Jumaat, 3 April 2009

TERIMA KASIH PAK LAH DAN SELAMAT DATANG SAF BARU KERAJAAN MALAYSIA




TERIMA KASIH PAK LAH DAN SELAMAT DATANG SAF BARU KERAJAAN MALAYSIA

Hari ini Jumaat: 3 April 2009. Sejarah Malaysia mencatatkan kisah baru. Seorang pergi secara terhormat dan penggantinya mengambil tampuk kuasa juga secara terhormat. Pak Lah meninggalkan kita sebagai sejarah masa lalu dengan legasi yang baik. Najib datang membuka lembaran masa depan dengan agenda yang terlalu awal untuk ditebak.

Apa-apapun, tahniah untuk mereka berdua.

Kita tutup cerita Pak Lah sebab selepas ini dia akan menuju negeri sunyi berbulan madu. Ada lebih baik kita berfikir tentang PM Malaysia ke 6 yang bakal menakhodai kapal yang sedang dilanda ribut (baca bukan taufan) tetapi sedang teroleng-oleng kencang di lautan hidup.

Sementara kita menanti perubahan drastik yang bakal dilakukannya, ada baiknya saya ingin mencadangkan kepada Najib beberapa perkara yang mungkin remeh pada perkiraan politiknya tetapi tidak remeh di mata rakyat. Permintaan saya ialah;

1. Kembalikan istilah Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu.
2. Hapus atau hentikan PPSMI.
3. Menjadi imam sebanyak mungkin di mana-mana masjid/ surau yang dikunjungi.

Yang lain-lain itu, saya kira Najib lebih faham dan maklmum.

Selamat bergelar Menteri Perdana Dato' Najib dan terima kasih Pak Lah.

6 ulasan:

D'Rimba berkata...

Setuju apa yang cikgu cadangkan di sini. Kalau ini dia tak segerakan perlaksanaannya harap rakyat fikir-fikirkanlah.....Kalau asyik diulik acuan barat segala rakyat hentikanlah...........

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,

1. Minggu lepas dalam satu sidang besar dia berkata 'kita kena berubah... jika tidak kita akan rebah'.

2. Semalam dia berkata '...insaf dan tawaduk...' dalam menjalankan tugas baharu ini.

Maka, sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangang selanjutnya.

Hasmora berkata...

Salam Tuan Haji,

Saya harap tak kena perli dah lepas ni lepas 'saya' turun takhta.. sebelum ni duk asik - pak lah, ko bila nak turun? -di UM saya lebih dikenali dgn nama pak lah..huu nasiblah..

Tahniahlah kat PM baru kita. (meski ada rasa malu yang menebal dapat PM cam nih)

Semalam, PM baru terjemah 'tawaduk' dalam bahasa inggeris, takut rakyat tak faham, maklumlah rakyat dia sekarang lebih pandai bahasa inggeris dari Bahasa Malaysia.. Bahasa Melayu jauh sekali..tak ada dalam kamus hidup dah kot..

Sekadar pandangan Tuan Haji..

Salam Hormat.

saleeh rahamad berkata...

tapi kalau jadiimam nanti berenti tengah jalan, tak ingat nak baca surah apa, susah juga. baiklah biar imam yang betul jadi imam. cukuplah jadi pemimpin yang baik dan jujur serta ikhlas membantu bangsa dan agama islam. Islam agama adil untuk semua kaum.

zizie ali berkata...

cadangan no. 1 mungkin boleh dipertimbangkan. cadangan yang no.2, mintak maaf krn che det masih hidup. nanti dia marah macam dia marah pak lah sebab batal projek jambatan bengkok dan bebas dsai. cadangan no. 3? ehem!

SATIRA + KACAU berkata...

Sdr SO: Ha. Ha. Ha. Aku datang membaca entri ini dengan sengaja.