Isnin, 7 April 2008

PERJUANGAN Alif, Ba' dan Ta' yang dinafikan

AKU baru selesai membaca terjemahan "Menjadi Kekasih Allah' tulisan Syaikh Abdul Qadir al-Jailani juga naskah best seller (2007) di Indonesia. Membaca buku ini aku seperti sedang mengharungi samudera hidayah sambil menatap kemilau cahaya hikmah-Nya. Banyak yang aku fikirkan dan aku cuba kaitkan dengan kepimpinan politik sebuah parti gergasi di negara bernama Tanah Melayu.
Perkiraannya amat mudah sekali; kepimpinan akan hancur sekirannya pemimpin itu menolak atau menafikan hak perjuangan Alif, Ba' dan Ta'. Apakah dia Alif, Ba' dan Ta' itu?
Alif ialah AGAMA
Ba' ialah BANGSA, BAHASA dan BUDAYA
Ta' ialah TANAH AIR.
Sejauh mana kita setia, taat, berani, ikhlas, tawaduk dan istiqamah dalam perjuangan bermakna kita akan menjadi satu bangsa yang penuh bertamadun dalam kebitaraan.
Nah, kerana kepimpinan parti gergasi negara kita yang ttidak pernah mengarifi konsep Alif. Ba' dan Ta' inilaha makanya hari demi hari entri/diksi/perkataan/istilah MELAYU itu dibunuh dan tidak berpusara satu demi satu. Antaranya
1. Tanah Melayu ditukar menjadi Malaya kemudian Malaysia.
2. Sekolah Melayu menjadi Sekolah Kebangsaan (sedangkan SJK (Cina) dan SRJ (Tamil) masih hidup dan akan disuburkan)
3. Bahasa Melayu menjadi Bahasa Malaysia
4. Kesusasteraan Melayu menjadi Kesusasteraan Malaysia
5. Umno (Sepatutnya mengekalkan Melayu bukan Malay)
dan lain-lain yang tak tergamak aku luahkan dalam catatan ringkas ini.
Entri MELAYU ini seWAJIBnya DIJADIKAN ENTRI PALING KUAT DAN GAGAH. Entri ini perlu dipertahankan kerana apabila kita pertahankan kekuatan istilah ini bermakna apa yang kita pertahankan adalah sebuah bangsa yang bijaksana, bertamadun dan hebat.
Memperlekeh istilah Melayu bermakna kita menghina nasib bangsa sendiri. Memperlekeh Melayu bermakna juga kita merelakan hukum metamatik ini berlaku;
MELAYU = me+ layu (layu dalam Kamus Dewan; hlm 903 merujuk kepada maksud kering dan kecut; tidak berseri dan tidak segar lagi, lisut: Rujuk juga maksud jawa iaitu melayu bermaksud juga melarikan diri.)
Nah, apakah bangsa Melayu yang hebat suatu waktu dahulu merupakan bangsa yang 'kecut' atau tidak berseri lagi atau juga akan terus melarikan diri?
Inilah perkiraan yang perlu diambil perhatian bukan menjadi pemimpin yang mencaturkan bidalan yang muluk-muluk kemudian menjadi gunting dalam lipatan.
Aku perlu segera menyiapkan kerja-kerja yang masih terbengkalai....

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oooooh....melayu tu dalam bahasa jawa maksudnya melarikan diri?

Memang ada jawa yg tgh 'melarikan diri' lps angin kus2 berhembus di selangor bulan lepas!Hehehe!

Tanpa Nama berkata...

Jika di amerika warganya sering mendakwa, "im italian american", "african american" Spanish American" dll yang awalnya memberitahu bangsa mereka dan diakhiri dengan negara mereka. Bab ini jarang disebut oleh mereka mereka yang memperjuangkan bangsa malaysia. Kenapa tak disebut Melayu Malaysia, India Malaysia Cina Malaysia. Jawa Malaysia.

UMNO dah lama buang HIDUP MELAYU. Semua yang berkaitan dengan Melayu dah mereka buang. Yang ada pun Keretapi Tanah Melayu dan Melayu Baru(a). Sial apa entah yang ditakutkan dan memomokkan diri mereka.

tk

Melayu america

Unknown berkata...

alif ba ta

Fauzi berkata...

Saya mencari rujukan alif ba ta itu dalam buku syekh qadir jailani. Boleh bantu saya beritahu halaman mana? Baris mana?

Tanpa Nama berkata...

kini tertubuhnya parti yg memperjuangkan konsep alif ba ta....iaitu parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)