Pagi-pagi menatap Berita Harian dengan tajuk utama '7 Pilihan PPSMI' benar-benar mencabar kesabaran saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertugas sebagai pendidik Bahasa Melayu. Ada beberapa kekeliruan yang saya fikir kerajaan khususnya KPM masih cuba berselindung. Kenyataan yang dihebahkan kepada rakyat itu saya kita seakan telah dimanipulasi.
Saya mulakan dengan pertanyaan, "kenapa 7 pilihan?". Keduanya, "siapakah yang akan mengundi untuk menentukan pilihan itu?" Ketiga, "kenapa tiada pilihan kelapan iaitu, memansuhkan PPSMI?"
Kenyataan KPM itu adalah gagasan yang bersifat 'duri dalam daging' dan 'gunting dalam lipatan' terhadap perjuangan bangsa dan orang Melayu dalam memartabkan bahasa Melayu. Secara tidak langsung, KPM telah menjadi pembunuh kepada sebuah tamadun bangsa yang tidak perlu dipertikaikan lagi kehebatannya suatu waktu dahulu.
Akhirnya, terus terang saya katakan bahawa impian Wawasan 2020 yang digagaskan oleh Tun Mahathir itu akan berkubur juga akhirnya kerana kemajuan yang kita kecapi pada waktu itu tidak didokong oleh bahasa Melayu. Apa yang akan berlaku pada ketika itu ialah bahasa Inggeris dilihat berjaya mendominasi pemikiran orang Melayu. Bayangkan, bagaimana dan apa rupa bentuk yang berlaku sekirannya kemajuan yang dinikmati itu tidak diiringi dengan dengan kehebatan bahasa bangsa (Melayu) itu sendiri? Tentunya, kita akan berhadapan dengan satu bangsa baharu yang wajah Melayu tetapi jiwa dan rohnya menebal dengan etos barat waima yahudi yang sekular dan liberalisme.
Kita sedang berhadapan dengan pemimpin yang buta budaya dan buta ilmu. Malah, mereka juga 'bahlol' dalam melihat masa depan bangsa Melayu yang kian samar.
KACA DI DINDING KEPALSUAN
menatap wajahmu
di kaca dinding kepalsuan
bertukar menjadi jembalang
bertaring anjing bertelinga babi
kaca yang kau beri
pecah juga akhirnya
berderai di tanah mimpi
serpihan kaca yang berselerakan
menusuk kakiku
darahnya membuak
tak tertahankan.
Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori.

2 ulasan:
paksi kepimpinan keliru keliru
Ada 7 pilihan supaya pemimpin kita boleh "flip-flop". Kepimpinan flip-flop. Buat malu je,tiada pendirian. PPSMI yg terang2an menyalahi undang2, tak boleh dihentikan serta-merta. Apa nak jadi dgn Tanah Melayu ni..sedih!
Catat Ulasan