Ahad, 1 Julai 2007

AKAN BERULANGKAH SEJARAH ITU?

Gambar: Salji di kota Amsterdam, Belanda.
i
Aku baharu sahaja dikunjungi oleh Fard Razy bersama-sama isterinya. Dia merupakan anak murid aku yang paling berjaya dalam makna hubungan guru-murid meski bakal bergelar doktor dengan ijazah dari Dublin tetapi dia tidak lupa asal-usul dan kemandirian. Hari ini hubungan kami lebih kepada sahabat sasterawan. Dia balik bercuti tiga bulan dan sekarang khabarnya sedang menyiapkan karya untuk diantologikan.
Semoga kau menjadi anak muridku yang paling berjaya dan dapat menggantikan aku sekirannya Tuhan menjemput aku lebih awal.
ii.
Seperti yang dijanjikan, maka wakil dari KPM itu pun datang ke sekolah aku. Maka bertemulah aku dengannya dalam keadaan yang baik bertemankan pengetua, penolong kanan dan seorang lagi pegawai KPM. Aku disoal dengan beberapa pertanyaan tentang blog 'TANAH NURANI" ini. Aku perturunkan antara dialog yang masih terngiang-ngian di telinga.

KPM: Kami hanya menjalankan tugas. Ikut arahan dan prosedur biasa. Kita janganlah
mengkritik kerajaan sebab itu majikan kita.
AKU: Saya tak kritik kerajaan tetapi saya kritik orang yang mentadbir kerajaan. Dia itu memikul amanah dan harapan rakyat.
KPM: Samalah tu.
AKU: Kalau sama maknanya selama ini, tak adalah bezanya antara firaun dengan Mesir atau Hitler dengan Jerman.

Dia tak berkata apa-apa. Sambil bersalaman dia sempat berbisik ke telinga saya, katanya "sayapun banyak yang tak bersetuju dengan juak-juak ini, tetapi..."
Saya menguntum senyum sambil merenung tajam wajahnya. Dia membalas senyum tetapi dari riak wajahnya dapat aku meneka jiwanya yang meracau.
Akan berulangkah sejarah itu dalam hidupku? Selepas ini aku akan memulakan tugas di tempat baharu yang lebih terbuka dan mencabar.
iii.
Hari ini Ahad-1 Julai 2007; aku menghabiskan masa dengan membaca beberapa ruangan tetap akhbar. Aku baca tulisan Johan Jaaffar bertajuk "Melayu Memang Mudah Lupa' Berita Minggu); aku baca tulisan Mazlan Nordin bertajuk 'Kisah-kisah Cinta dalam Mitos Yunani' (Mingguan Malaysia); dan aku baca tulisan Rustam Sani bertajuk 'Apakah Cacatnya Perjuangan Bahasa Malaysia' (Siasah); aku baca juga tulisan Mahfuz Omar bertajuk "Melayu Perlukan Pemimpin Yang Jujur' (Harakah).
Aduh!, membaca tulisan mereka itu, aku menjadi keliru dan cuba berfikir untuk mencari jawapan siapakah yang betul. Paling menariknya apabila membandingkan tulisan Johan dengan Mahfuz. Mereka beranalogi dan berteori, mereka berkisah dan berkias serta mereka juga mencari yang tersirat dalam tersurat. Begitupun aku melihat, mereka semua adalah orang politik yang bandai berjanji kecuali tulisan Mazlan Nordin tentang cinta yang bermula sejak kisah Nabi Adam dengan Hawa, kisah Jesus dengan Cleopatra (permaisuri Mesir) hingga Julies Caeser seterusnya ke sejarah cinta Sultan Melaka dengan Raden Mas Ayu dan terbaharu kisah cinta Pak Lah. Cerita Mazlan kali ini menarik dan jujur kerana apa yang dapat aku simpulkan daripada tulisan Mazlan ialah;

Saya tidak menanam nanas,
Tanam kepaya di dalam padi;
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.

iv.
Aku mula merasai detik-detik diri di daerah daif setelah berjaya menamatkan pembacaan buku 'The Venture of Islam: Conscience and History in a Would Civilization-The Gunpower Empires and Modern Time Volume III' karya G.S. Hodgson. Membaca buku ini dan melihat pemikiran juak-juak Umno menjadikan aku tertanya-tanya; adakah mereka tidak pernah membaca buku ini? Kalau tak tahu bahasa Inggeris yang mereka agung-agungkan itu, DBP pernah terjemahkan buku ini ke dalam bahasa Melayu. Bacalah dengan budi dan fikir yang luruh. Buku ini adalah gambaran dan sejarah Islam dalam tamadun dunia. Masalahnya juak-juak ini hanya pandai berpidato tapi isinya entah apa-apa. Lebih teruk daripada tin kosong atau botol arak kosong. KESIAN JUAK-JUAK macam ini.
v.
Aku teringatkan kekasih lama yang khabarnya kini telah menemui cinta yang hilang dan mula bahagia. Tahniah dan aku doakan kau akan bahagia macam cinta Rahimidin atau cinta SM Zakir. Esok adalah hari aku akan memulakan tugas di tempat baharu. Doakan aku menemui diriku sendiri di dunia dunia baharu itu.

