Khamis, 11 November 2010

SEMINAR SASTERAWAN NEGARA MUHAMMAD HAJI SALLEH


TANGGAL 9-10 NOVEMBER 2010 saya menghadiri seminar ini. Berbekal ilmu yang sejengkal dan ingin mengukur lautan yang dalam saya mengharunginya dengan debaran. Berhadapan dengan tokoh-tokoh besar dengan idea yang dangkal sesekali membawa saya jauh ke negeri salik. Saya laluinya dengan segugus harap yang tinggi.

Sayang juga, dalam majlis yang gah itu, saya tidak menemui wajah Baha Zain, Hashim Awang, A. Samad Said atau nama-nama besar lain dalam sastera Melayu. Di manakah mereka? Betul juga kata Dr. Harun Mat Piah atau Dr. Hashim Ismail bahawa keseimbangan antara orang muda dengan tua akan dapat meletakkan duduknya Muhammad Haji Salleh ini dalam posisi yang lebih menarik. Tak mengapalah...sekurang-kurangnya akar akan dapat juga menjadi tali.

Saya tidak berniat untuk mengulas panjang tetapi cukuplah dengan lontaran ingatan bahawa saya masih merindui suara-suara para adiguru sastera Malaysia.

Salam.

6 ulasan:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Salam Tuan Shams,
Bertemu dengan Pak Baha, seawal majlis pada perasmian, pada hari pertama. Tidak pula berselisih dengan tuan kecuali hari kedua. :-)

Mawar berkata...

Sham
saya juga ternampak bayang BZ pada hari pertama...

Sham al-Johori berkata...

Salam Azman dan Mawar,
Terima kasih atas ingatan. Maksud saya alangkah manisnya juga kalau Dato' Baha atau Pak Samad berupaya menceritakan sesuatu tentang MHS.

Oh, kebetulan saya terlepas majlis perasmian dan ucaputamanya kerana tugas di kantor.

Salam rindu.

Tanpa Nama berkata...

tanya sama Affandi hassan!

dr Ariff Budiman berkata...

saya lihat nama tuan Shamsuddin disebut Mohd. Affandi Hassan dalam blognya. Komennya tentang MRI menarik. Apa pendapat tuan?

Sham al-Johori berkata...

Dr Ariff Budiman,
Syukur kerana masih ada yang sudi memberi input kepada MRI. Sesiapa sekali pun boleh memberi input/ kritikan terhadap MRI kerana MRI hanya satu gagasan pemula dan belum menemui titik pengakhiran. Allah juga yang menentukan riwayat hidupnya MRI. Amin.