Isnin, 11 Mei 2009

SYUKUR KERANA KITA MASIH DITEMUKAN LAGI


SYUKUR ALLAHAMDULILLAH KERANA KITA MASIH DITEMUKAN LAGI!

Beginilah sebuah perjuangan yang terpaksa ditelan, diredah dan dinikmati meski pahit. Hampir dua minggu saya hanya menjadi pembaca blog sendiri tanpa boleh menyumbangkan idea mahupun buah fikiran yang mungkin dangkal di dalam sebuah onokum kuasa ketidaktelusan pemikiran. Berada di bawah bumbung akademia yang sentiasa melihat kewajaran dan ketidakwajaran tanpa ketirisan iman dan amal; siasah dan fikrah benar-benar menguji kesabaran. Saya sentiasa melihat hal-hal ini sebagai rencah untuk sebuah masakan yang kemudiannya akan menjadi hidangan suatu hari nanti.

Sepanjang dua minggu tidak dapat mencoretkan sesuatu sebagaimana rutin sebelum ini tidak bermakna saya langsung hanyut di dalam sungai patah hati. Saya masih menulis dan membaca; saya masih dapat menghirup udara segar kurniaan Illahi meski sedikit batuk-batuk kecil menyusul datang dan pergi.

Ketemu lagi kita dengan saya menyelitkan gambar bersama-sama pengarang hebat nusantara iaitu Habirurrahman, Faisal Tehrani dan Dr. Abu Hassan Hasbullah ketika wacana novel Islam di Pesta Buku KL yang lalu.

2 ulasan:

Pencinta Pantai Bersih berkata...

Tuan dosen,
Jangan selalu merajuk, nanti nampak lebih tua dari usia sebenar... Apa2pun, selamat kembali ke alam blog ini. Saya selalu menanti entri baru dari tuan.
Salam hormat.

edolah berkata...

Sham al-Johori,
Itulah ujian kepada seseorang yang mahu berjuang. mendepani dan melaluinya dengan kebitaraan menjadikan kita lebih matang dan dewasa. tahniah kerana melalui madrasah dan blog begini, tuan juga telah berjuang sebenarnya.
dan ingatlah...perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata!