16-17 MEI 2011: SAYA, Rahimidin Zahari, Ridzuan Harun dan Ariff Mohammad menyusup antara gelap malam dan hujan yang berderai menuju ke Pulau Pinang. Hajat dan impian kami satu sahaja, iaitu 'menziarah Azizi' yang terlantar hampir 2 minggu di hospital.
Perjalanan tidak akan bernama kembara jika tiada cerita. Kembara hati dengan kembara mata adalah dua hal yang berbeza. Kembara kami adalah kembara hati dan perasaan . Dan dengan perasaan itulah maka saya tidak menggantuk memandu kereta sepanjang perjalanan. Cerita, dan kisah masa lalu berjungkir balik menemani kami. Hanya Ridzuan Harun sahaja yang sesekali beriya dan lebih banyak memilih kesenyapan (tapi tidak memilih tidur). Dia adalah seorang pendengar yang baik.
2.45 pagi kami melelapkan mata seketika di rumah tumpangan pilihan Ariff (bekas orang Pulau Pinang yang terhukum di dalam kerinduan dan nostalgia cinta). Rahimidin Zahari sesekali menjadi petunjuk jalan apabila Ariff sesat dalam kenangan.
Selepas sarapan, kami ke Chowrasta, mencari buku-buku lanka dan membawa jeruk pulang. Sekitar jam 2.20 petang kami sudah berada di wad 116, CICU.
Sebak hati saya hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Mulut, hati dan akal saya menenangkan jiwa yang seperti tidak percaya bahawa insan yang terlantar dengan kelengkapan perubatan itu adalah Tukya (Azizi Hj Abdullah). Di wajahnya sedikit sembab dengan kelopak mata sedikit terbenam ke dalam. Hanya doa dan kehibaan yang terlontar ikhlas daripada hati nurani saya. Mudah-mudahan Tukya akan kembali menceriakan hidup kami. Saya teringatkan ketawa dan sindirannya ketika kami melepak di bucu (warung mamak berhampiran DBP). Dan, saya teringatkan cerpennya "Tubuh Tanpa Aura" (Dewan Sastera, Februari 2011) yang salah satu wataknya ialah saya. Apabila saya bertanya kepadanya, "kenapa saya boleh terlibat dalam cerpan itu?" Dia menjawab, "aku punya pasallah." Dia kemudian ketawa. Begitulah akrabnya Pak Azizi, seorang novelis dan cerpenis yang paling layak untuk merangkul gelaran Sasterawan Negara.
Sekitar jam 3 petang, kami sampai di rumah SN Muhammad Haji Salleh. Dia menyambut kami dengan penuh ceria. Ketibaan kami ditemankan dengan pisang goreng, karipap dan kacang. Teh o merancakkan perbualan kami. Pertanyaan Ariff, cerita Rahimidn dan keluhan saya dijawab dengan jujur, bersahaja dan ikhlas. Ridzuan hanya menjadi pencatat sambil meneguk teh o dan menjamah pisang gorang. Tetapi kami faham bahawa di dalam hati SN Muhammad Hj Salleh ada sebuku kekesalan terhadap nasib sastera dan bahasa Melayu. Beliau kini sedang mengusahakan biografi dirinya yang dikatakan melebihi 1000 halaman itu. Kami mendengar kisahnya dengan berulamkan ketawa.
Kami pulang setelah Ariff dan Ridzuan kempunan nasi kandaq. Kami pulang tanpa sempat menjengah SN Shahnon Ahmad dan Amirul Fakir. Kami pulang dengan impian untuk menjejaki mereka semula.
Hujan dan gelap malam menemankan kepulangan kami ke pangkuan isteri dan anak-anak tersayang.
ii
Aku, Azizi dan Arena Wati
Arena Wati telah meninggalkan kami
dan kini Azizi terlantar
antara ujian dan fitrah Ya Rahman
sedang aku
masih berkira-kira tentang duniawi
yang tidak menjanjikan akhirat.
Aku tidak setanding kalian
yang mampu membelah gelombang laut
juga meneroka rimba belantara
dengan akal kata.
Aku hanya
sehelai rumput
antara segar dan layu
terasing di kebun percakapan.
Arena Wati yang telah pergi
dan Azizi yang sedang berjuang
iringlah namaku
ke persada duniamu.
Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori.

5 ulasan:
ya, nanti kita menyusup lagi.
tak dapat makan nasi kandar tu kerana ketulahan menegtepikan aku.
Syeikh, catatan perjalanan yang syahdu.
Pak Presiden, maaf banyak-banyak. Macam mana boleh tak terfikir nak ajak. Salah aji sham ni hehe
Saya amat mengagumi kalian semua dalam dunia sastera,namun perjalanan yang kita sangka amat jauh sebenarnya dekat,hanya kita tahu siapa kita,catatan anda menyentuh kalbu,semoga Allah sentiasa bersama kita.
Daripada:Muslimah Taslim,peserta penulisan kreatif,HotelBrisdel
Salam,
memang aku sudah buntu untuk kembali mengisi ruang sperti ini tapi Hari Bapa ini tergerak kembali.
Semoga Sdr Azizi (yang mengatakan sajak Islamiku "kuat") akan diberikan ketabahan dan kekuatan untuk sakit. Itulah petanda Dia mengasihi kita supaya kita mengingati-Nya.
Papan tanda ini tidak kelihatan tetapi ada. Kita manusia
seperti sengaja tak melihatnya atau juling nyedar rasa,
agaknya.
MALAIKAT MAUT membelek-belek wajah manusia di muka bumi ini
70 kali dalam sehari.
Ketika kami datang merenung wajah seseorang, didapati ada yang
gelak ketawa.
Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat
orang ini, sedangkan aku diminta oleh ALLAH untuk
MENCABUT nyawanya tetapi dia masih berseronok
dan bergelak ketawa?"
Salman al-Farisi meriwayatkan,
bahawa Nabi SAW berpesan:
"Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir
mati itu. Pertama: Berpeluh pada pelipisnya. Kedua: Berlinang
air matanya. Ketiga: Lubang hidungnya kembang-kempis.
Manakala jika ia mengeruh seperti tersedak. Air mukanya
nampak gelap dan keruh, menandakan gejala azab daripada Rabb
sedang menimpa dirinya."
Kucatat kembali ini kata-kata pada papan tanda AWAS itu.
Percayalah, papan tanda ini tidak kelihatan tetapi ada.
Seperti angin yang kita percaya tetapi tidak kelihatan wujudnya.
AMINHAD,
Putrajaya.
SELAMAT HARI BAPA 2011
Catat Ulasan