Selasa, 26 Jun 2007

INIKAH KEHIDUPAN KITA?



i


Aku memang tidak terperanjat dan aku pun telah menduga sejak dahulu lagi. Malah aku telah bersedia dengan beberapa kemungkinan. Cuma masa dan waktunya sahaja yang tidak kutetahui bila hal ini akan menimpa diriku. Ceritanya mudah; apabila blog aku dilayari oleh juak-juak kerajaan maka pada suatu pagi aku dihubungi oleh seorang yang mengaku dirinya dari KPM. Seperti biasa, aku akan mengiyakan apa-apa pertanyaan dan menjawab sejujurnya. Aku tuliskan kembali dialog aku dengannya;





KPM: saudara sedar apa yang saudara tulis dalam blog saudara?
Aku: Ya, insyallah saya sedar apa yang saya perjuangkan.
KPM: Kenapa?
Aku: Saya takut menjadi munafik yang tak akan bau harum syurga.





Bunyi telefon dihempas jelas kedengaran. Aku mengukir senyum sambil membilang sisa-sisa hari aku bergelar guru KPM. Lalu apa yang bermain di benak aku ialah INIKAH KEHIDUPAN KITA? Rupa-rupanya ada orang yang lebih sanggup menjadi juak daripada menjadi manusia yang punya maruah dan tak sanggup diperkotak-katikkan.



ii

Aku sedang mencari rakan-rakan yang sanggup menjadi sahabat Tok Janggut, Mat Kilau, Panglima Saleeh, Ibrahim Yaakob, Zaaba ataupun Tun Razak. Kepada sesiapa yang sanggup berjuang marilah kita sama-sama selamatkan nasib bangsa dan bahasa Melayu yang kian diperlekeh oleh pemimpin bangsanya sendiri.

SALAHKAH AKU ATAU INIKAH KEHIDUPAN KITA?









Ahad, 24 Jun 2007

Apabila Seorang Kawan Berkokok dan Menjadi Gila


i.
Maaf kerana lama tidak bersua dan berbicara. Sebenarnya dalam masa 2 minggu ni rutin harian aku sedikit berubah. Aku terpaksa memenuhi beberapa permintaan KPM sebelum meninggalkan tugas yang diamanahkan kepadaku selama ini. Beban tugas yang perlu dibereskan dalam masa singkat benar-benar mengundang penat, lelah dan keracuan fikiran. Banyak tugas yang belum selesai rupa-rupannya. Begitupun amanah dan tanggungjawab itu perlu aku laksanakan sebaik mungkin. Jadual perjalanan ke Jakarta-Bandung-Kl-JB-Singapura-Pontian-Pulau Karimun-KL menjadikan aku benar-benar letih. Begitupun aku bersyukur kerana Allah masih memberikan rahmat dan hidayahnya kepadaku. Di Pontian-Pulau Karimun aku ditemani oleh Aminhad, Dr. Ghazali Lateh dan Lutfi. Di JB aku ditemani Amiruddin Ali, Mohd Shaidan dan Rusdi. semuannya teman-teman penulis yang bakal mewarnai dunia sastera tanah air.
Yang penting, pengalaman di Pulau Karimun benar-benar mengharukan. Secara peribadi, aku ingin nasihatkan rakan-rakan supaya janganlah ke Pulau Karimun. BAHAYA DAN 'GERSANG' GILA.

ii
Hari ini, 24 Jun 2007; ruangan sajak dalam Minggunan Malaysia menyiarkan sajak bertajuk PE(R)JUANG(AN) BAHASA II. Sama ada kalian perasaan atau tidak, itulah nada kebongkakan/ kesombongan/ keangkuhan seorang manusia yang bangga apabila impian dan perjuangannya untuk menukar istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia berjaya. Dia lupa rupa-rupanya kerana selepas ini orang UMNO akan menuntut dia menukar nama yang tertera dalam kad pengenalannya kepada nama-nama Malaysia spt Mat Najeeb bin Razik, atau Zainudeann Takmaidin, kemudian diikuti nama anak-anak, isteri dan seluruh keturunan dia akan mengguna pakai nama Malaysia seperti Melor, Bunga Raya, Anggerik, Khinzir (maaf tak sengaja- sebab itu nama Malaysia; nama Melayunya ialah babi), Badang dll.

