Rabu, 18 Mac 2009
KELIRU DAN MENGELIRUKAN
i
Hampir lima hari saya tidak boleh daftar masuk/ 'sign ini' ke blog Tanah Nurani ini. Maaf kerana saya sendiri tidak pasti kenapa dan saya yang sememangnya kurang arif tentang teknologi komputer ini hanya mampu berserah sahaja kepada takdir.
ii.
Beberapa hari itu juga ada sebak dan rusuh yang tidak mampu saya luahkan. Dan rusuh itu seakan api di dalam sekam. Membara tetapi tidak kelihatan.
Hari ini ada cerita baharu yang benar-benar mengelirukan saya. Ceritanya ialah tentang kuasa di balik kuasa hingga menghalalkan matlamat. Bayangkan, apakah yang sedang melanda parti umno sekarang ini? Yang pasti ialah rasuah dan ketidakjujuran. Yang menjadi mangsa telah dihebahkan. Yang ingin diselamatkan telah disembunyikan. Yang ingin dicantas telah dimusnahkan. Inilah kekeliruan demi kekeliruan yang sedang melanda parti ini menjelang perhimpunan agung hujung minggu ini.
Saya tidak tidak faham, kenapa dengan kesalahan yang sama tetapi hukumannya berbeza-beza. Satu lagi ialah, kenapa kes rasuah umno tidak boleh melibatkan SPRM? Apakah imuniti umno menandingi imuniti raja, tun dan agama?
Entahlah... keliru, keliru dan keliru.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
i
SPRM jelas hilang kuku bila kena dengan pimpinan Ameno. Malah ada badan yang lebih besar lagi autoritinya terhadap rasuah daripada SPRM.
ii
Inilah kesan PPSMI terhadap BM. Akibatnya orang Melayu tidak faham bahasanya sendiri. Malah mereka mereka/mengubah istilah sesuka hati.
Contoh: Politik wang dianggap berbeza sama sekali dengan rasuah.
kami rakyat saya percaya tidak mengharap setakat itu saja tuntutan keadilannya malah lebih dari itu buat permulaannya. kami mahukan dasar pendidikan negara dikembalikan sepenuhnya seluruh tadika hingga ipt2 bukan ipts sahaja seluruh negara laksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tanpa berlengah mahupun alasan pelbagai rupa. Tiada alasan pada masa sama juga setiap pusat pendidikan negara tubuhkan PUSAT PENTERJEMAHAN ILMU bagi menterjemahkan seluruh ilmu dalam bahasa Melyu itu sendiri dan memastikan nilai2 Islam dan Melayu itu sendiri diterapkan setiap ilmu yang diterjemahkan. Saya harap jika benar cadangan ini bermanfaat saya amat berharap pihak berkaitan dapat mengemukakan ke pihak yang sewajarnya untuk kami anak bangsa bermaruah dan lebih rela maju dengan acuan tersendiri berteraskan Islam sejati bukan barat sana sini seperti sekarang ini.
Catat Ulasan