Rabu, 25 Mac 2009

GERAK DI MANAKAH DIKAU?




GERAK adalah akronim kepada Gerakan Anti-Korupsi, atau dalam bahasa ibunda kita disebut gerakan menentang rasuah. Gerak ditubuhkan oleh sdr Ezam dan kemudiannya diserahkan kepada anak didiknya iaitu Mohd Nazree. Komitment persatuan ini tidak boleh dinafikan hebatnya kerana dikatakan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan SPRM (suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Oleh sebab keintiman dan keakraban itu, makanya setiap gerak-geri ahli-ahli politik negara tidak kira kerajaan mahupun pembangkang dapat diduga lakonan mereka.

Kerana hebatnya Gerak makan Khalid Ibrahim (MB Selangor diseret ke mahkamah), malah ramai lagi yang bakal diadili ke mahkamah keadilan. Itulah gambaran kehebatan Gerak.

Persoalannya di manakah Gerak saat Ali Rustam, Khairi, atau yang lain-lain dalam umno yang telah disahkan sabit dalam kesalahan rasuah itu? Ke mana menghilangnya Gerak? Adakah Gerak telah dibatalkan pendaftarannya oleh ROS (Pejabat Pertubuhan Pendaftar)? Adakah Gerak telah kehilangan taring atau Gerak telah diadili dalam mahkamahnya sendiri?

Saya bertanya kepada diri saya sendiri; adilkah gerakan persatuan ini yang bertindak memilih bulu dan sekufu? Saya tidak marah jika pertubuhan ini berlaku adil kepada semua pihak.

Nah, di manakah Gerak ketika umno sedang rancak melobi pemimpin dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini? Jika Khalid Ibrahim dijatuhkan hukuman rasuah kerana memberikan lembu korban untuk 46 buah masjid; bagaimana dengan pemimpin umno yang mengadakan jamuan makan malam bagi meraikan ahli-ahlinya dengan nilai hampir jutaan itu?

Fuhh, kaya dan banyaknya duit umno dalam usaha meraikan ahlinya. Berapakah agaknya duit umno hari ini dalam usianya 54 tahun dengan ahli yang mencecah 10 juta orang itu? Bayangkan jika RM10 X 10 000 000. Makanya jawapan itu ialah RM100 000 000 dan dikali pula dengan 54 (tahun). Ya Allah, kayanya umno.

Soalnya siapa yang kaya raya hari ini? Penyokong umno tegar macam ayah dan ibu saya di kampung masih hidup dalam keadaan yang sederhana; tetapi rumah wakil rakyat tempat saya yang memerintah atas tiket umno, masya-Allah; rumahnya seperti mahligai, keretanya mewah dan besar hingga boleh masuk kambing sekandang, halaman rumahnya luas macam sebuah taman inderaloka. Kami, orang kampung takut melintas atau berkunjung ke rumahnya kerana takut dituduh pencuri atau peminta sedekah.

Pernah pada suatu hari, saya cuba menghubungi rakan yang punya kenalan baik dalam Gerak untuk melawat dan berkunjung ke rumah wakil rakyat kampung saya itu. Dan jawapan yang telah saya duga sejak dari dulu, kini dan selama-lamanya ialah, "mereka kebal dan tiada kes. Buang masa sahaja melayan kerenah kau tu."

Saya tidak tersinggung mendengar jawapan kenalan saya itu kerana saya tahu bahawa sistem mahkamah di Malaysia ini unik dan isitimewa. Di Malaysia ini sebenarnya ada lima jenis mahkamah, iaitu;

i. mahkamah umno
ii. mahkamah syariah
iii. mahkamah sivil
iv. mahkamah adat istiadat
v. ISA

Tentunya daripada hairiki itu, mahkamah umnolah yang paling istimewa kerana mahkamah ini tiada di negara maju, negara dunia pertama, negara dunia kedua mahupun di negara dunia ketiga yang lain.

Oleh itu, mudah-mudahan Gerak dapat kembali kepada prinsip penubuhannya.

4 ulasan:

D'Rimba berkata...

Sudah tiba masanya mulai saat ini pejuang bahasa sekalian menjadi PENGGERAK kebangkitan BAHASA dan BANGSA MELAYU dalam erti kata yang SEBENAR

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,

GERAK sudah lain peranannya sejak ANAK EMAS seorang tu berubah total. Ketika tahun 1998 - 2000 kerap juga ikuti ceramah ANAK EMAS itu... hebat! tetapi kini setelah beliau berubah, ramai yang mencelanya (selayaknya).

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Jelas dgn keputusan Pemuda UMNO semalam, GERAK tak bergerak langsung. Hanya tidur lena diulit mimpi indah. Kelak akan bertukar menjadi mimpi ngeri.

D'Rimba berkata...

Ayuh pejuang bahasa sekalian atur langkah berkesan. Kebanyakan barisan baru parti menyokong PPSMI. Anak bangsa menghampiri karam lautan