak menentangnya pemerintahan KECUALI jika pemerintahan itu melakukan kekufuran secara terang-terangan dan kamu pula mempunyai bukti yg terang drpd Allah tentangnya." (Bukhari-Muslim)
jadi yang penting ada asas agama yg cukup (bukan setakat tahu solat sahaja . kalau ikut hadis ini, kita yg pilih pemimpin dan pemimpin tu yg buat kekufuran dan kita tidak mengubahnya (perbuatan, lisan dan hati (paling lemah)), maka satu umat ISlam yg diperintahnya berdosa......


from:bob(PBMP)