29 Oktober - 1 November 2010
Saya, En. Saleeh Rahamad (Presiden PENA), S.M Zakir (SU Agung PENA), M. Lutfi Ishak dan M. Ariff Mohamad bertolak ke Bangkok. Misi kami hanya untuk mengeratkan hubungan kesusasteraan antara dua negara, iaitu Malaysia dengan Thailand. Melalui kerjasama yang erat daripada The Writers' Association of Thailand (TWAT) maka buku berjudul "TRUTH GLOBALIZE" berjaya dilancarkan di Book Expo of Thailand 2010 dengan meriahnya.
Buku ini merupakan antologi cerpen dan puisi pilihan PENA-TWAT yang ditulis dengan tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Siam dan Bahasa Inggeris. Karya-karya Malaysia yang terpilih pula terdiri daripada karya ahli PENA.
ii
MALAM BACA PUISI PENA
Tarikh: 5 NOVEMBER 2010
Masa: 8.30 mlalam - 11.00 malam
Tempat: Rumah PENA, Jalan Dewan Bahasa. Kuala Lumpur.
Bersempena sambutan meraikan sdr. SM Zakir atas anugerah Penulis Muda MASRETA 2010; datanglah beramai-ramai. Anda dijemput membaca karya SM Zakir atau apa-apa catatan tentang diri S.M Zakir.
Selamat bersantai puisi.
1 ulasan:
Assalamualaikum Sdr Sham,
Terima kasih atas ingatan dan juga harapan yang sama-sama kita kongsi, khusunya melalui PENA.Hanya perlu diingat bahawa perjuangan menegakkan warisan bahasa, persuratan, dan budaya Melayu untuk menjadi asas jati diri dan etos Malaysia semakin rumit dan sukar oleh desakan politik nasional yang semakin dipaksa berkongsi dengan aspirasi rakyat multi-budaya yang mempunyai kekuatan ekonomi & intelektual yang lebih canggih.PENA misti berfikir dengan lebih fundamental dan berskala jauh, dan tak boleh tenggelam dalam kejayaan yang semasa dan sementara. Namun saya percaya di tangan sdr2 yg lebih terdidik ada jawapan2 berisi sedang dikonspsikan secara serius.
InsyaAllah ada kesempatan kita akan berbincang lebih telus.
Catat Ulasan