Selasa, 23 Jun 2009

HARGA SEBUAH KETULUSAN vs KERAJAAN PERPADUAN

Gambar: Dipetik daripada blog MSO

Malam tadi sekitar jam 12.05, seorang sahabat sms dan isi smsnya pendek tapi padat. 'Syukur, yang keruh telah dijernihkan.' Sebenarnya itulah jawapan yang saya tunggu-tunggu selepas bertanya kepadanya petang semalam. Pagi ini, saya segera membuka blog MSO kerana dia antara pemikir yang saya sering baca tulisannya. Saya petik 2 rangkap penuh tulisannya sebagai mengiyakan peristiwa yang saya nanti-nantikan sejak semalam.

Saya turut bersyukur dengan apa yang berlaku. Mudah-mudahan kemelut dalaman yang melanda (meski bukan ribut taufan) kembali damai dan tenang. Inilah ketulusan dalam perjuangan. Saling memaafi dan mengakui kesilapan. atas isu kerajaan perpaduan yang dimanipulasikan media UMNO menyebabkan jong PAS hampir karam. Allahamdulillah, jong sudah menjadi bahtera dan pelayaran di samudera akan kembali belayar. Alangkah baik juga sekirannya hal yang sama berlaku di dalam UMNO.

Sementelahan pula, Najib dalam ucapannya semalam turut menolak penubuhan kerajaan perpaduan. Ini bermakna apabila kedua-dua parti (BN dan PR) memutuskan tidak akan mewujudkan kerajaan perpaduan, makanya kiambang dan teratai tidak akan bertaut.

(Saya perturunkan dua rangkap daripada petikan blog MSO)

Sementara itu kira-kira jam 6:00 petang pula Pas telah menyelesaikan kemelut di dalam partinya mengenai salah faham mengenai unity government khususnya antara Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa.

Satu kenyataan dikeluarkan oleh Nik Aziz yang menjelaskan bahawa isu unity government telah tidak berbangkit lagi. Isu berkenaan dikira tutup buku. Sehubungan itu beliau juga telah menarik balik bidasan pedih yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin sebelum ini. Penarikan balik itu menunjukkan Tok Guru itu bersedia mengaku salah atas apa-apa tindakan beliau yang dianggap kurang manis dan terlajak sebelum ini.

2 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Tertarik dengan klausa "makanya kiambang dan teratai tidak akan bertaut." Hakikatnya BOLEH BERTAUT jika sebahagian besar pemimpin dan pengikut 'objek itu' dapat BERUBAH SECARA MENYELURUH - berubah daripada sifat dan sikap ego, angkuh, takbur, besar kepala, cakap besar dan lain-lain sufat negatif yang membelenggu selama ini! Pasti ramai yang akan menyanjung 'objek itu'!

edolah berkata...

Terpaksa juak-juak dan para media pengampu mencari isu lain buat memecah belah pakatan sambil berharap dapat jadi penyangga tiang yang hampir reput menjelang PRU13...
Waktunya akan tiba...