Khamis, 11 November 2010

SALAM LUKISAN

(Sedang memindahkan gambar ini ke dalam bentuk catan dan menunggu sentuhan warna)

HAMPIR seminggu tidak mencatat apa-apa di dalam rumah "Tanah Nurani ini". Dikejar tugas dan tesis membuatkan banyak masa saya tertumpah di situ.

ii.
Semalam, selepas tamat Seminar Pemikiran Sasterawan Muhammad Haji Salleh di DBP, saya dan beberapa orang rakan sempat berkunjung ke rumah beliau di Kajang. Makan-makan dan kemudiannya bersembang, saya sempat mencuri pandang beberapa lukisan yang tergantung di dinding rumah. Tidak jauh bezanya dengan rumah Dato' Baha; ada 2 buah lukisan Latiff Mohiddin, 2 daripada Porin, dan 1 Zakaria Ali (5 semuanya). Cemburu dan iri hati mula mengalir di dalam diri; tetapi saya sejukkan dengan beristifar panjang kerana semua itu bersifat duniawi sahaja. Ingatan saya sebenarnya jauh mengenangkan janji saya yang sanggup memberikan lukisan daripada tangan saya sendiri. Tetapi, saya sudah tinggalkan dunia lukisan ini hampir 7 tahun lamanya. Mampukah saya melentur berus dan memalit warna di atas kanvas lagi? Atau, mampukah saya mengadun warna seperti yang pernah saya lakukan suatu waktu dahulu? Ini semua amanah/ janji yang mesti saya tekuni.

Kepada rakan saya itu, insya-Allah, berikan sedikit waktu kerana janji tetap janji. Idea dah ada, kanvas dah beli, oil colour dah beli, linsik dah beli, berus dah beli; cuma waktu saja yang belum mengizinkan. Doakan saya mampu menumpahkan sentuhan warna yang dulu. Ada juga angan-angan ingin menghasilkan siri lukisan "Rasa Insaniah" yang sekurang-kurangnya nanti boleh dijadikan buah tangan kepada rakan-rakan akrab saya. Tapi entahlah....

Mudah-mudahan Allah restui hasrat murni ini.

Amin.

3 ulasan:

Awanama berkata...

Tesis dah siap?

Sham al-Johori berkata...

BELUMMMMMMMM! Tapi kian hampir menuju penamat. Sambil berlari minum air. Sambil bertesis ingin mencari...

aminhad berkata...

Salam Sheikh,
pegi Brunei lagi byk gambar boleh tangkap. Gambar tu rasa2 macam pernah tengok tempat tu. Kat Kundasang kan? He he.
Semua dah beli, lukislah!

Aminggat