Sekadar mencari perbezaan dan persamaan antara 1Malaysia/ Malaysian Malaysian/ PAS untuk Semua; cuba kita fikirkan bersama-sama sambil berteka-teki siapa ikut siapa?
Ini semua adalah gagasan muluk yang merdu di telinga dan indah di mata. Bagaimana dengan penerimaan keikhlasan di lubuk hati? Bolehkah dalam masyarakat pelbagai kaum itu mereka mengorbankan prinsip bangsa dan bahasa ibunda semata-mata untuk merealisasikan konsep 'kesatuan' itu?
Tentunya dalam perkiraan yang ditelan pahit dibuang sayang itu, banyak prinsip terpaksa dikorbankan. Bagi orang Melayu bagaimana dengan prinsip 'Ketuanan Melayu'? Bagi orang Cina, bagaimana dengan prinsip 'Yang dan Ying'; dan bagi orang Tamil pula, bagaimana dengan prinsip 'kasta'nya?
UMNO dan DAP telah mengemukakan cadangan yang memihak kepada bangsa dan ras. Manakala PAS hanya dengan gagagsan ISLAM adalah pengikat kepada perpaduan dan kesatuan itu dengan alasan bahawa di syurga nanti tiada orang Melayu-Cina-Tamil mahupun orang putih. Yang ada di akhirat nanti ialah manusia yang beriman dan bertakwa kepada Allah dan manusia yang berkiblatkan berhala (baca selain yang mengEsakan Allah SWT).
Saya hanya inginkan kita merenung akan kata-kata SN Shahnon Ahmad yang disiarkan di dalam sebuah terbitan tabliot popular tanah air. Katanya,
Buat apa dipinda perlembagaan jikalau hati masih bergelumang dengan aktiviti korup, daya kerja masih lemah, fikiran masih tumpul dan dangkal, perasaan masih asyik gelisah dan keluh kesah.
Buat apa dipinda perlembagaan jikalau penyakit sebegini masih banyak daki dan karatnya?
Siasah:Bilangan 0145, 23-29 Rabiul Awal 1430 (19-25 April 2009)
Tanpa menyentuh mana-mana pihak dan parti, saya sekadar merasai akan nasib yang seperti ditipu oleh permainan slogan yang merdu di telinga dan indah di mata. Sesekali saya perlu merenung ke dalam diri sendiri sambil meluangkan sedikit masa untuk berfikir akan keikhlasan dan kejujuran slogan-slogan muluk ini.
Sebagai rakyat yang bertuankan UMNO dan mempunyai sedikit kebebasan bersuara tentunya saya punya hak untuk membuat banding beza sambil berteka-teki akan slogan-slogan muluk ini.
1 ulasan:
NAK PERCAYAKE....HAHAHAHA.........LEBIH BAIKLA SOKONG YANG BETUL JELAS PERJUANGKAN ISLAM..........TENGOK KES MODEL TU APA CERITA, KERAJAAN PERAK APA CERITA....MAKIN BERLELUASA "KEADILA" YANG DICANANG BERGENDANG-GENDANG......TAK TUNG TAK TUNG CAK PONG CAK PONG....
Catat Ulasan