Kadang-kadang apabila merenung jauh pemikiran juak-juak UMNO ni, aku mula rasa letih menjadi manusia.

Betullah kata seorang sahabat yang bernama Khalif Muammar bahawa pemimpin yang menghuni negara Malaysia ini fikirannya lebih sempit daripada botol kerana boleh berkokok pada bila-bila masa sahaja kemudian mengakui yang kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu tidak sengaja atau di luar kesedaran sebab 'gila'.

iii
Begitulah mudahnya juak-juak yang menerajui negara kita. Selepas ini mereka (bukan bumiputra) akan menuntut supaya isilah 'Raja-raja Melayu' ditukar kepada 'RAJA-RAJA MALAYSIA' supaya mereka juga boleh menjadi agong atau Raja Malaysia yang berdaulat.

iv.
Membaca sajak Arbak Othman "BAHTERA GERHANA"; hati aku menjadi sayu dan syahdu. Siapakah yang mendengar rintihan dan nasihat itu? Adakah Agong mendengar atau membacanya? Atau Pak Lah yang sedang seronok berbulan madu di Bosnia? Atau Najib yang bahlol dan bangang itu? Atau orang kuat DBP)? Atau orang kuat GAPENA? Atau para ulamak? Atau para pensyarah? Atau para guru? Atau penghulu kampung? Atau pelajar universiti dan sekolah yang hidungnya telah dicucuk? Atau siapa?
Aku dah lama menjadi manusia yang kering air mata. Kesedihan dan kelukaan tak terbebat oleh pujuk dan rayu simpati.

Maka betul jugalah kata sahabatku yang bernama Malik b. Badri; dosa pemimpin yang berbohong kepada bahasa dan bangsa tidak sama dengan dosa berbohong kepada sesama manusia. Berdosa kepada sesama manusia akan masuk neraka jahanam tetapi berdosa kepada bahasa dan bangsa nak dimasukkan di mana? Bahasa dan bangsa ialah kata nama am yang merujuk kepada bukan manusia dan tidak berperasaan. Oleh itu, para pemimpin kita telah mengambil kesempatan. Itulah pemikiran juak UMNO yang singkat disebabkan pandai berkokok dan mudah memberi alasan 'gila' demi sebuah perkataan yang bernama 'PERPADUAN'.

Berserah kepada Allah pun ada batasnya; sebab Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa kecuali bangsa itu sedar dan mengubahnya sendiri.
Apa yang berlaku dalam hal ini ialah para juak UMNO mengubah nasib bangsanya menujuk kehancuran. Maka selepas ini kita semua, khususnya bangsa Melayu akan hancur macam cerita Hamas dan Fatah di Palestin.

*p/s: para pemimpin kita telah dibeli dengan harga yang cukup murah. belajarlah daripada makna rasa bersalah dan sensitiviti maruah bahasa dan bangsa sebelum menyesal di akhirat kelak atau setelah merasai panasnya api neraka.

Selasa, 12 Jun 2007

APA YANG KAU DAN AKU CARI ?


