Isnin, 1 Jun 2009

KESIHATAN YANG TERUJI


SALAM dalam kesihatan yang sedikit teruji. Dua tiga hari ini kesihatan saya sedikit sebanyak tidak berada dalam rutin yang sihat. Batuk, selsema dan demam menyebabkan saya memilih untuk berehat secukupnya. Di kampung halaman, melihat keindahan flaura sambil mengimbau masa lalu banyak mengingatkan saya kepada cerita-cerita gemulah dan ayah. Saya mengenangnya dalam renungan panjang yang mengembirakan. Sesekali terdetik di dalam sukma, "alangkah indahnya masa kanak-kanak yang hanya memikirkan satu perkara sahaja iaitu main, main, dan main."

Saya bayangkan zaman kanak-kanak amat indah kerana bangun tidur ingatkan main, sewaktu makan bermain, nak tidur main dulu, nak pergi mengaji masih sempat bermain, apatah lagi ketika mandi; main di sungai yang airnya jernih, nak ke sekolah sempat bermain-main dan macam-macam main yang melingkari kehidupan zaman kanak-kanak saya. Saya kita, 99% zaman kanak-kanak saya ialah dibesarkan dalam suasana penuh main-main.

Ketika kesihatan sedikit teruji inilah saya menilai semula keindahan zaman main-main itu. Alangkah indahnya jika sekarang ini, saya boleh meneruskan zaman main-main itu. Saya tidak perlu memikirkan kerja-kerja PhD yang sering menuntut untuk dikemas kini; saya tidak perlu memikirkan hutang kereta dan rumah; saya tidak perlu memikirkan beban kerja di universiti yang entah apa-apa meski sekarang ini pelajar saya sedang berulit dengan mimpi dan cuti; saya tidak perlu menulis untuk jurnal mahupun artikel yang mendesak dan macam-macam lagi yang sedang berserabut dalam fikiran.

Esok, saya akan pulang ke kota raya dan meneruskan rutin serta tambahan kerja iaitu mengajar kumpulan KPLI/ DPLI ambilan khas. Aduh, saya mula terasa senak dan sesak untuk bernafas kembali. Saya akan meninggalkan udara segar kampung halaman untuk mula menghirup udara tercemar kota raya.

Bagaimana dengan kesihatan saya selepas ini saat berjuang melunaskan tugas rutin? Moga Allah memberikan saya kekuatan dan rahmat-Nya untuk saya meneruskan kelangsungan ini.

6 ulasan:

Pencinta Pantai Bersih berkata...

Tuan,
Harap tuan mendapat semangat baru selepas menghirup udara segar tanpa (atau kurang)karbon monosida di kampung.

Syoknya balik kampung... Saya nak balik lah cuti sekolah ni..nak mandi lata, tangkap ikan, udang samai, cari siput sedut, memancing. Deroyan, luruh dak lagi, ntah...iskh iskh bestnya.. Nak ikut?

saleeh rahamad berkata...

pak sudin,
marilah ke cerating. saya dah digoda zakir supaya ikut serta walaupun tak tau nak cakap apapada cikgu cikgi kat sini.
pantainya panjang, lautnya lapang, bayunya merangsang. banyak ikan nak diperhatikan yang baru naik ke darat dari perahu nelayang.

edolah berkata...

tuan hj,
kembali ke kampung kelahiran
serasa kembali ke rahim ibu
tempat kita dikandung
sebelum kita dilahirkan

D'Rimba berkata...

Selamat berjuang dan terus berjuang cikgu malam ini akan bergendang kembali isu bahasa Melayu di rancangan Luar Lingkungan TV1.

Luqman al-Hakim berkata...

tak sihat pun sebab suka main, main, main, main...hehehhe

Melihat Kesunyataan berkata...

Samsuddin,
Kalau kita sentiasa bersemangat setiap hari, tugas akan terasa ringan. Terasa seperti bermain. Bermain dengan tugas, bermain dengan tanggungjawab. Bermain dengan kehidupan. Bila bersara, alangkah indahnya hidup! Kerana kita lalui dengan penuh semangat dan ceria.