Isnin, 9 Mei 2011

USAH BERCAKAP SOAL PERPADUAN



PeR-padu-an

Perpaduan apakah namanya
kalau saling bersengketa
tentang
Al-Quran dan hadis
ideologi dan fahaman
prinsip dan etos
ciri dan sifat
falsafah dan konsep
akal dan gerak hati
atau
nafsu dan syahwat

Perpaduan apakah namanya
jika masih keliru
antara
dendam dan baik hati
fitnah dan seloka
perjuangan dan pengorbanan
maruah dan harga diri

Usahlah bercakap soal perpaduan
kalau jahil
masih beraja di hati


shamsudin othman
madrasah sham al-Johori

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apapun kita kena bersatu demi anak cucu kita; demi agama, bangsa dan negara.

KakCik

Abu Idris berkata...

Ar Rayah World News
http://www.arrayah.info/
Berita Terkini Kebangkitan Negara Islam Global - Khilafah Islamiyah