Syukur, atas rahmat dan limpah kurniaan-Nya, maka hari ini kita masih mampu menghirup udara dan kesegaran alam. Inilah nikmat Allah yang paling indah kerana apabila kita mencelikkan mata pagi ini, kita masih berpijak di bumi nyata. Bagaimana jika sebaliknya? Bangun dan terjaga - tiba-tiba dunia kita serba lain dengan tubuh dibaluti pakaian tanpa berjahit dan serba gelap dalam kamar yang maha sempit. Ya Allah, bagaimana perlu aku membalas nikmat hidup ini?
i
Pagi tadi ketika memandu untuk ke tempat kerja, telefon bimbit saya bergetar. Nombor tanpa nama (maknanya bukan rakan) kusambut dengan kalimah salam. Dia bertanya tentang blog saya dan kemudiannya tentang pertanyaan ini, "kau tak terfikir ke, mungkin PPSMI ini juga perlu melibatkan BPR. Aku rasa macam ada yang tak kena dengan KPM sekarang ini? Cuba kau tulis dalam blog kau. Aku tak pandai macam kau."
Dia menamatkan perbualan sambil meninggalkan teka-teki kepada diri saya. Pertama siapakah gerangan lelaki itu? Kedua, dari mana dia mendapat nombor telefon saya? Ketiga, kenapa saya?
Sesampai di pejabat, saya terfikir, "betul juga kata lelaki itu?" Tebak saya bermain-main dalam fikiran hingga sata terlupa untuk menjamah setitis air dan makanan pagi.
Bercakap tentang BPR, hati dan perasaan saya mula goyah. Banyak sebab kenapa saya berperasaan begitu. Antaranya, BPR ialah badan yang berkecuali dalam menentukan penyiasatan. Mereka boleh melakukan apa-apa sahaja sekiranya punya cukup bukti untuk bertindak. Tetapi tindakan itu mesti dilakukan setelah menerima laporan tuduhan. Nah, ini bermakna kerja BPR bukan kerja calang-calang anak.
Berbalik kepada persoalan PPSMI ini, siapakah yang akan membuat laporan itu dan laporan tuduhan itu atas kes apa? Pecah amanah? Penyelewengan? Politik Wang? Makan suap? Atau apa?
Saya terfikir juga, mungkin atas sebab-sebab berikut, kita boleh bawa perkara PPSMI ini ke mahkamah dan meminta BPR melakukan siasatannya. Perkara yang boleh disabitkan itu ialah;
1. KPM pecah amanah terhadah Akta Perlembagaan Perkara 152 dan 153
2. KPM menyelewengkan Penyata Razak
3. KPM melaksanakan PPSMI tanpa dibahaskan dalam Dewan Rakyat mahupun Dewan
Parlimen
4. Agenda Penghinaan terhadap Bahasa Melayu
5. Wujud unsur-unsur 'Politik Wang' dalam PPSMI
6. Atau macam-macam lagi bentuk tuduhan yang boleh kita sama-sama minta kerjasama BPR
untuk menyelesaikan masalah ini.
Saya berfikir, mungkin persoalan-persoalan inilah yang bermain-main dalam fikiran lelaki yang menelefon saya pagi tadi.
Oleh itu, kepada mana-mana pihak, khususnya peguam yang membaca tulisan ini, inilah perjuangan saudara untuk mengembalikan maruah bangsa dan bahasa kita. Saya tidak punya kepakaran dalam bidang perundangan makanya saya memerlukan rakan-rakan yang hebat dalam bidang ini untuk turun padang membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan kita hari ini.
Kepada rakan-rakan peguam, saya merayu kepada kepintaran anda untuk sama-sama berjuang. Dalam masa yang sama, saya berharap juga agar BPR pandang-pandang dan jengah-jengahlah kes PPSMI ini sama. Saya tidak/ bukan menuduh atau menabur fitnah tetapi saya bimbang akan nasib Bahasa Melayu di tangan kepimpinan UMNO yang sekarang ini dengar khabarnya sedang berhadapan dengan 400 tuduhan penyelewengan, pecah amanah, rasuah, politik wang dan macam-macam lagi. Itu yang saya dengar dan baca. Yang tidak saya dengar dan lihat atau diketahui, bagaimana pula?
Ya Rabb, selamatkan Bahasa Melayu dan bangsanya yang kini seakan tidak bersatu menentang kemungkaran-MU. Amin.

5 ulasan:
Tuan dosen, Ada ke peguam Melayu yg berani menongkah arus? Malang, sbb saya hanya seorg jurutera. Tapi, saya akan "forward"kan blog ini kpd kwn2 peguam, kot2 ada yg "have balls". Saya cabar peguam2 yg baca supaya ambil tindakan segera, kalau kamu ada kelelakian. Saya dah terlalu muak dgn penghinaan ke atas bangsa dan bahasa kita, walaupun saya sendiri dpt ijazah di negara berbahasa Inggeris..
Salam,
Biarpun hati saya memberontak, tapi lidah kelu untuk berkata.
Kita mentimun, depa durian, menggolek luka, digolek parah.
Bak kata orang, bercakap memandang-mandang, silap jiwa melayang.
Rasa termengkelan di hati, seperti memekik di tengah padang luas, sebagai ayam diasak malam.
Biar, biar naik ke mata, seperti di atas titian.
Itulah nasib bahasaku kini, Bahasa Melayu yang mungkin menjadi Bahasa Latin dan bahasa Sanskrit jika keadaan berterusan begini.
salam...nak berbahasa mmg aku tak reti...mintak maaf guru_cikgu...saya tau guru_cikgu cuma nak bergurindam ...tetapi ...kenapa mempersoalkan mentimun...? takutkan luka jiwa melayang...atau takut dibuang ditransfer kerja? soalan nih bukan tuk guru_cikgu...tapi tuk semua...tuk aku jugak....jgn di"nasibkan" bangsa mahupun bahasa...atas usaha yang tak kita buat...walaupun saya lebih selesa menyebut Islam...tak bermakna saya pengkhianat Melayu...kita yang menentukan siapa pemimpin kita...doa senjata kita...mari kita semua berdoa...agar kalau sebelum ini kekuatan kita hanya di hati...hanya di bibir...lepas ini kita lebih kuat untuk menggunakan apa yang ada di akal; terjemah di tangan...
Alhamdulillah...sudah ada badan yang berani...mari kita sama sama berdoa dan membantu sebanyak mana yang boleh dalam perkara ini...(gapena)
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18416&Itemid=1
Salam untuk semua terutama untuk bobby,
Saya tak bergurindam, tak berseloka atau bermadah, itulah kata hati orang yang kecewa kerana bahasanya terus diasak di bumi sendiri.
Apakah kita sanggup menjadi bangsa Moori, walau diakui sebagai penduduk pribumi tapi bahasanya tak bernilai lagi?
Tepuk dada, tanya selera, hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah,bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Itulah Bahasa Melayu, yang pernah menjadi lingua-franca di alam Nusantara.
Catat Ulasan