i
Ketika di Jakarta, banyak SMS yang masuk ke telefonku. Isinya benar-benar menyakitkan hati. Rakan-rakan bertanya, apakah tindakan aku selanjutnya? Sebenarnya aku sendiri keliru apabila bangsa kita sanggup menjual dan mengadai nama bangsanya sendiri. Aku keliru dan kian menjadi kian hilang kepercayaan kepada UMNO. Isunya mudah iaitu, Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia. Aku tak faham sungguh pemikiran para juak yang diberi kepercayaan oleh rakyat. Kenapa fikiran mereka cetek dan bangang sekali?
Tanpa banyak berfikir, aku nak cabar orang yang bersetuju dengan gagasan Malaysia-Malaysia itu, cadangkan juga kepada MIC dan MCA untuk berani menukar nama peribadi mereka kepada nama yang bercirikan malaysian seperti yang dilakukan oleh Indonesia. Misalnya nama Samy Velu ditukar kepada Mohd.Najib atau nama Ong Ka Ting kepada Abdullah Sani atau apa-apa nama yang bercirikan malaysia. Itu baharulah yang dikatakan pengorbanan MUTLAK. Bukannya hanya bangsa Melayu sahaja yang perlu bertolak-ansur tetapi bangsa-bangsa lain yang dilahirkan di tanah Melayu ini juga perlu berkorban. Jangan berani dan pandai menunding jari dan berdegar-degar tapi bacul dan masih mengekalkan sentimen bangsa.
ii
Tentang hal bahasa Melayu dan bahasa Malaysia ini telah aku tuliskan dalam sajak yang tersiar di Pelita Bahasa (Januari 2000). Tajuk sajak itu ialah 'Percakapan kepada Bahasa Melayuku'. Intipati sajak itu ialah akan berlaku pertelagahan untuk memilih bahasa rasmi negara sama ada bahasa Melayu, bahasa Malaysia atau bahasa Kebangsaan. Hari ini, 7 tahun kemudian daripada sajak itu; semuanya menjadi kenyataan.
iii
Nah, sekarang apa kau cari sebenarnya duhai orang UMNO? Kalau kau tanya aku, apa yang aku cari; jawapannya mudah iaitu AKU MENCARI MELAYU YANG KENAL JERIH AIR MATA MOYANG POYANG YANG MEMERDEKAKAN TANAH MELAYU.
Kalau mencari nama dan perjuangan tolol, silakan. Meski itu tidak termaktub dalam dosa-dosa besar tetapi menjadi pembohong kepada Perlembagaan 152 apa maknanya? Bukankah itu gelaran yang setanding dengan PELACUR juga pekerjaan tertua di dunia. Adakah kerana 'perpaduan itu' kita sanggup mengadai maruah bangsa dan bangsa?
iv
Aku sedang berfikir dan bertanya, siapakah yang mencipta sajak Pak Lah yang berbunyi aku mencari al Ghazali dan as Syafiee. Adakah dengan mudah mengadai maruah bangsa dan bahasa itu pemikiran al-Ghazali atau as syafiee? Kalau begitu, jelaslah bahawa sajak itu bukan ciptaan Pak Lah tetapi siapakah penyajak sebenar di sebalik nama itu?
v.
Wahai juak-juak UMNO,
di bawah payungmu aku tidak kedinginan
tetapi panas dan berbahang sengsara
setelah derita moyang poyang tak terbalas
kini kau bakar jiwa anak cucu
yang tak kenal makna merdeka.
Kau yang hebat di mata media
sebenarnya jahat di hati rakyat.
vii.
Aku sering melihat ke dalam diri sendiri. Beruntungnya aku tidak dijadikan ahli politik meski itu yang aku angan-angankan ketika bergelar mahasiswa. Allahamdulillah, rupa-rupanya ada rahmat di sebalik nama dan gelaran seniman yang Allah berikan kepadaku. Terima kasih, Allah. Insyallah aku akan membalas anugerah ini dengan seluruh iman dan taqwa.
viii.
Kepada rakan-rakan yang membaca kisah ini; kembalilah ke pangkal jalan. Jangan jadi manusia yang rugi seperti yang Allah ceritakan dalam al-Quran. Jalan taubat masih terbentang luas.
KEMBALILAH....
ix
Rakan-rakan seperjuangan seperti Marsli, Sahrunizam, Lutfi, Faisal, Rahimidin, SM Zakir dll yang berkisah dan resah tentang nasib bahasa Melayu; marilah kita sama-sama berdoa sambil merencanakan parti baharu dalam pilihanraya akan datang demi masa depan kita.

Selasa, 5 Jun 2007

Salam dari Jakarta

2 Jun 2007
Aku bertolak ke Jakarta bersama-sama rombongan KPM. Kali ini aku menjadi ketua deligasi kerana bersama-sama aku ada 38 mahasiswa dan 12 pegawai KPM.

3 Jun 2007
Aku ke Bandung. bershooping gila. Bersama-sama cikgu Rijaluddin aku menyusup ke Jalan Riau mencari makan yang sukar. Tapi kedai-kedai jualan busana muslim dan moden begitu mengasyikkan.
Petangnya aku sempat lari dari teman-teman untuk ke Pesta Buku Jakarta di Istora, Sendayan. Tak banyak buku dan mengecewakan. Pestanya kecil malah MPH di Malaysia lagi besar dan banyak buku.

4 Jun 2007
Seharian di SMA PB Soedirman Jakarta. Banyak aktiviti yang dilalui khususnya menandai MOU dengan sekolah untuk Program Sekolah Kembar Malaysia-Indonesia. Sekolah ini, sekolah Islam swasta pertama di Indonesia yang menjalankan aktiviti pesanteran moden.
Malam aku makan di rumah kedutaan besar Malaysia. Dr. Junaidi, terima kasih banyak-banyak.
Malam lebih kurang jam 3 pagi, aku terbangun. fikiran jauh teringatkan kekasih yang berada di tanah semenanjung.

5 Jun 2007
Hari ini, aku akan bergegas ke Universiti Indonesia (UI). Di UI, aku akan menerima anugerah Penyair SBP.